MH17 Terhempas Selepas diTembak | Cik Siti

Friday 18 July 2014

MH17 Terhempas Selepas diTembak

Assalamualaikum

Tahun 2014 ni banyak menguji kita di Malaysia. Mula-mula MH370 yang hilang dan masih hilang sehingga sekarang. Dan kini MH17 pulak.

Allah SWT nak menguji kita rakyat Malaysia.


Kun Faya Kun

Apa yang aku boleh cakap kat sini, salah kita jugak, apabila dalam kesusahan, baru nak mintak pertolongan daripada Allah SWT. Kita tengok sendirilah TV3 sekarang, dulu masa MH370 hilang, tiap-tiap hari ada bacaan Al-Fatihah dalam TV. Bila berita MH370 dah mula reda, stop pulak bacaan tu. Then Allah SWT bagi ujian lagi kat kita, MH17 pulak yang ditembak, lalu terhempas. Dia nak tengok sama ada kita ni masih sama ataupun sebaliknya.

Benda dah nak jadi, dah ajal diaorang. Maybe orang akan cakap, "kau senang la cakap macam tu, sebab bukan family kau yang ada dalam pesawat tu"
yes, memang bukan family aku. Tapi apa yang aku boleh buat, berdoa untuk dijauhi semua tu, tapi siapa kita nak menghalang ketentuan Allah SWT.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa MH17 yang beragama Islam. Salam Takziah kepada keluarga mangsa.

Back to basic.

p/s : aku dengar yang diaroang tersalah sasaran. Nak menembak pesawat lain yang hampir sama dengan MH17. Dan mengatakan kawasan yang dilalui MH17 adalah kawasan perang, dan apa yang aku terbaca, MH17 telah diberi amaran untuk tidak melalui kawasan udara diaorang. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...