Monday 30 November 2015

TONTON : Tuan Anas Mikael Episod 13

Assalamualaikum



Fuhh, ramai dok tanya pasal Tuan Anas Mikael episod 13 ni.

Nah, sapa yang nak tengok Tuan Anas Mikael Episod 13


Anda Rasa Diri Anda Tua BILA...

Assalamualaikum


Benda ni akan terjadi apabila korang dah berumur 24 tahun. Macam aku.

Anda rasa diri anda tua bila benda ni terjadi :-

1- Kebanyakkan kawan-kawan seperjuangan korang menjemput untuk ke majlis kahwin diaorang
2- kebanyakkan kawan-kawan korang asyik update weeks pregnancy diaorang
3- kebanyakkan kawan korang asyik post pasal anak-anak diaorang (ni dah terasa diri ni terlalu tua kot)
4- kebanyakkan kawan-kawan korang tukar status relationship kat Facebook dari Single ke Married.
5- Bila pergi kedai makan, panggil "adik" kat waiter tu. Hurmmm... aku dulu selalu panggil kakak dengan abang kot. Sob3

Serious rasa diri ni terlalu tua. Padahal baru 24 tahun. Huhu. Kadang-kadang tu semak kepala jugak memikirkan banyak benda.

Member-member dah kahwin. Aku belum. Member-member dah ada anak. Aku belum. Member-member dah bekerjaya. Aku belum.

Tak pa la. Allah SWT nak aku lebih bersabar. Nasib baik aku masih terasa diri ni muda sebab saiz aku ni macam budak umur 18 tahun. haaa gituuu. Pergi kenduri kahwin ngan family or kalau jumpa kawan-kawan ayah and mak aku, mesti la aku dikategorikan sebagai anak bongsu dari empat adik beradik. Padahal anak sulung kot. Adik yang last aku tu umur 17tahun lagi besar dari aku. Yang number 2 tu, terlampau tinggi. Adik number 3 tu dulu sama ja tinggi dengan aku, tapi sekarang dia pun nak tinggi jugak. So tinggal la aku sorang jadi pendek. Hee

TERKINI : Harga Baru Bagi Petrol Berkuatkuasa 1 Disember 2015

Assalamualaikum

Aku bila nampak ja update pasal harga minyak, terus berdebar macam ada orang nak mai minang (hyperbola)

Tapi serious la, nervous kot.

So, tadi terjumpa update harga minyak yang berkuatkuasa tengah malam ni 1 Disember2015.

Mau tak mau kena tengok jugak kan. Satgi naik payah pulak kalau bawa duit sikit. Hurmmm


Berdasarkan daripada SiakapKeli

Bermula tengah malam ini,

harga petrol RON95 akan turun 10 sen kepada RM1.95 manakala harga petrol RON97 dan diesel kekal.

Sekian berita dari Cik Siti.

RESEPI : Susu Pekat Homemade

Assalamualaikum

Baru-baru ni ramai yang post kat Facebook resepi Susu Pekat Homemade nih. Aku pun try la search kat Google. Susu Pekat Homemade ni dah lama dah orang tahu. Cuma baru ja diviralkan kat Facebook. Orang-orang macam aku ni ja baru tau tentang kewujudan resepi susu pekat homemade ni.



Homemade susu pekat (gambar sebenar, bukan hiasan)

So macam mana nak buat susu pekat homemade nih?

Resipinya mudah;
1 liter susu segar (susu UHT pun boleh)
1 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu kurang manis, ia baik untuk kesihatan)
Esen vanila ( agak2 dalam 1 sudu teh)
secubit baking powder (pilihan, bukan mandatori)
Cara membuatnya, lagi mudah. Masukkan semua sekali ke dalam periuk dengan api sederhana besar. Sentiasa kacau susu. Apabila susu mula menggelegak dan pekat, kecilkan api dan tutup apabila tekstur bertukar kekuningan dan pekat sebagaimana susu pekat di kedai itu. Pastikan sentiasa kacau dan jaga api untuk mengelakkan penyakit hati kuali iaitu kerak.
p/s : bagi aku, baik beli je kat kedai. Senang. Tapi bagi sesiapa yang duduk kawasan yang susah sangat nak jumpa susu pekat, tapi teringin sangat nak makan, boleh la buat susu pekat homemade ni.
Selamat mencuba

TONTON : Kau Aku Kita

Assalamualaikum


Drama terbaru di slot Lestary TV3 berjudul Kau Aku Kita akan mula ditayangkan di kaca tv selepas tamat drama Lari Mira. Kau Aku Kita diterajui oleh Aktor kacak, Syarul Ridzwan dan pelakon baru yang semakin dikenali, Janna Nick. Drama ini adalah hasil dari arahan Azman Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini diadaptasi dari novel karya Orkid Edyliyne. Kau Aku Kita akan mula ditayangkan pada 28 Oktober 2015 di jam 9 malam.

Episod 13

Sunday 29 November 2015

Princess Charlotte of Cambridge

Assalamualaikum

Just nak share this cute pictures of Princess Charlotte.




Bagi sesiapa yang tak tau sapa Princess Charlotte ni, Let me refresh.

Kenal Prince William, Duke of Cambridge? Ha, ni la anak diaorang yang kedua.
Lahir pada 2 May 2015



Gambar tu copy dari encik google ye.

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum
HASRULHASSAN Random Giveaway RM100 Follower
Klik banner untuk join

Sebab Cik Siti follow blog HH adalah kerana ada banyak sangat manfaat yang boleh diguna pakai untuk seorang blogger yang menulis blog bukan sekadar hobby. It's more than that. Walaupun Cik Siti ni silent reader blog HH, tapi serious, most of the tips that I used to have more followers and also to increase my earning via Nuffnang, memang dari blog HH pun. hee. 

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

Assalamualaikum

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2016) - Season 3

Klik Banner ye


Hypnic Jerk

Assalamualaikum


Pernah tak jadi benda ni kat korang? Masa tidur, tetiba terjaga dengan mengejut sebab rasa macam jatuh dari tempat yang tinggi.

Aku ingat aku sorang ja rasa benda ni. Tapi kajian mendapati 70% manusia di seluruh dunia mengalami benda yang sama. Walaweyh.

Hypnic Jerk ni akan berlaku masa kita baru nak terlelap. Hypnic Jerk ni akan berlaku pada seseorang yang tidur dia tak menentu.

Berdasarlam kajian yang telah dibuat, Hypnic Jerk ni akan berlaku jika seseorang tu anxiety, stress, caffeine.

Selalunya Hypnic Jerk ni akan terjadi masa kecik. Patutla sekarang ni dah jarang sangat rasa. Masa dulu kecih-kecik selalu ja rasa benda ni. huhu



TONTON : Bantal Busuk Ucu 2015

Assalamualaikum

Bantal Busuk Ucu telefilem lakonan Zahiril Adzim, Marsha Milan, Jasmin Hamid, Roy Azman dan Nazeera Sardi




Alif Haikal miliki paras kacak, pandai bergaya, memiliki senyuman manis yang mampu mencairkan hati gadis yang memandang, namun ada dua tabiat yang mencacatkan penampilannya. Pertama, Alif Haikal dan bantal busuk tidak boleh dipisahkan. Kedua, dia suka menggigit kukunya sendiri apabila dalam kesedihan ataupun buntu. Kedua-dua tabiat ini membuatkan dia sukar menemui cinta seorang gadis yang boleh menerima kekurangannya.

Saturday 28 November 2015

Dinner : Yogood Gourmet Muesli

Assalamualaikum

Awak sekalian makan apa malam ni?

Disebabkan cik siti on diet (kononnya lah), so malam ni makan Gourmet Muesli dari Yogood la.

Letak susu, madu dan strawberry. Then biarkan dalam 30 minit macam tu, biar kembang. Baru la sedap makan. Kalau makan on time, tak berapa sedap. Dia rasa kering.

Dia tulis 40% nuts and fruits kan. Tapi aku rasa macam lebih ja. Serious sedap sangat. Kalau lagi banyak buah lagi sedap.


Macam mana boleh "ter" beli Gourmet Muesli ni?

Actually masa aku and mak aku pergi grocery shopping dekat Giant, aku ternampak la Yogood Gourmet Muesli ni. Disebabkan packaging dia nampak menarik tertarik kau memang da bomb, so aku beli la. Dan ditambah pula dengan mak aku punya support, maka masuklah kotak Yogood Gourmet Muesli ke dalam troli. Begitulah kisahnya. Hahaha

So now, healthy diet on. Tak boleh dah makan ikut sedap tekak dengan perut ja. Sebab berat aku dah naik mendadak sangat-sangat. Acana nak pakai baju pengantin nih. Eh..opsss.....heee...Bukan dalam masa terdekat ni kot. Hurm, ntahlah. Kita tunggu ja la encik B tu.

Ouh, by the way, Gourmet Muesli ni sedap sangat. Aku yang selama ni ratah cereal saja tanpa susu pun boleh suka Gourmet Muesli ni campur susu. Tapi kalau tak mau letak susu pun tak pa. Letak jus buah-buahan pun boleh jugak. Diaorang ada sediakan resepi yang korang boleh tiru.

Tapi aku punya suggestion, ikut ja tekak korang. Macam aku, memang tak suka langsung makan yogurt, so memang aku tak letak la. Boleh hilang selera makan aku kot. huhu

Korang makan apa malam ni? ce komen tengok. Hee

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

Nuffnang : Status Glitterati

Assalamualaikum

Status Glitterati Nuffnang tu sangat penting. Nanti la kita sembang kenapa Glitterati Status tu penting bagi seseorang blogger yang letak iklan Nuffnang di blog.

Sekarang ni apa yang penting adalah 

KENAPA AKU PUNYA STATUS GLITTERATI TAK MUNCUL PUN?


See, tak dak pun kan.

Maybe sebab aku dah lama sangat tak update dengan Nuffnang. Sampai Nuffnang berubah hati dengan aku sehinggakan Nuffnang menarik balik Status Glitterati aku. Sob3 (nangis cikgu BM aku baca ni. FAILED)

Takpa2. Dah hantar ticket pun kat Nuffnang, tanya pasai pa berubah hati.

Aku takut sebab semalam punya kes yang tetiba ada iklan sesat kat blog tu ja. So, now tunggu ja la Nuffnang nak reply apa.

Thursday 26 November 2015

SINOPSIS : Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum



Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.
Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.
Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.
Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.
Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael pada bulan November nanti hanya di Saluran Astro Ria. (SUMBER)






TONTON : Tuan Anas Mikael FULL EPISODE

Assalamualaikum


JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL
EPISOD : 16
TARIKH / MASA : November 2015
SIARAN : Astro Ria & Ria HD
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Zara Zya, Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud 

WATAK PELAKON

Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla Haji Ebrahim / Kay

Wednesday 25 November 2015

My skincare product : Clinique

Assalamualaikum

Hari ni Cik Siti nak share pasal my current skincare product. Kalau cakap tentang jenama Clinique ni, mesti ramai yang tau kan.

As u can see, this is my skincare product which is Clinique. Ada la tambah-tambah sikit apa yang perlu macam Oxy and Vietnam mask tu.

Cik Siti guna pencuci muka and toner yang untuk acne skin. And moisturizer just yang biasa punya.

Meh nak senaraikan :-
1- Clinique Anti-Blemish Solutions Cleansing Foam
2- Clinique Anti-Blemish Solutions Clarifying lotion (toner)
3- Clinique moisture surge (first moisturizer)
3- Clinique dramatically different moisturizing gel (current moisturizer. Sebab yang Moisture surge tu dah habis guna)
4- Clinique all about eye (eye cream)
5- Clinique Anti-Blemish Solutions oil-control cleansing mask

Cleansing foam baru habis. And dah beli lagi satu. Nampak tak betapa Cik Siti suka product ni.


Ni muka Cik Siti masa awal bulan Oktober 2015
 Nampak tak berketul-ketul kat pipi tu. Merah-merah delima pulak tu (hyperbola sangat).

Dan kat bawah ni pulak selepas sebulan lebih guna produk Clinique.
Cik Siti boleh nampak sendiri dia punya effect. Jerawat dah makin kecut. Sekarang just tinggal acne scar ja. Tempat yang dulu berketu-ketul penuh jerawat sekarang dah semakin kurang. Kalau korang tak berapa nampak perbezaan kat gambar kedua tu, mintak maaf sangat-sangat. Sebab camera kurang memuaskan. Tapi sapa yang tau muka cik siti yang dulu, yang berjerawat tu, tau la perbezaan dia.

Liang-liang roma dah semakin kecik. Kalau tak dulu, memang nampak jelas kot lubang-lubang kat muka tu.

Pesanan untuk korang diluar sana:-
Jangan la sebab nak berjimat punya pasal, korang beli produk yang murah. Bukan tak bagi support orang melayu (mostly orang melayu yang jual produk murah tu). Tapi selepas setahun aku suffer muka berjerawat yang sangat teruk, ni la yang aku nak pesan. Jangan jadi kedekut. Kang korang akan suffer lagi teruk. Spend lebih sikit tak pa, asalkan kita tau keberkesanan dia.

And, jangan cepat sangat ikut cakap orang. Lately ni kan aku tengok semua pakat dok tanya dalam Facebook, produk apa yang sesuai untuk masalah kulit berjerawat. Pastu korang akan perasan banyak ja komen-komen pasal produk yang diaorang jual. Or diaorang suggest. Please jangan la terikut trend pulak. Orang cakap ok, kita pun ok. Kaji dulu jenis kulit kita ni macam mana.

Kulit kita ni lain-lain tau. Maybe diaorang ok dengan produk tu, tapi kulit korang tak ok. So better, selidik dulu bahan-bahan yang digunakan or at least know your skin first.



Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

Assalamualaikum

Klik banner utk join

Tamat 25 Nov 2015

Monday 23 November 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah


TAMAT 15 DEC 2015

Sunday 22 November 2015

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Assalamualaikum


klik banner untuk join

Tamat : 5 Dec 2015

Giveaway December'15 by I.C.Y dan Para Sponsor

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join


TAMAT : 27 Dec 2015

GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join

Tarikh penyertaan :
19 - 29 NOVEMBER 15

Thursday 19 November 2015

Vietnam Mask

Assalamualaikum

Korang pernah dengar tak pasal Vietnam Mask?

Gambar, ihsan encik Google.
Dia datang dalam packaging yang comel-comel macam kat atas tu. Saiz dia pun besar ibu jari ja. And disertakan sekali kertas untuk kita lekat kat muka.

Boleh bayangkan dak?

Benda dalam botol tu, macam gam. Roomate aku cakap bau dia macam gam tikus. Memang at first tu memang agak tajam la bau dia. Tapi dah lama-lama pakai, dah terbiasa. Huhu.

Cara pakai dia :
1- Potong kertas yang disediakan tu mengikut saiz tempat yang kita nak letak. Tak specific pun tak apa.
2- ambil "gam" dalam botol tu, tak kesah la guna jari or spatula
3- sapu ke tempat yang kita nak buang blackheads or whiteheads. Hanya sapuan nipis ja tau
3- letak kertas yang kita gunting tadi tu kat atas "gam" tersebut.
4- Biarkan dalam setengah jam macam tu, or at least sampai dah rasa macam kering.
5- cabut kertas tu laju-laju tau.
6- then, taadaa, dah hilang blackheads and whiteheads di muka
7- Jangan lupa basuh muka dengan air sejuk pulak

AMARAN : jangan tampal dekat area yang banyak bulu, seperti kening dan dekat pipi yang ada rambut-rambut tu, kang sakit pulak nak tarik. Ntah-ntah tercabut terus bulu kening tu.

TIPS : tinggalkan sedikit kertas. Maksudnya kat sini, jangan dok pi lekat terus kat muka tu. Tinggalkan sikit hujung tu tanpa "gam". Supaya senang nak tarik. Tak la terkoyak

Refer gambar di bawah

Nampak tak kat dagu aku tu? Nampak tak macam terkeluar sikit. Ha, macam tu la.


Ni la dia punya result. Walaweyh. Buat seminggu sekali ja tau. Kang nanti korang punya hidung or tempat-tempat yang korang selalu letak tu akan jadi kering.

Aku buat seminggu sekali, and result dia tak pernah mengecewakan.

Ada certain types of people yang macam aku ni, akan jadi syok, jadi geram semua ada bila tengok whiteheads yang terkumpul. Kalau bernasih baik, boleh jumpa blackheads. Memang orang macam ni kalau mula start buat, dia rasa nak buat tiap-tiap hari.

Aku dulu pun macam tu, selang 2 hari mesti nak buat. Tapi side effect dia, hidung aku jadi kering and gelap. So not good la kalau buat kerap sangat. Seminggu sekali dah ok dah.

Aku memang suka sangat Vietnam Mask ni. Sebab lepas pakai benda ni rasa macam bahagianya dah boleh bernafas. As if macam sebelum ni aku tak boleh bernafas pulak kan =_="
 Memang HYPERBOLA sangat aku ni.

Tapi memang best la pakai. Murah pun murah. Tahan lama pulak tu. Aku dah guna 3 bulan dah kot. Tak habis-habis lagi.

So, bagi sesiapa yang tak mau expense terlalu banyak duit beli produk-produk kat Watson or Guardian tu, boleh la beli Vietnam Mask ni.

Aku beli kat Padang Besar, Perlis. Harga dia 3 RM10 ja.

Tapi aku rasa banyak kedai-kedai yang jual benda ni. So boleh la search kat encik Google Vietnam Mask.


Wednesday 18 November 2015

1St GIVEAWAY By MB

 1st GIVEAWAY MagicBaked

Klik Banner di atas untuk join k.

So sekarang kita tag 2 orang blogger pulak 

Starlavenderluna 2nd GiftAway

Assalamualaikum


Klik Banner di atas untuk join ye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...