Monday 30 June 2014

Kadar Zakat Fitrah bagi Setiap Negeri Seluruh Malaysia 2014M/1435H

Assalamualaikum

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2014M/1435H untuk setiap negeri seluruh Malaysia...

 kadar zakat fitah ditetapkan berdasarkan nilai satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7kg beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri masing-masing

bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang hari raya di pagi Hari Raya Aidilfitri.

Saturday 28 June 2014

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Selamat mengerjakan ibadah puasa bagi muslimin dan muslimat....

sempena 1 Ramadhan ni, marilah kita sama2 membetulkan niat puasa...kot2 la mana tau ada yang selama ni tersilap ka....apa2 ka....ingat mengingati tak salah kan... =)

Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Doa berbuka puasa

p/s : jangan main bantai ja berbuka nanti....keep it SEDERHANA...jangan membazir... =)

Palazzo Ramadhan Promotion

Assalamualaikum

1 pc = RM39.90 postage included
2 pc = RM75 postage included (harga asal RM79.80)

inbox me before 10 am Sunday every week...
will post to u on Monday every week...

kerjasama anda amatlah kami hargai

inbox HERE
or SMS/whatsapp at this number 0123014118 (siti)




Thursday 26 June 2014

Solution From Previous Problem

Assalamualaikum

tadi aku ada post PROBLEM ni

now, aku dah ada solution..apa yang aku buat :-

1- pergi kat tabs "google +"

2- kalau korang ada tick kat "Use Google+ comment on this blog" harap UNTICK balik ye

3- buka layout >>> edit HTML

4- paste code ni (make sure preview dulu sebelum save)

<div class='cmt_iframe_holder'
expr:data-href='data:post.canonicalUrl'
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>

DONE!


 

 

Ada Masalah Lagi

Assalamualaikum

wahai blogger-blogger yang tau pasal benda ni...nak minta tolong sikit....ada problem dengan Google Plus comment ni....


korang ce pegi kat entry INI then pegi kat bahagian comment...ada "1 comments"...tapi tak ada pun kat situ...padahal sebelum aku buka entry tu, aku dah publish comment +Khamsi Abdullah ...tapi bila nak reply, tak dak pulak comment tu...hanya ada number of comment ja....

ada sesapa boleh tolong tak? huhuhu

Giveaway Ramadhan Raya by Syira Lokman

Assalamualaikum

http://syiralokman.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan-raya-by-syira-lokman.html 
 
KLIK BANNER UNTUK JOIN K
 
 
 
 

3 Tahun Lebih

Assalamualaikum

well actually aku dah berblogging selama 3 tahun lebih...bulan Disember 2014 ni akan masuk 4 tahun...

wow, cepatnya masa berlalu...aku start buat blog masa first year medical student...kononnya nak kongsi cerita budak medik kat korang...huhu...but i think, nothing much i wrote about medical student, or as you can say, future doctor...

i think i'm not successful blogger as you can see... hampir 4 tahun...tapi nothing much improve as I'm busy with college life...medical student memang tak ada life ok...that's what I define medical student....lain orang, lain dia punya pendapat....

I quit my med school after 4 years struggling here and there....if you follow my blog from the beginning, you will know....(nanti akan dicerita sebab2 nya)

now I'm realize that not everything you can do....as for me, I cannot do things I don't like....if you keep forcing yourself loving things that you don't like, you will be a crazy person in a short time.....until sometimes you cannot handle it anymore, you might commit suicide....(nauzubillah...mintak dijauhkan)

lets not talk about that....


sementara aku jadi penganggur yang bertauliah ni....boleh la aku belajar macam mana nak improve aku punya penulisan....update blog everyday....blogwalking here and there....yeah.have much times now until January next year...which my class will be start....guess what, I just realize I wanna do Business study....

ingatkan nak buat sebagai side hobby ja...tapi aku dah macam tergila-gila nak buat business sendiri....so, I apply Business Management to replace my Degree in Medicine....seriously aku dah start business kecil-kecilan secara online...

bagi sesapa yang tak tau, korang boleh visit page aku CikSiti Official Blog, kat situ korang boleh la tengok barang2 yang aku jual....hope I get some support from u all...

apa lagi eh nak cerita...ouh, by the way...at first aku buat blog ni, nama blog aku adalah Cerita Ceriti Kisah Hidup Cik Siti...what a long name...hahha...then last year I decided to change my domain and also my blog name.... from http://www.eimah2328.blogspot.com to http://www.ciksiti.com....and from the long blog's name to a very short name which is CikSiti.com

ok lah....nak tidur dah...lewat dah kot....

SELAMAT MALAM....

Wednesday 25 June 2014

Peringatan : Bahaya Air Tebu

Assalamualaikum

just got this from my sister kat whatsapp...

sapa penggemar air tebu kat sini??? mestilah aku...hee...tapi bila baca ni, terus berkali kali pikir nak minum lagi ke tak air tebu ni...huhu
 tipu la sapa yang tak terliur tengok air tebu kat atas ni...



lazimnya penjual air tebu akan meninggalkan batang-batang tebu yang belum dikisar tanpa mengira kebersihannya di samping membiarkan berlonggokkan di sudut-sudut tepi pagar, tepi longkang, atau di atas tanah..tindakan peniaga-peniaga ini mengundang kehadiran tikus-tikus dan juga haiwan-haiwan perosak yang boleh membawa pelbagai penyakit...

sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa tikus adalah ejen pembawa penyakit LEPTOSPIROSIS (kencing tikus) yang boleh membunuh...ramai yang telah jatuh sakit dan maut akibat gejala penyakit ini...

justeru, berhati-hatilah tuan-tuan dan puan-puan...

inilah orang cakap...benda remeh-temeh diambil mudah oleh sesetengah pihak....orang yang nak beli ni bukan nak ingat apa dah....tekak kering...nampak air tebu ais plak tuu....main beli ja....tak tengok macam mana diaorang proses...kat mana diaorang letak batang-batang tebu tuu....
so, keep on sharing this k...make it habit....siasat dulu macam mana diaorang proses sesuatu, tambah2 makanan...jangan main hentam beli ja...

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ

THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ


Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi !

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN

Tuesday 24 June 2014

Tips : Cara mengenal pasti produk berkelulusan KKM

Assalamualaikum


tapi aku tengok masih dijual lagi di pasaran...

kalau korang ragu-ragu dan nak kepastian sama ada produk yang korang gunakan tu ada kelulusan oleh KKM or not....boleh la check kat SINI

harap dapat membantu kepada sesiapa yang masih ragu-ragu..

Monday 23 June 2014

Terlupa Rakaat Ke berapa

Assalamualaikum

korang pernah mengalami situasi ni tak? mesti pernah kan...tipu la kalau tak pernah.... jom baca apa perlu korang buat if let say korang terlupa dah rakaat ke berapa...


korang paham tak? tak paham, korang tanya....jangan buat2 paham...tapi satu apa pun korang tak paha,...nanti sesat, parah....

sharing is caring...
Islam itu mudah...tapi bila dah mudah, jangan nak buat lagi mudah...baik rujuk dulu kepada ulama/ustaz/ustazah yang boleh dipercayai...takut2 nanti sesat.....

Gucci Inspired Handbag

Assalamualaikum

jom nak share sikit gambar-gambar handbag yang mungkin korang suka





more designs, more color, HERE

Sunday 22 June 2014

Tips : Susun Baju Dalam Laci Dengan Kemas

Assalamualaikum

korang ada masalah nak ambil baju dalam laci tak?? maksud aku bila korang nak ambil, baju jadi berselerak dalam laci....tambah2 baju yang kita nak tu ada kat bahagian bawah sekali... (u know what i mean)....yang ni berlaku kepada orang yang susun baju secara bertingkat....so, bila nak amik baju yang kat belah bawah tu, sangat lah susah.....

so now aku nak ajar cara-cara susun baju dalam laci dengan kemas...korang nak ambil pun tak berselerak...ouh, by the way...korang yang tak dak laci tu, mesti ada compartment yang simpan baju2 nak lipat kan kan kan.....korang boleh jugak lah cuba cara ni....

mula2 sekali mestilah korang kena ada laci....or bakul or apa2 ja la yang boleh letak baju korang...
inilah laci baju yang telah berkhidmat dengan aku lebih daripada 10 tahun....ada sticker pooh lagi...hahahha....asalkan boleh guna lagi, what for nak beli lain....okok...sambung balik
then korang lipat baju korang macam biasa


then lipat lagi setengah...jadi macam dalam gambar ni



then susun lah cenggini...make sure yang bahagian bawah baju yang korang lipat tu mengadap belah atas....so tak messy sangat....


tengok...senang ja nak keluarkan baju...tak berselerak pun...senang pulak tu nak cari baju yang kita nak...tak bertindan tindan macam sebelum ni....


lagi sekali aku nak ingatkan...

 susun macam ni tau..(gambar atas)..bukan macam kat bawah ni

 
 kalau susun guna side macam gambar kat atas tu, nak messy la korang punya laci....



korang boleh divide each laci korang nak letak apa...macam aku tunjukkan kat korang ni, ni part baju aku duduk rumah...t-shirt...seluar, letak dalam laci bawah dia...senang...

p/s : nampak sangat aku ada banyak baju warna hitam

SELAMAT MENCUBA YA ^^

Bye Kulim, Till We Meet Again

Assalamualaikum

how's your day? I hope semuanya ok lah kan.....by the way tadi petang aku dah angkat semua barang dari Kulim....well2...dah pindah ok....2 trip......hari ni punya trip sumbat semua masuk kereta....penat...nasib baik muat kereta den....kalau tak muat, makna kata kena buat 3rd trip la plak...



muka terpaksa di blurkan sebab berminyak teruk sangat....ha, nampak tu...penuh kereta mengangkut barang...fuhhhh


the moral of the story is, jangan nak bawa barang banyak sangat bila duduk rumah sewa....nanti nak pindah balik sakit oooo.....encik B cakap kenapa tak bawak rumah kat Sungai Petani terus mai Kulim...tu perli namanya....

so, next place, kita tak payah la nak bawak barang banyak cam ni...bawa baju, bawa bantal busuk cukup....hahhaha....


by the way, tadi dah gi pos Palazzo yang di order oleh customer....fuhh...kali ni punya order memang banyak...katanya nak jual masa bulan puasa nanti....

so, ada sesapa yang nak? jom tengok kat sini Palazzo Murah

Apakah Itu?

Assalamualaikum

apa korang nampak kat gambar ni


aku nampak bendera UMNO...tell me if I'm wrong...
aku jumpa pic ni kat dalam Facebook...seperti biasa kerja harian aku scroll page Facebook sampai bosan...then terjumpa gambar ni...

aku macam what the tuttttt...agak2 la pun kot....sorry to say la...aku tak sokong mana2 pihak...tapi gambar ni macam ntah apa2 je....dengan caption budak yang share tuh pun tak boleh nak blah....

NAMPAK SANGAT EDIT NYE PUN

agak-agak la nak tarik perhatian orang pun...tak perlu lah nak buat macam ni....



Saturday 21 June 2014

Perlukah Semua Benda nak Bagitau?

Assalamualaikum

How's ur day today? I hope everything turn up just fine....cheeehhhh...speaking orang putih konon....padahal baru lepas makan durian kat balik pulau, pulau pinang jah....bukan makan western pun... =_="

ok, meh nak tanya korang....perlukah kita bagitau almost everything yang kita buat kat dalam Facebook, Instagram or Twitter???

aku dah perasan minah ni lama dah....tak perlu aku mention nama dia dalam entry ni kot....sapa yang buat, dia paham2 sendiri lah kan....

cuba korang bayangkan, almost every hour dia akan update picture, and then bagitau dia ada kan mana segala...tengah buat apa segala....kecuali masa dia pergi toilet...itu tak pulak di update nya...sampaikan aku boleh tau la kat mana tempat almost everday dia lepak...depan rumah dia macam mana...dah boleh hafal kot...ok, itu hyperbola...aku tak hafal pun....cumanya nak menunjukkan yang dia almost hari2 snap pic depan rumah sebelum pergi mana2....

orang mesti cakap aku stalk dia kan kan kan....actually not!
korang bayangkanlah, scroll kat News Feed Facebook, ada ja post dari dia...bukan satu...tapi dalam sekali aku buka FB tu, ada la dalam 5 post dari dia....

pastu aku lari buka Instagram pulak...scroll punya scroll...ada lagi....lepas satu post, bawah tu ada lagi.....well2....banyak ngat aih....nasib baik Twitter aku tak follow dia.....kalau tak, memang hariku dipenuhi dengan kehadiran mu, sayangku....lalallala


aku macam, "KO NI TAK DAK LIFE KA? ASYIK SNAP PIC, POST SANA SINI"
benda ni pencuri, perompak memang ar suka tengok....tau dah kat mana minah ni selalu lepak, rumah dia kat mana...dia ada tak kat rumah...keluar dengan sapa...walaweyh....dah macam diari dia dah kat Facebook tuh...

yeah....memang Facebook dia, account dia....tapi agak2 la kot sampai macam tu sekali nak post....it's for your own good la...kalau jadi apa2 nanti, susah.....

by the way, apa pendapat korang dengan situasi ni?

Tanda-Tanda terkena SIHIR

Assalamualaikum
kat sini aku nak share sikit pasal SIHIR

DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh

Kuatkah aku?

Assalamualaikum

Kuatkah aku? itu yang selalu kawan-kawan aku cakap...seriously, SELALU okeyh

well actually aku tak kuat mana pun...cuma, bila ada problem, sedih, confuse, or apa2 ja lah...aku akan selalu ingat, Allah ada.... masih ingat tak entry yang INI?

ha..dalam tu ada maksud-maksud ayat Al-Quran...baca la...insyaAllah korang akan tenang dan redha apa yang terjadi

ouh, by the way...jangan masa sedih, susah ja baru nak ingat Allah...bila senang kita lupa...kita lalai....Allah sentiasa ada dengan kita...susah senang kita....


 senyumlah wahai sahabat....tabah dan sabarlah menghadapi ujian terhadap dirimu...sesungguhnya, disebalik kesedihan dan kesusahan yang di alami, akan adanya kemanisan di situ

Thursday 19 June 2014

June 2014 Collection

Assalamualaikum

harga mampu milik..kualiti dijamin











korang nak??

jom tengok kat sini June 2014 Collection

Check Beg Lama Korang SEKARANG!!

Assalamualaikum

well2, kenapa tajuk entry aku kali ni cam tu???
nak tau kenapa???

actually aku tengah mengemas bilik yang agak lama tak kemas...maksud aku kemas yang memang betul2 kemas la....which means lap lampu, meja, susun barang2 dalam kotak, buang apa yang patut....yeah, it's a lot of things kot....

hal ini disebabkan "busy" study punya pasal...busy la sangat kan...hahha...malas actually...sebab masa agak limited....memang tak boleh nak tumpukan banyak masa untuk kemas bilik sebelum ni...

so guess what bila aku dah ada masa untuk kemas...aku akan kemas la betul2....3 jam gak la mengemas nya...lap sana, sapu sini....susun itu ini....kena pulak buat decision barang tak nak, KENA BUANG..itu wajib...kalau lagi simpan, lagi menyemak je...bukannya guna pun....teddy2 bear semua tak buang...letak dalam satu kotak...then nak suruh puan emak donate ka klinik dia nanti....majalah2 Remaja pun aku bagi kat puan emak suruh bawa gi klinik dia....malas dah nak perap buat pekasam kat bilik nih....

okok...lets back to the topic....

masa tengah kusyuk2 kemas bilik..aku terjumpa la beg yang dah lama...memang tunggu masa nak buang ja...so i made decision nak buang beg tu sebab memang dah lusuh sangat2.....ntah macam mana terdetik kat hati nak check dalam beg tu....

guess what i found...sampul duit raya....ingatkan sampul kosong la macam sampul2 duit raya aku sebelum ni....then sepatutnya nak terus buang la....then, terpegang satu sampul ni...rasa macam tebal ja....terdetik la kat hati nak bukak...tuptup benda ni yang aku jumpa


wow...rezeki Alhamdulillah....as if macam upah aku kemas bilik dengan jayanya...hahahha..

RM15 kot...sapa nak bagi free2.....hee...so, MASUK TABUNG...jangan membazir

so better korang pergi check sekarang..kot2 la terlekat RM50 ka kan kat beg tu...who knows kan....

Wednesday 18 June 2014

Tips : bersenam untuk yang berbadan bentuk pear

Assalamualaikum

kat sini aku nak share sikit macam mana korang yang badan bentuk Pear boleh bersenam....

ouh, bagi sesapa yang tak dapat bezakan badan bentuk pear dengan badan bentuk epal, sila tengok gambar di bawah

bila korang dah tau, yang mana bentuk badan pear tu boleh la cuba senaman ni...



kalau korang try ni, confirm arh....berkesan sangat2...tak yah tunggu 5 minit, 2 minit pun korang dah boleh rasa effect dia...fuhh...tarik abes urat2 paha...

the most easiest exercise..boleh buat dalam bilik je kot...tak perlu ruang yang luas pun....

SELAMAT MENCUBA ^^

Tips : how to get rid of acne

Assalamualaikum

kulit kayu manis mengecutkan jerawat dan pudarkan parut
kulit kayu manis juga boleh di gunakan untuk perawatan muka iaitu untuk masker. selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. 

this mask is homemade...super savers punya budget

what you need cinnamon powder (serbuk kayu manis) and also honey (madu)...serbuk kayu manis tu korang boleh beli kat Tesco...apa2 jenama pun boleh...aku beli tadi RM2.50 cam tu jenama Tesco =)

first step, you need to mix cinnamon powder wit honey...the ratio is 1:3....dalam erti kata lain, kalau korang guna sudu teh...so 1 sudu teh serbuk kayu manis...3 sudu teh madu....macam tu jugak lah kalau nak guna sudu makan, or senduk ka apa2 ja la yang korang guna untuk sukat ^^

then gaulkan sehingga sebati...then masukkan dalam microwave selama 20-30 saat...tapi kalau tak nak masukkan dalam microwave pun tak pa...tak kesah pun...

agak2 dah suam suam kuku, boleh la sapu kat muka....

ouh, jangan lupa...sebelum sapu, pastikan muka tu bersih ye.....

tunggu lah 10-20 minit cam tu....biar dia serap dalam muka..then basuh...it is better kalau guna air suam untuk basuh...then diakhiri dengan air sejuk...


macam ni lah rupanya bila korang dah gaulkan hingga sebati

CAUTION!!!
if korang rasa muka pedih...tak boleh tahan...sila basuh ok...dan jangan pakai dah...kalau muka korang sangat sensitif, dan korang tau korang punya kulit sensitif, JANGAN PAKAI...

madu pun ada khasiat dia jugak...

KHASIAT MADU :-
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
by the way, kalau korang tak nak pakai madu pun boleh...gantikan dengan air paip...tapi nisbah dia kurangkan sikit...takut cair sangat nanti

SELAMAT MENCUBA ^_^



Tuesday 17 June 2014

Giveaway Cash RM150 MrJocko

Assalamualaikum


kalau nak join, click gambar kat atas ni k....

selamat petang...

enjoy ur evening

Magnum Gold

Assalamualaikum

korang dah pernah makan Magnum Gold tak??? actually aku baru ja makan semalam...lol..lame me



at first benda ni keluar kat pasaran, aku ingatkan betul2 disaluti emas...dah namanya pun gold...ingatkan ada emas la...hahhahahah...

then baru aku tau ada disaluti caramel...

so semalam aku pun try la....damn...manis gila siot..makan benda ni boleh dapat kencing manis tetiba...seriously manis sangat...bagi sesiapa yang suka manis tu, boleh la makan Magnum Gold ni.....aku lebih prefer Magnum yang ada Almond punya...huhu....memang dah lama dah penggemar aiskrim Magnum ni...hee

korang pulak cam na? suka yang mana satu?


Fast and Free Internet anytime you want

Assalamualaikum

aku ada pakai satu plan internet ni....memang slow gila....bila time dia ok, ok la...bila time dia moody, dengan aku aku sekali moody =_="

korang pun mesti sama macam aku kan....so jom cuba benda ni....

dia FREE dan LAJU plak tu....



mesti korang nak kan...aku pun nak jugak...kalau korang nak tau, jom tengok kat SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...