tips : nak memulakan perniagaan, tapi TAK RETI? | Cik Siti

Sunday, 14 April 2013

tips : nak memulakan perniagaan, tapi TAK RETI?

Assalamualaikum


disebabkan ramai yang dok search tips untuk memulakan perniagaan, so aku buat entry aku ni...

 so now, what to do? how to start?


1- korang kena daftar dekat SSM
apa itu SSM?? SSM adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia...korang boleh tengok website dia kat SINI..kat situ korang boleh cari kat mana korang boleh daftar syarikat korang...kalau aku dulu aku daftar kat UTC Alor Star, Kedah...sebelum memulakan perniagaan, korang kenalah daftar syarikat...aku tak kata daftar syarikat ni WAJIB, tapi sebaiknya daftar la...aku suggest kalau korang nak SERIOUS dengan pernigaan, better korang daftar....sediakan duit kalau tak silap aku dalam RM80 untuk daftar nama syarikat (tak sampai pun RM100)...aku tau ramai peniaga yang tak daftar...maksud aku ramai peniaga online yang tak berdaftar, it depends on you la....ok, bandingkan ini....let say you sebagai pengguna, nak beli barang A...tengah buat survey....ada 2 pilihan tempat, tempat X dan tempat Y...tempat X berdaftar dengan SSM (kiranya dia ada nama syarikat)..so nama dia adalah X enterprise...manakala Y pulak tak berdaftar...so dia TAK ADA LA enterprise tu, just Y....so you as a customer mana yang you lebih berminat untuk beli barang? dekat X enterprise or Y?? pikir-pikirlah ye


2- make a loan (not recommended..hanya untuk buat business besar-besaran)
yang ini korang boleh buat loan selepas nama syarikat korang tu dah didaftarkan.....korang boleh buat loan dekat SME bank or mana2 je la (aku pun dah tak ingat sangat mana aku pi survey untuk loan ni)...dan kebanyakkan, or shall i said SEMUA tempat yang korang nak buat loan ni akan mintak bank statement selama 6 bulan....so makna kata korang kena daftar syarikat tu selama 6 bulan dan ada statement bank selama 6 bulan tu baru boleh buat loan....so, macam renyah je kan....aku ni pun baru nak masuk 6 bulan...sebab tu korang tak nampak lagi business aku tu berjalan....


3- cari supplier
bab ni aku suggest korang ambil lebih sikit masa untuk mencari supplier...kalau korang dah ada supplier, ITU DAH BAGUS!! step ni kalau korang rasa korang nak mulakan dulu pun tak pa...dapat untung, daftar la nama syarikat tu....lebih secure kalau macam tu....then dapat lagi banyak untung, buat account company sendiri (tengok step 4 kat bawah)


4- account company (optional...tapi better buat kalau berkemampuan kelak)
account company ni makna kata buat akaun bank atas nama company korang....(paham tak?) ala, macam nak buka akaun bank atas nama korang tu, ha macam tu la...bila korang buka akaun bank atas nama company, lagi la customer percaya kat korang...betul tak? tapi nak buka akaun bank atas nama company tu SAKIT GAK LA! kalau CIMB tak silap aku korang kena ada RM2000 kot baru boleh buka....maksud aku duit tu korang boleh ambil balik la...sebab dia akan masukkan dalam akaun bank korang...sebab tu aku letak step ni kat number 4...sebab aku tau susah nak cari RM2000 segedub....so apa yang korang perlu buat, cari untung, simpan...dah cukup, buka akaun bank...bila korang dah ada akaun bank atas nama company korang, korang ada cek tau....(wahh...dah macam CEO syarikat besar dah ni)


5- sabar
korang kena banyak bersabar kalau nak meniaga...seriously aku cakap korang kalau tak bersabar, sila jangan buat business.....sebelum business berjalan korang kena promote itu ini....bagi orang tau yang korang ada jual produk sekian-sekian....bila business dah bergerak pun perlu bersabar jugak...macam-macam karenah yang ada nanti....manusia, rambut sama hitam, tapi perangai lain-lain....


6- buku akaun
yang ni WAJIB ada...keluar masuk duit semua ni korang kena ambil tahu....berapa keluar, berapa masuk...takkan korang nak duit keluar ja dan tak masuk-masuk...mesti la tak mau kan....


7- ayat mau manis maa (INI PENTING)


errmmm...apa lagi...ini je kot yan basic...yang lain semua tu ikut kreativiti sendiri la....everyone has their own steps on starting their business...so, ni aku bagi cara aku memulakan business...insyaAllah tak lama lagi akan nampak perkembangan.....sebab sekarang ni masa tak mengizinkan aku nak buat business.....tapi apa2 pun aku dah ada nama company sendiri....


good luck on starting your business.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...