Thursday 31 July 2014

Raya ke-3 : E-day

Assalamualaikum

How's your raya? Kali ni just nak share gambar-gambar pertunangan masa hari raya ke-3. Ops, not my E-day ok. Encik B punya cousin punya E-day



 Aku paling suka gambar ni. Terserlah sifat keibuan. Boleh kahwin dah kot ni. Hahaha

 Aku ambil alih menjaga budak. Nasib baik budak ni mau kat aku. Itupun jenuh la umpan dia pakai game kat handphone. Itulah gunanya handphone. Lepas ni kena download game banyak2 la. Supaya nanti budak2 melekat dengan kita. Sonang koje aku lepas ni. Tak gaduh lari sana lari sini tangkap budak yang buas.



 Ini mak lang Encik B. hee
 Ini nenek Encik B pulak






Abes semua family dia aku dah kenai. Semua pakat dok tanya aku ni sapa. Pastu siap boleh tanya lagi, kami ni bila pulak. (blushing abes la waktu tu)

ok, that's all my raya ke-3. Hari ni member2 adik aku datang rumah. Esok baru boleh rehat sepenuhnya.

Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Nothing much that I want to say in this entry. Just wanna share my Hari Raya pictures (same like u all)

Atas ni gambar di pagi raya selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


yang ni pulak gambar di petang hari. Orang tu datang raya rumah kiter la. Hahaha. Perut buncit tu tak dapat disembunyikan lagi. Dia ni memang suka sangat buat muka. Tak tau nak cakap macam mana dah. Kiranya ni ja la gambar raya aku dengan dia.

Tak banyak sangat gambar yang sempat di snap. Sebabnya menjaga adab2 berkunjung ke rumah orang. Segala jenis gadget disimpan rapi dalam handbag.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ^^

So, how's your Raya my friends?

P/s : Raya kali ni tak berapa nak meriah sangat. Cumanya ada berita yang mendebarkan jantung aku. Cerita itu akan dicerita kelak. Bukan esok dan bukan lusa. InsyaAllah dalam tahun 2014 jugak. =)

Sunday 27 July 2014

Ramadhan Terakhir Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah hari terakhir puasa. Esok dah masuk bulan Syawal. Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita. Tahun depan pulak kita baru nak berjumpa dengan Ramadhan semula. Rasa sayu ja hati ni. Tak tau kenapa. :'(


First time buat ketupat. Sebelum ni arwah tok yang selalu buat. Tahun lepas, order ja kat orang. Tahun ni, teringin nak buat sendiri. Menjadi jugak lah ketupat ni. Hehehe. Klik sini untuk tengok Ketupat Mini CikSiti

Hari ni hari terakhir buat kuih raya. Tapi dengar kata puan emak nak suruh buat lagi kuih raya lepas raya nanti. Tart serunding kot rasanya.

Mengakhiri malam 29 Ramadhan dengan kuih cornflakes madu yang wajib dibuat setiap tahun. Cornflakes madu ni favorite kot daripada dulu sampai sekarang. Walaupun senang ja nak buat, aku tetap suka. Memang tak pernah nak jemu.

Sayang-sayang sekalian...jangan lupa join GA by Syira Lokman ni ya. Banyak hadiah yang ditawarkan ^^

Friday 25 July 2014

Ketupat Mini by CikSiti

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti makcik-makcik, kakak-kakak tengah dok kalut balut ketupat kan. Aku pun tidak ketinggalan la. Kat sebelah Utara ni famous ketupat daun palas. Alah, ketupat tiga segi tu. Kalau nak tau, ketupat tiga segit tu ada jantina tau. Betina dan jantan. Kalau ketupat betina, orang tua-tua cakap, ketupat tak jadi. Sebabnya bila masak, nanti isi dia terkeluar. Kalau ketupat jantan pulak, memang perfect la. Tak ada isi yang terkeluar pun.

Nak tau lebih lanjut pasal jantina ketupat tiga segi, sila ke SINI


aku tak berapa nak reti sangat buat ketupat tiga segi ni. Bagi aku ketupat nasik lagi senang nak buat, walaupun mencabar.


Ni la ketupat mini aku. Orang dok kalut buat ketupat tiga segi tu, aku pulak dok buat ketupat nasik ni. Guna daun palas yang telah koyak (aku punya kerja la tu). Saja nak mengasah bakat. Tapi ketupat ni tak letak nasik pun, jadi perhiasan saja.

ketupat nasik tak perlu buat pun, sebab puan emak dah beli yang instant punya kat Tesco. Yang tiga segi tu ja yang buat. Kalau tidak tahun sebelum2 ni selalu order ja. Tapi kali ni buat sendiri, so merasa l jugak nanti raya makan ketupat buatan sendiri. Hehehe

Hari Raya Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

korang mesti pernah mengalami zaman kanak-kanak kan....jom share sikit pasal Hari Raya masa korang dulu kecik2....

zaman kanak-kanak aku masa nak dekat raya adalah :-

- balik kampung sehari sebelum raya...disebabkan mak aku kerja...so, memang balik raya last minute la....kampung aku kat Langkawi..so memang kena naik ferry la lagu mana pun....

- malam raya pakai inai...aku pun tak tau apa motif pakai inai masa hari raya....hahha....dah memandangkan sebelah rumah tok aku ni ada pokok inai, kami sepupu sepapat pun memulakan kerja...iaitu, kutip daun inai dan tumbuk sampai lumat....pasti suruh puan emak, dan mak cik mak cik sekalian pakaikan....

- then, mulalah sesi menggosok baju raya....semua pakat pulun tak mau bagi orang tengok baju raya masing-masing....sampaikan kena kunci pintu bilik...huhu...nanti orang cakap tak dak seri masa hari raya....hahahaha (apa pun tak boleh)

- puan-puan makcik kat dapur pesiang bawang bagai...sebab nak masak esok hari....

- si sepupu sepapat semua main mercun dengan bunga api kat luar rumah... kalau tak dak bunga api memang tak sah

- Pagi raya, orang tua-tua pergi solat Aidilfitri, kami kanak-kanak tak berapa nak riang sangat baru bangun. Baru nak pakai baju raya.

- Tak sabar tunggu orang-orang tua balik raya, sebab nak kutip duit raya

- Lepas selesai kutip duit raya kat rumah tok. barulah beratoq sepupu sepapat berjalan pergi rumah-rumah orang kampung. Yang tak boleh belah, orang kampung yang tak kenal pun kami pi ketuk pintu rumah. hee

- petang raya memang akan buat kuak lentang atas toto kat rumah tok, seharian beraya.

- Raya kedua akan pergi rumah tok-tok sedara kat Langkawi.

- Raya ketiga, balik Sungai Petani dah. Raya belah2 Penang pulak rumah mak sedara.

Ini semua rutin hari raya aku masa zaman kanak-kanak Ribena dulu. Sekarang sambut raya dah tak semeriah dulu. Dah tak dak feel orang cakap. Apa yang best adalah dapat berjalan dan dapat makan free itu ja. Kalau bernasib baik, akan dapat duit raya walaupun dah berumur 23tahun. Heee. Apa boleh buat, masih belum bekerja, so masih boleh dapat duit raya lagi la.

Hari Raya Zaman Kanak-kanak korang macam mana pulak?

-

Remaja US Mengelilingi Dunia Dengan Kapal Terbang Mati

Assalamualaikum

"PETALING JAYA: American teenager Haris Suleman (pic), who attempted to circle the globe in a single-engine aircraft in 30 days and made a pit stop in Malaysia, has died in a crash." 


Beliau baru berusia 17 tahun dan bukan berseorangan. Dia bersama ayahnya, Babar Suleman. Mereka
telah singgah di Lapangan Terbang Subang pada 11 Julai, berhenti kesembilan mereka, selepas penerbangan tujuh jam dari Colombo, Sri Lanka.

Jika Haris dapat menyelesaikan perjalanannya, dia akan pecah rekod remaja berusia 19 tahun dari Australia Ryan Campbell tahun lepas menjadi orang termuda mengelilingi dunia.

Thursday 24 July 2014

Baju Raya Cik Siti 2014

Assalamualaikum

Baju Raya 2014 CS warna ungu dan pink. Disebabkan terlalu plain, so aku decide untuk jahit manik sebaris dekat lengan.

Here's the outcome, before and after


tak ada la nampak kosong ja kat tangan tu. The full picture of the Baju Kurung, will update after raya ok. Bagi la aku rasmi dulu baju tu. Nanti tak surprise pulak.
heee

Baju-baju yang lain pun akan di update kelak. Sabar k sayang-sayang ku. 

Jom join GA by Syira Lokman bukan calang-calang hadiah kot. Jom la, banyak lagi masa ni nak join ^^

Monday 21 July 2014

Alchips Cookies

Assalamualaikum

Malam ni bermulalah sesi membuat kuih raya. We started baking Alchips Cookies for the first day. Then tomorrow will make cornflakes biscuits.


As for now, aku nak jamu korang tengok Alchips Cookies ni ja la.
Ouh, for this cookies, aku tak boleh share resepinya. Disebabkan cookies adik aku dok buat jual dan resepinya di ambil oleh makcik kawan adik aku. Memang secret recipe sungguh.

Bila rasa tu, memang padan la dengan secret recipe nya tuh. Rasa dia memang mantop. Macam Famous Amos pun ada jugak. Hee

Kalau korang nak rasa, jemput la datang rumah raya nanti. Itu pun kalau cookies ni sempat bertemu hari raya la. Aku takut nanti belum hari raya, dah habis masuk perut kami adik beradik ^^

Sunday 20 July 2014

Ketagih Mentos

Assalamualaikum


believe it or not, aku boleh habiskan satu bungkus mentos dalam masa 40 minit. Kencing manis la alamatnya kalau hari-hari cenggini.

Mentos mint ni ja pun aku suka. Yang perasa lain aku tak suka. 
Memang wajib beli la kalau nak drive jauh. Jauh di sini adalah seperti 40 minit drive dengan kelajuan 100 km/j.

Kalau ada mentos kat rumah aku, memang aku akan makan selepas aku makan nasi. Tapi nasib baik la aku tak amalkan membeli satu kotak mentos bila shopping kat Tesco. Kalau tidak, confirm kena potong kaki la sebab gangrene. Kalau tak potong kaki pun, confirm arh, gigi rosak. huhu

 

 

Saturday 19 July 2014

Kenapa Perlu RACIST?

Assalamualaikum

Aku memang tak paham kenapa sesetengah orang kat dunia ni perlu racist. Aku tak nampak point pun.

Meh aku nak cerita sikit pasal diri aku.

Nama aku Siti Fatimah, mak aku asalnya cina tapi diberi kepada melayu jaga. So my mom is a Muslim. Ayah aku Melayu, tapi ada darah Siam dan India.

Aku beragama Islam dengan 3 darah yang berlainan kaum mengalir dalam badan aku. Tak ada pulak darah dalam badan aku ni bergaduh sesama mereka. Tak ada pulak yang direject dari badan. Semuanya hidup aman damai ja dalam badan aku ni. (woohaaa, menyamakan sel-sel darah dengan manusia)

Aku rasa manusia ni ada akal sebab tu la aku tak boleh samakan mereka dengan sel-sel darah. Disebabkan diberi akal fikiran ni la mereka boleh berfikir dengan positif, tapi selalunya akan berfikiran negatif. Betul tak?

That's why la kadang-kadang tu mereka fikir, bangsa mereka sahaja hebat. Mereka sahaja yang betul.

 Hey, did anyone told you the color of rainbow is more beautiful than white alone?

Lives in multiple races are beautiful if you know how to treat them nicely. =)

Friday 18 July 2014

MH17 Terhempas Selepas diTembak

Assalamualaikum

Tahun 2014 ni banyak menguji kita di Malaysia. Mula-mula MH370 yang hilang dan masih hilang sehingga sekarang. Dan kini MH17 pulak.

Allah SWT nak menguji kita rakyat Malaysia.


Kun Faya Kun

Apa yang aku boleh cakap kat sini, salah kita jugak, apabila dalam kesusahan, baru nak mintak pertolongan daripada Allah SWT. Kita tengok sendirilah TV3 sekarang, dulu masa MH370 hilang, tiap-tiap hari ada bacaan Al-Fatihah dalam TV. Bila berita MH370 dah mula reda, stop pulak bacaan tu. Then Allah SWT bagi ujian lagi kat kita, MH17 pulak yang ditembak, lalu terhempas. Dia nak tengok sama ada kita ni masih sama ataupun sebaliknya.

Benda dah nak jadi, dah ajal diaorang. Maybe orang akan cakap, "kau senang la cakap macam tu, sebab bukan family kau yang ada dalam pesawat tu"
yes, memang bukan family aku. Tapi apa yang aku boleh buat, berdoa untuk dijauhi semua tu, tapi siapa kita nak menghalang ketentuan Allah SWT.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa MH17 yang beragama Islam. Salam Takziah kepada keluarga mangsa.

Back to basic.

p/s : aku dengar yang diaroang tersalah sasaran. Nak menembak pesawat lain yang hampir sama dengan MH17. Dan mengatakan kawasan yang dilalui MH17 adalah kawasan perang, dan apa yang aku terbaca, MH17 telah diberi amaran untuk tidak melalui kawasan udara diaorang. 

Dalam Masa 3 hari

Assalamualaikum

Love you Mr. Arrogant
Guy Next Door
Suami Aku Ustaz 

Dalam masa 3 hari ni, aku sempat habiskan 3 buah novel. Makna kata sehari satu novel. Dah nak buat macam mana, lepas baca satu novel, memang susah sangat nak berhenti baca, tup tup dah habis. Sambung novel seterusnya. Rasa macam aku ni masuk dalam novel, punyalah aku menghayati bait-bait kata dalam novel tu.

Ouh, ya. Dua diantara ketiga-tiga novel di atas tu, kena kahwin paksa. Yang "Guy Net Door" tu ja kahwin dengan rela hati.

Kalau dulu memang aku tak suka baca novel. Terlekat baca novel ni pun masa kat Matrikulasi. Sebab rasa bosan sangat tak dak benda nak buat, pinjamlah novel daripada orang. Time tu la aku start baca novel.

Bila jadi second year medical student, dah kurang membaca novel. Masa third year as medical student lagi la, tak pandang langsung novel ni. Cuma sekarang aku start balik berjinak-jinak membaca novel. Al maklumlah, jadi penganggur yang bertauliah sekarang ni. Daripada asyik menghabiskan beras mak den, baik aku baca novel. At least, boleh la aku improvekan bahasa Melayu aku tu. (boleh ka alasan cam ni?)

Tak kesah la, kan kita ni kena menerapkan sikap membaca buku. Nanti buku tu dah telan dek zaman disebabkan kita asyik mengadap gadget-gadget. Nanti anak cucu kita pun tak kenal apa itu BUKU. Ha, kan susah. (cehhh, ayat teringat zaman sekolah menengah tulis karangan) hee

Graduan : First day la kononnya

Assalamualaikum

Ehem, jangan terkejut ya. Sebenarnya aku belum pun grad. (eh, dah tu?) Ini ha, just nak kongsi dengan korang yang macam aku ni, antara luahan yang selalu didengar daripada graduan masa first day bekerja. Kot-kot la kita ni junior2 boleh ambil experience sikit. hee

klik SINI untuk membaca lebih lanjut

1. Aku sorang-sorang je kat ofis ni. Rindunya kat geng-geng uni aku semua. Siapa nak 'pillow talk' dengan aku ni?


2. Sebagai budak baru kat ofis ni, rasa sangat tak yakin dengan semua benda. English pun tunggang terbalik lagi. Mencabar sungguh nak jadi setanding macam orang lama kat ofis ni.


3. Setiap bulan, tunggu gaji masuk. Lepas seminggu, duit semua habis dah. Mana pergi pun tak tahu. Macam mana nak uruskan kewangan? Tolong kongsikan tips sikit boleh?


4. Boleh ke diorang ni terima aku? Aku risau sangat kalau kena 'judge'. Kalau lebih-lebih sikit, mesti orang akan pandang semacam.

5. Bila baru masuk kerja, agak susah untuk aku jadi rapat dengan rakan sekerja. Aku rasa macam aku ni 'junior' sangat. Aku tak biasa lah dengan hubungan profesional ni. 

 

Antara Luahan Masa First Day Bekerja (klik untuk baca selanjutnya)

Thursday 17 July 2014

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya

Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)


Macam Mana Syurga dan Neraka Tercipta?

Assalamualaikum
 
Syurga atau الجنة dan neraka atau النار adalah termasuk makhluk yang awal diciptakan. Tentang kisah penciptaan syurga dan nera ka, Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَمَّا خَلَقَ اللهُ الْجَنَّةَ وَ النَّارَ , أَرْسَلَ جِبْرِيْلَ إِلَى الْجَنَّةِ , فَقَالَ : اُنْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Ketika Alloh menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutus Jibril untuk melihat ke syurga, Alloh berfirman : “Lihatlah ke syurga dan lihatlah apa saja yang Aku telah sediakan untuk para calon penghuninya !”
قَالَ : فَجَاءَهَا فَنَظَرَ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعَدَّ اللهُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Maka Jibril pun mendatangi syurga, kemudian melihat ke syur- ga dan kepada apa yang Alloh telah sediakan untuk para calon penghuninya.”
قال : فَرَجَعَ إِلَيْهِ , قَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لاَ يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلاَّ دَخَلَهَا
“Kemudian Jibril kembali kepada Alloh dan berkata : “Demi ke-perkasaan-Mu, tidak ada seorang pun yang mendengar tentang syurga kecuali dia pasti ingin memasukinya.”
فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ , فَقَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا
“Lalu Alloh memerintahkan agar syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci, kemudian Alloh berfirman kepada Jibril : : ”Kem- balilah ke syurga dan lihatlah serta lihat pula apa yang Aku telah sediakan bagi para calon penghuninya !”
قال : فَرَجَعَ إِلَيْهَا , فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ , فَرَجَعَ إِلَيْه فَقَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لَقَدْ خِفْتُ أَلاَّ يَدْخُلَهَا أَحَدٌ
“Maka Jibril pun kembali ke syurga, ketika itu syurga telah dike lilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai. Kemudian dia kembali kepada Alloh dan berkata : “Demi keperkasaan Mu, sungguh aku takut kalau tidak akan ada seorang pun yang mau memasukinya.”
قَالَ : اِذْهَبْ إِلَى النَّارِ فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لأَهْلِهَا فِيْهَا .
Alloh berfirman : “Pergilah ke neraka, lihatlah ke neraka dan ke-pada apa yang Aku telah persiapkan untuk para calon penghuni-nya !”
فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا , فَرَجَعَ إِلَيْهِ , فَقَالَ : فَوَ عِزَّتِكَ لاَ يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ فَيَدْخُلُهَا
“Maka dilihatnya neraka, sebagiannya menghantam sebagian yang lain. Lalu Jibril kembali dengan berita tersebut, dan berka- ta : ”Demi keperkasaan-Mu, tidaklah ada seorang pun yang men dengar tentang neraka kemudian ia berminat memasukinya.”
فَأَمَرَ بهَا , فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ , فَقَالَ : اِرْجِعْ إِلَيْهَا
“Kemudian Alloh memerintahkan agar neraka dikelilingi oleh hal-hal yang diingini oleh hawa nafsu, kemudian Alloh berfir-man : “Kembalilah ke neraka !”
فَرَجَعَ إِلَيْهَا , فَقَالَ : وَ عِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيْتُ أَلاَّ يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلاَّ دَخَلَهَا
“Jibril pun kembali ke neraka, lalu Jibril berkata : “Demi keper-kasaan-Mu, aku khawatir tidak akan ada yang selamat dari neraka, kecuali ia pasti memasukinya.”
( HHR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi )

 Yeah, di sini dah terang-terang menunjukkan, Syurga adalah sesuatu yang indah tetapi sukar untuk mendapatkannya. Manakala Neraka adalah sesuatu yang sangat mengerikan tetapi mudah sangat untuk masuk ke dalamnya

Keputusan ada di tangan kita, sama ada nak masuk Syurga atau nak dihumban ke dalam Neraka. 


Hikmah yang dapat kita petik dari kejadian ini di antaranya :
1. Pentingnya beriman dengan perkara yang ghaib, dan termasuk perkara yang ghaib yang wajib kita imani yaitu adanya syurga dengan segala kenikmatannya dan neraka dengan segala siksa dan deritanya.
2. Tercelanya sikap terburu-buru, dan termasuk sikap terburu-buru yang tercela, yaitu tidak sabar dengan janji pahala akhirat, dan lebih memilih kenikmatan duniawi yang fana.
3. Kebodohan yang banyak menjangkiti umat manusia iaitu ingin masuk syurga tetapi tidak pernah berupaya men- jadi ahli syurga, dan mereka juga tidak mau masuk nera-ka tetapi kelakuan mereka sehari-hari adalah kelakukan ahli neraka.

Wednesday 16 July 2014

CikSiti Page

Assalamualaikum

Entry kali ni aku nak mempromosikan filem terbaru arahan aku sendiri. In my dream lah kot.

Actually aku nak promote sikit aku punya page kat Facebook ni.






Dengan muka tak malu, aku nak mintak korang like page aku ni.
Ingat korang ja ada page, aku pun ada k.
 kalau korang nak aku like page korang, sila letakkan link page korang tu kat ruangan comment di bawah ye.

Terima Kasih kepada yang sudi like page aku yang tak seberapa itu ^^

Perempuan maki hamun kerana kereta dilanggar

Assalamualaikum

Korang mesti dah tengok kan video yang menjadi viral di Facebook buat masa ini? Alah, video ni la

https://www.facebook.com/photo.php?v=827366383970988&set=vb.487696657937964&type=2&theater

click gambar untuk tengok video tersebut

so, what's your comment about that?
comment aku adalah :-

"hai la cik akak...bertudung litup cantik dah..tapi perangai macam tuttt ja...setakat calar sikit tu pun ko mintak sampai RM2K...at least pergi la buat polis report dulu...ni tak, ko pegi ketuk2 lagi kereta mamat tu...kang tak pasal2 dia saman ko RM2K sebab ketuk2 kereta dia..dah la video ni pun dah tersebar....malu oihh...."

aku dulu pernah la langgar orang. Tapi bukan langgar lari ye, langgar tak sedarkan diri ada la.
Ingat lagi entry aku yang INI?

Ni la gambar kereta aku masa accident hari tu.. Tahun 2011 kalau tak silap


nahhh...lagi teruk pada kereta ko la minah.

Accident ni berlaku aku rasa sebab salah aku sendiri. Apa yang aku ingat, sebelum accident adalah aku tersangat-sangat la mengantuk masa nak balik rumah. Aku dari kelas masa tu. Tetiba, sedar-sedar ja orang ramai dah keliling kereta aku. Yang peliknya aku langsung tak sedar masa pelanggaran tu berlaku (bayangkan lah macam mana aku tidur mati masa tu..nasib baik tak mati)

lepas sedar ja, aku jadi blurr, and nasib baik orang yang aku langgar tu tak maki hamun macam minah dalam video tu. Dah la aku langgar kereta dia sampai terbalik masuk longkang yang agak besar. Kereta aku berspusing 180 darjah (dari apa yang aku nampak lepas aku sedar). Sebab kereta aku masa aku sedar tu berada di tengah-tengah jalan dua hala dan ia mengadap ke arah bertentangan daripada arah yang aku memandu sebelum aku tak sedar.

Alhamdulillah, hanya muka bercalar dan lutut sebelah kiri luka sikit. Yang lain semua ok. Orang yang aku langgar pun tak cedera pun.

Aku tak trauma pun bawa kereta. Sebab masa accident tu aku tak sedar apa yang terjadi pun. LANGSUNG tak sedarkan diri. Tapi apa yang aku tau, aku accident masa hari Jumaat, tengah hari dan pada bulan puasa.

Sekarang ni dah hampir 3 tahun kejadian tu berlaku. Aku lebih berhati-hati sekarang. Kalau mengantuk ja, aku akan berhenti rehat walaupun kat tepi jalan. Dan aku memang sediakan gula-gula Mentos untuk mengunyah semasa memandu untuk jarak jauh. Ini masa bulan tak puasa ja la. Masa bulan puasa, aku elakkan memandu ke tempat-tempat yang agak jauh kecuali kalau memang memerlukan untuk aku memandu.

Monday 14 July 2014

12 Healthy Tips During Ramadhan

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan kita yang akan memberi alasan GASTRIK untuk meninggalkan puasa. Ni nak bagi sedikit tips kalau korang tu mempunyai gastrik. Sahur jangan tinggal ye sayang. Sebolehnya 10-15 minit sebelum bilal melaungkan azan subuh. Melambatkan sahur dan meawalkan berbuka adalah sunat.

One more thing, tidur selepas sahur adalah langkah tidak bijak. Please avoid doing that. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati atau heartburn. Orang cakap lepas makan, terus tidur boleh membuatkan anda boroi. Lagipun tidur balik selepas Subuh, boleh menyebabkan pintu rezeki tertutup. So bangunlah awal pagi, sahur dan terus solat Subuh. Selesai Solat, cubalah kita mengaji sehelai dua muka surat al-Quran. =)

Di bawah ini ada 12 Tips yang korang boleh amalkan semasa Ramadhan. 


klik gambar untuk tumbesaran

bagi yang selalu mengalami Heartburn atau orang kita selalu panggil pedih ulu hati, korang boleh mengamalkan Gaviscon.

How do it work?

 Gaviscon bertindak sebagai penghalang asid di dalam perut merembes keluar kembali ke dalam esophagus yang boleh menyebabkan heartburn.

Apa yang menyebabkan asid di dalam perut boleh merembes keluar masuk kembali ke dalam esophagus?


1- Cara anda makan
* Makan makanan yang besar boleh menyebabkan perut anda untuk menghasilkan terlalu banyak asid, yang boleh membawa kepada asidosis. Secara fizikal 'overfilling' perut yang dapat mewujudkan tekanan dan menyebabkan refluks asid. Ini boleh membawa kepada pedih ulu hati dan senak.
    * Makan tidak teratur atau terlalu cepat boleh bermakna bahawa tahap asid dalam perut tidak mempunyai masa untuk mengawal selia.
     * Makan pada jangka masa atau sebelum tidur boleh membuat ia lebih mudah untuk asid untuk melarikan diri semula ke dalam esofagus (paip makanan)


2- Jenis makanan yang anda makan
* Makanan berlemak cenderung untuk tinggal di dalam perut anda untuk lebih lama kerana lemak adalah lebih perlahan untuk dihadam. Ini boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.
    * Makanan seperti coklat dan pudina mungkin mempunyai kesan relaxant pada sfinkter membolehkan asid untuk melarikan diri kembali. Ini membawa kepada pedih ulu hati.
    * Makanan pedas, bawang dan tomato boleh menyebabkan pedih ulu hati dan senak.

 
3- Jenis minuman yang anda minum
* Minuman berkafein dan alkohol cenderung untuk meningkatkan keasidan dalam perut anda.
    * Minuman yang sangat panas dan jus limau juga mungkin pencetus.
 
 
p/s : keep healthy during Ramadhan will you. Please don't make silly reasons just to not fasting.
 

Penghantaran Khas Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam meninggalkan puasa

Assalamualaikum

tengok gambar di atas betul-betul.

Penghantaran Khas Bulan Ramadhan Domino's Pizza
sah dari 11 pagi hingga 5 petang

apa pendapat korang? adakah 11 pagi tu masa orang hampir berbuka?? Aku rasa waktu tu pun masih ramai dok berkuak lentang atas katil lagi kan. Waktu tu mesti perut tak berasa lapar lagi sebab dah bersahur pagi tadi (melainkan yang tak bersahur, memang masa 11 pagi tu la perut dah mula berkeroncong)

apa motif Penghantaran Khas Bulan Ramadhan ni? Is it reasonable to put the time 11 am? ka Penghantaran Khas Bulan Ramadhan ni untuk yang non-muslim?

or maybe untuk kami-kami orang perempuan yang sememangnya uzur? (Think positive)

what do you think?

Tips : How to look slim in photo

Assalamualaikum

1- Double chin
ok, bagi yang menghadapi masalah double chin ni, masa korang nak tangkap gambar, korang boleh cuba letak lidah korang kat lelangit (hope u know what i mean by that). Cuba tengok, double chin korang tu akan hilang serta merta

2- Cara Berdiri
 daripada korang berdiri staright mengadap camera, better korang pusing sikit sebelah kiri atau kanan untuk menampakkan badan korang tu kurus sedikit daripada asal

macam selebriti kat red carpet. Cuba korang tengok, kebanyakkannya diaorang akan pusingkan badan diaorang sedikit. Make Sure korang berdiri straight ok. Jangan dok bongkok sana sini


3- Don't be in direct sunlight
mostly korang tau kot benda ni. Kalau korang snap picture kat direct sunlight, gambar korang akan jadi tak cantik, melainkan memang korang nak effect sunlight tu

4- silangkan buku lali, bukan silangkan kaki
 bukan macam dalam gambar atas ni k. Kalau korang silangkan kaki macam ni, korang akan membuatkan peha korang nampak lagi besar dan lebar.
just silangkan buku lali macam dalam gambar dia atas. Less is beautiful. Nampak lebih ayu kan =)


5- Arm Position
korang boleh cekak pinggang korang. But make sure jangan letak straight kat sisi. Ini boleh menampakkan tangan korang lebih lebar daripada biasa.


6- Photo Angles
yang ni pulak, cara korang tangkap gambar. Selalunya ramai yang akan snap gambar daripada atas.
elakkan ye sayang-sayang sekalian. Kalau yang nak buat photoshoot untuk baju-baju, korang boleh snap picture dari bawah. Ia akan membuatkan korang nampak lagi tinggi dalam gambar. Hee


SELAMAT MENCUBA ^^

Review : Tuan Rumah Pembantu Rumah

Assalamualaikum


Novel Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen yang menjadi pembantu rumah kepada Puan Sri Juria. Asha sebenarnya adalah anak orang kaya dan bapanya mempunyai sebuah hotel. Disebabkan oleh tunangnya (Taufeeq) berlaku curang ke atas dirinya, dia membuat keputusan untuk membawa diri menjadi pembantu rumah.

Puan Sri Juria mempunya 3 orang anak. Emir merupakan anak nombor 2. Emir dengan Asha bagai anjing dengan kucing setiap kali berjumpa. Ada saja tidak kena apabila mereka bertemu. Dalam diam Emir menaruh hati kepada Asha tanpa mengetahui tentang latar belakang Asha.

ending dia of course la happy ending. As usual =)


PENDAPAT AKU :-

Novel ni best. Best masa diaorang bergaduh. Tak ada sangat nak romantik-romantik, sebab Emir dengan Asha ni selalu sakat-menyakat antara satu sama lain. Dua-dua tak nak mengalah.

aku habiskan novel ni dalam masa kurang 24jam sebab novel dia tak berapa nak tebal sangat. Aku ni jenis suka baca novel yang tebal-tebal macam Novel 7 Hari Mencintaimu. Novel Tuan Rumah Pembantu Rumah ni aku baca pun sebab Encik B yang bagi. Dia kata novel lain tak boleh bagi, sebab yang lain dia nak baca lagi sekali...=_="

ouh, bagi yang tak tau, ada cerita yang diadaptasikan daripada novel ni. Aku tak pasti channel berapa.huhu

yeah, nothing much to comment about this. Kalau korang beli novel ni, sila la baca daripada mula sampai habis. Jangan skip-skip baca eh. Sebab aku tau korang yang baca novel tu selalu skip part-part yang korang rasa boring. Tapi novel ni jangan buat macam tu eh, nanti korang tak paham

Sunday 13 July 2014

Iftar With Them

Assalamualaikum

Iftar hari ni (Saturday) with family. Inilah family aku dengan family makcik aku. 2 keluarga yang berada di utara semenanjung. Yang lain dah bermastautin kat Kuala Lumpur.

Hari ni berkumpul kat rumah makcik aku kat Penang. Dah macam pot luck pulak. Mak aku buat air mata kucing, agar-agar sekaya, dengan mash potato topped with daging hancur. Makcik aku pulak masak nasi goreng dan diaorang beli bihun Singapore, beriani putu mayong dengan air kathira (tapi warna pink)


sekali sekala berbuka bersama dengan sepupu sepapat ni best jugak. Lagipun boleh mengeratkan lagi silatulrahim. hee

esok berbuka di rumah kembali. Menu berbuka esok tak plan pun lagi. huhu

Saturday 12 July 2014

Aku tak pernah beli perfume

Assalamualaikum

tajuk yang entah apa-apa ja aku rasa. Mesti ada yang ingat aku ni busuk sebab tak beli perfume, so mestilah tak pernah pakai perfume. OHMAI! tidak lah sampai macam tu sekali. Agak-agak lah pun kan.

actually, aku sebenarnya tak pernah pun beli perfume untuk aku sendiri. Why? Kenapa? Mestilah sebab ada orang tolong belikan. En. B kah? NEHI NEHI (hindustan la pulak) bukan dia. Encik ayah yang belikan masa dia pergi belayar kat oversea. Memang stock untuk perfume sentiasa ada la.

 inilah collection perfume aku dari aku form 4 sampai lah sekarang, 23tahun..ada satu botol dah pecah gara-gara kecuaian sendiri. huhu

jom aku cerita satu persatu tentang collection perfume aku ni

 ni perfume favorite aku.
Flower by Kenzo
dari dulu sampai sekarang tak pernah habis sebab aku guna sikit-sikit dan kadang-kadang ja. Kiranya pakai bila ada majlis or kenduri apa ja. Bau dia soft ja.

 yang ni pulak Apparition, Emanuel Ungaro.
perfume ni aku selalu pakai waktu pergi kelas. Sebab bau dia lembut tapi menyegarkan. So tak dak la mengantuk masa kelas. hee

 yang ni pulak, Le Chevrefeuille by Annick Goutal
yang ni perfume yang paling jarang aku pakai. Sebab bau dia menyegarkan tapi agak tajam (hope you know what i mean)

 dalam banyak-banyak perfume aku, yang ni lah paling comel.
Coach
bau yang sangat menyegarkan, sehingga boleh membuat orang yang mengantuk menjadi segar bugar macam kena siram air sejuk.
yang ni aku selalu pakai masa nak pergi jalan-jalan, shopping or whatever je la
sama jugak dengan perfume bawah ni...kiranya daily aku akan pakai perfume antara dua ni

 Le Bouquet Absolu
perfume ni bau dia soft sikit daripada yang atas. Walaupun masih ada kesegarannya di situ (cheewaahh)

ouh, tertinggal lagi satu pulak. Disebabkan botol dia ni besar, tak muat nak letak dalam bekas tadi, so tertinggallah dia keseorangan. huhu. yang ni pun aku jarang guna sebab bau dia sangat kuat. Kalau sembur sekali dah boleh membuatkan aku bersin. Sebab tu la aku tak berapa minat nak guna..huhu
Miss Dior Cherie


ni semua perfume encik ayah belikan. Then apabila dia pulang bercuti di rumah, aku dan adik-adik aku akan berebut pilih perfume yang dia beli. "Siapa Cepat Dia Dapat" itulah kami punya prinsip. Hee.. Nasib la ada yang dapat bekas cantik tapi bau tajam bagai.

Disebabkan dah banyak perfume aku, aku tak pernah berniat nak beli pun. Rasa macam membazir sangat beli perfume yang lain. Perfume yang sedia ada ni pun dah tak tau nak pakai yang mana satu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...