Friday 31 October 2014

Wireless Mouse Murah

Assalamualaikum

Selama ni aku tak guna touch pad ja. Beli mouse asyik rosak ja. Tapi semalam, dah tak guna touch pad dah. Sebab aku dah ada mouse. Wireless pulak tu. Harga dia pun boleh tahan murah. RM19. Sebab wireless mouse yang lain tu harga dia dalam RM30 ke atas.

Tetiba jumpa kedai yang buat promotion. RM19 ja. So aku tak melepaskan peluang untuk beli la.

Nah, aku belanja satu gambar wireless mouse aku. Hee


Lepas ni boleh la main game League of Legend kat laptop ni. Hee Baru ada feel sikit. =)

GST dan Daftar SSM Untuk Blogger

Assalamualaikum

Baru-baru ni blogger semua pakat terkejut yang ada ura-ura mengatakan blogger pun akan dikenakan GST dan perlu letakkan nombor pendaftaran SSM.

Ok, Apa Itu SSM? SSM adalah short form bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Aku dah daftar dah SSM ni. Dah setahun lebih dah pun hidup.


Nombor pendaftaran aku adalah KC0020714-H

Tak percaya? Pergi check sendiri.

SSM ni perlu ada kepada blogger yang buat business online. Kiranya, kena paparkan kat blog la jika korang meniaga melalui blog. Semua orang yang meniaga, sepatutnya mendaftar dengan SSM. If not, korang kena denda.

Jangan meniaga ikut suka hati korang ja. Yang nak membeli pun, seharusnya check dulu nombor pendaftaran peniaga tu. Kang, kena tipu tak pasal ja kan. At least, kalau ada nombor pendaftaran and dia tipu kita, kita boleh inform kat SSM. Diaorang ada detail pasal orang yang meniaga ni.

Yang pasal GST tu pulak, aku dengar kata blogger yang menjual pun akan kena tempias jugak. Well, kalau korang buat duit sampai berjuta la melalui blog. Huhu. Kiranya, blogger syok sendiri macam aku ni, tak perlu la kot nak bayar GST bagai tu. Hee

Dulu, sorang pun tak pandang blogger ni. Sekarang, bila nama blogger dah naik. Sampaikan GST pun nak kenakan kat blogger. Haila. Kerajaan memang dah tak ada duit sangat ka sampai nak makan duit rakyat?

"Yang miskin, makin miskin. Yang kaya bertambah kaya" (just saying)d

Tuesday 28 October 2014

O10DC : 10 Mom's Best Dishes

Assalamualaikum


O10DC ni adalah October 10 Days Challenge, yang dibuat oleh Siti. Bukan aku ok. Hee

Walaupun aku tau dah nak penghujung bulan October dah, tapi aku tetap nak join jugak.

#day1

My Mom's Best Dishes (gambar tak ada dalam simpanan. Bila mak masak ja, aku terus ngap. Tak sempat nak snap. Hee)

1- Ikan terubuk masak sambal. (damn!! sedap gila kot)

2-  Nasi Ayam Puan Emak (kalah The Chicken Rice Shop)

3- Macaroni goreng (memang tak ada tandingan la. Sampaikan bila aku buat macaroni goreng, semua orang tak mau makan.)

4- Ikan bawal masak sos

5- Rendang ayam

Mostly yang mak aku masak semua sedap. So, tak payah la kot nak senarai panjang2. Hee

Cara Membuat Ebook Anda Sendiri

Assalamualaikum

Aku dah buat Ebook aku sendiri. Tengok kat Step By Step : Jana Income 3 Angka

Ni ha, hasil daripada baca ebook dia.


Bertambah satu lagi ebook dalam Google Play. Search "FoodStylist Malaysian" dan taadaaa, keluar lah ia.


Korang nak jugak buat Ebook? Sila ke SINI. Atau boleh terus bertanya kepada owner ebook tu sendiri kat SINI

RESEPI : Vanilla Cupcakes with Strawberry Filling

Assalamualaikum

Hari ni aku buat Vanilla Cupcake with Strawberry Filling. Ini semua sebab baca entry Namee Resepi Vanilla Cupcake tu la. Ha kan dah rajin pulak nak buat cupcakes tu.

So, inilah hasilnya




Nerghh, punya la sedap. Cuma kalau letak lama sikit dalam oven tu lagi sedap la.

Walaupun masa bancuh adunan tu ada la tersilap sikit. Sepatutnya 2 1/2 cup tepung gandum, aku pergi letak 1 1/2 cup ja. Bila dok gaul-gaul tu terasa macam cair sangat adunan. Baru teringat terlupa nak letak lagi satu cup tepung. Main masuk ja lagi 1 cup tu. Hehe. Nasib baik menjadi jugak.

Korang nak resepi dia?

Cari kat SINI.

Monday 27 October 2014

Dilemma Muka Berjerawat

Assalamualaikum

Mesti ramai yang baca entry ni pernah dan sedang mengalami muka berjerawat kan. Same goes to me.

Ha, tengok gambar kat bawah ni.


Maybe korang cakap tak teruk sangat. Tapi bagi aku, time ni la muka paling teruk dalam hidup aku selama 23tahun.

Baca entry kan bawah tu.

Well, jerawat ni tumbuh ada banyak faktor. Salah satunya adalah disebabkan tak menjaga kebersihan.

Tapi korang pernah terpikir tak, yang korang ni dah jaga dah kebersihan, tapi jerawat still tumbuh. Jangan risau, sebab ada lagi satu faktor yang menyebabkan jerawat ni tumbuh. Iaitu HORMON.

Mungkin korang dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat still ada. Jerawat disebabkan hormon tu normal. Selalunya jerawat tumbuh sebelum/semasa/selepas period (untuk perempuan la). Itupun kalau korang perasan la. Kalau jenis cenggini, memang la produk skincare korang tu takkan membantu pun. Sebab ia bermula dari dalaman.

So, chill la beb. Jerawat bukannya boleh buat orang mati pun. Kecuali orang tu sangat OBSES dengan muka dia.

Stress jugak boleh membuatkan jerawat tumbuh dengan agresif skali. Weh, kalau satu dua jerawat tu, tak perlu la nak stress bagai. Lagi korang stress, lagi banyak la jerawat yang tumbuh. Tengok macam aku ni, stress sebab study, then jerawat naik. Pastu stress sebab jerawat pulak. Takut bila jumpa patient, patieng rasa geli pulak tengok muka aku. Kan dah bertambah-tambah stress. Lepas tu, jadilah ladang jerawat kat muka ni ha. Last-last aku buat dunno ja dengan jerawat tu.

And at the same time aku guna produk Himalaya Herbals, so now muka aku dah ok. Tapi masih dalam proses recovery lagi. huhu

Muka aku tak la flawless cam korang. Like I care sangat la kan. Asalkan tak dak jerawat, dah kira ok dah tu.

Cuma ada certain time setiap bulan akan ada 2 3 butir jerawat. Tapi cepat ja kecut. Dengan bantuan Oxy ^^.

Kesimpulannya saya tidak stress lagi disebabkan jerawat. Tetiba* Krik krik krik

Saturday 25 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Step By Step : Jana Income 3 Angka

Assalamualaikum

Ini adalah Ebook yang dihasilkan oleh seorang anak muda. Ebook yang menceritakan bagaimana anda boleh membuat produk digital anda sendiri.

Di dalam ini terdapat langkah demi langkah yang boleh anda ikuti. Aku yang baru baca ni pun dah rasa nak buat terus ja ebook aku sendiri.


Sebab sekarang ni macam tak banyak lagi ebook yang ada kat pasaran. What I mean is, ebook from our generation.

Ebook yang mudah difahami. Sebab selama ni aku baca ebook, bahasa diaorang susah kot aku nak paham. Aku tahu, korang pun sama kan.

And ada orang cakap ebook ni semuda ABC 123. So, memang senang sangat la.


Kalau korang berminat, korang boleh ke SINI

Friday 24 October 2014

Asia Food Festival 2014

Assalamualaikum

Aku ada janji kan dengan korang nak tunjuk bukti yang aku pergi Hospitality Conference Asia Food Festival 2014 hari ni. Tengok entry INI










Yang gambar ukiran atas ni diperbuat daripada BUTTER kot. Memang dalam banyak2 benda, aku suka butter carving ni. Rasanya memang susah sangat kot nak buat sampai dia boleh berdiri macam ni.

Ok lah. Aku dah nak tidur. Penat sangat. ZZZZ

Good night

Wednesday 22 October 2014

Buku Sejarah Tingkatan 4

Assalamualaikum

Nah, nota sejarah Cik Siti.


Ni Bab 1. Tulisan cantik sangat.


Siap warna warni lagi. Teratur kan.
(puji siri sendiri)

 Bila masuk Bab2, tulis pun macam dah halai balai dah.
 Ada la jugak warna-warni tu. Tapi dah macam serabut sikit. Kan.

Then, Bab 3, KOSONG. Hahahah

Tak silap aku, masa masuk Bab 3 ni, tak ada cikgu kot. Entah la cikgu tu pergi mana. Rasanya tukar sekolah. Tunggu cikgu ganti. Then bila cikgu ganti masuk, tak pernah nak buat nota pun. Hoho.

So, inilah timeline buku nota Sejarah aku. Hee

Walaupun buku nota aku sampai Bab 2 sahaja, SPM tetap A2. Mungkin kalau aku buat nota bab-bab seterusnya, aku akan dapat A1. Apa-apa pun Alhamdulillah. Rezeki aku dapat A2 Sejarah. =)

Europe di Malaysia

Assalamualaikum

2 3 hari ni Sungai Petani, Kedah hari-hari hujan pada sebelah petang. Aku rasa bukan Sungai Petani ja. Ada beberapa negeri lagi kot macam ni jugak. Klang semalam ke bila ntah kena puting beliung. Minggu lepas, puting beliung kat Pendang, Kedah.

Hari ni, pulak ayah aku cakap, dah macam Europe dah. Ce tengok gambar ni




Jangan katakan Gunung Jerai, kawasan rumah aku yang atas bukit tu pun tak nampak.

Kalau tidak, Gunung Jerai boleh nampak dah kalau lalu jalan ni.

Kuasa Allah SWT kan. No one can stop it.

Asia Food Festival Conference

Assalamualaikum

Esok aku cuti!!!

Well, aku ni memang hari-hari cuti pun. Tapi esok special sikit. Dapat invitation pergi conference Asia Food Festival kat SPICE Penang.


Tak percaya? Tengok ni, siap ada buat baju lagi semata-mata nak pergi conference tu.

Tak percaya jugak? Esok tengok sendiri la aku update entry bersama bukti. By the way, T-shirt ni dari +Food Stylist . T-shirt sulam OK.

Nak order? Korang boleh contact number ni 0195666824 atau number aku sendiri 0123014118

#foodstylist #asiafoodfestival

Tuesday 21 October 2014

Order NOW!! HomePickled

Assalamualaikum

#fenomenajerukbuahpedas #homepickled

Cara pembungkusan HomePickled sangat sesuai dijadikan "doorgift" untuk majlis-majlis keramaian. We produce freshly made HomePickled.

Rasanya yang sangat mengancam sehinggakan ada customer yang menghabiskan 1 jar selepas membeli.


Ingin mencuba? Anda boleh la membuat tempahan SEKARANG di PAGE INI

Atau, boleh SMS/whatsapp ke 0123014118

Harga RM6.90/jar
Minimum order 3 jar.


LAGI BANYAK, LAGI MURAH

Size jar : 270ml


Disebabkan product ini adalah freshly made, so kami harap, jika ada yang ingin membuat tempahan sebanyak 1000 jar ke atas, sila maklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum. Kerjasama anda amat kami hargai.

Sunday 19 October 2014

Teaser : HomePickled

Assalamualaikum

Korang boleh nak teaser-teaser bagai. Aku pun nak jugak. By the way, APA ITU HomePickled?


HomePickled ni adalah buah-buahan jeruk yang menggunakan 3 bahan utama. Iaitu madu, garam bukit dan juga jalapeno. 

This is what make our HomePickled different from others.


And also our HomePickled are suitable for any occasion because of our packaging. So, stay tuned!

HomePickled will be launch tomorrow.

Kindly visit us at Facebook

p/s : Produk buatan bumiputra. Harga sangat berpatutan. Lebih banyak order, lebih murah harganya.





Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh

Assalamualaikum

#supportblogger

Klik BANNER kat atas ni ye kalau nak join


Saturday 18 October 2014

REVIEW : Himalaya Herbals

Assalamualaikum




Gambar-gambar kat atas ni adalah muka aku sebelum aku guna Himalaya Herbals ni. Dalam bulan 4 macam tu la muka aku teruk sangat. Jerawat tumbuh macam lalang ja. Lepas satu-satu. Mungkin stress dan jugak sebab pemakanan aku kot. Tak berapa nak stabil.

Sebelum guna Himalaya Herbals ni, aku ada la jugak guna beberapa produk. Tapi muka still macam tu. Jerawat, jangan cakap la. Seronok lagi dia membiak.

Masa bulan 8 hari tu la hati ni mula terdetik nak tengok review produk Himalaya Herbals ni. Sebab aku tak pernah try lagi guna. Review semua memberangsangkan. Lagipun dia 100% herbal actives. Orang cakap, belum cuba belum tau.

 Aku guna face Purifying Neem Face Wash, Gentle Exfoliating Apricot Scrub, Toner dengan Moisturizer.

Kiranya dah 2 bulan aku guna. Memang best la. Bau dia pun wangi. 
Nu muka aku sekarang. Tak ada dah jerawat. Parut jerawat pun dah makin kurang. Cuma yang tinggal, parut campak ja. Hoho.

Aku tak ada la pulak alah dengan produk ni, Tak ada la pulak muka terasa macam burn and kulit mengelupas. Semuanya OK belaka. TIPTOP.

Cik Siti Bagi 10 Bintang untuk Himalaya Herbals. (cheehhh)

Friday 17 October 2014

Trust People

Assalamualaikum

Kepercayaan tu sangat penting. Terlalu penting sehinggakan ada orang cakap, "once you broke it, it will never be repaired"


Memang betul pun. Aku pernah percaya kat orang. Tapi dikhianati. First my ex and second my friends.

Biasa la kan, bercinta. Mesti la kena percaya. Tapi kalau dah selalu sangat buat hal, takkan nak percaya lagi kan. Nehi nehi. Boleh blah orang macam tu.

Friends tu, biar je lah. Jadi rahsia.

Bila terlalu percaya kawan pun tak boleh jugak. Nanti kena tikam belakang. Baik berhati-hati.

Nak cari kawan tu, biarlah yang bila kita duduk dengan dia, dia tak kutuk orang lain. Sebab nanti kalau cari hat yang kutuk orang lain, bila dia dengan orang lain, dok sibuk kutuk kita pulak. (aku dah pernah kena. Siap fitnah pulak kok atas)

Nasib baik Allah dah tunjuk awal-awal. Sekarang dah tak ada orang tu disekeliling aku. Aman dunia. =)

Wednesday 15 October 2014

Bazaar Di Instagram

Assalamualaikum

Aku ni agak suka scroll kat wall instagram aku tu. Aku rasa korang pun sama jugak kot. Suka tengok gambar orang. +Fynn Jamal , Irine, +atitaharis , and many more la.

Tetapi ada benda aku tak suka. Orang yang spam wall instagram. Like seriously, if gambar tu gambar dia tak pa la jugak. Ini tidak, gambar tudung. bayangkan 5 gambar dia ja. Then baru ada gambar orang lain. Lepas 1 2 gambar orang lain, gambar dia lagi. Fuhh, penuh wall instagram aku dengan tudung yang dia jual.

Aku dah la follow banyak instashop. So bayangkanlah. Kalau 1 instashop dah macam tu, kalau banyak instashop macam mana. JADI BAZAAR DI INSTAGRAM LA JAWABNYA!

Sekarang ni, aku dah jarang usha instagram sebab benda macam ni la. Tak kisah pun kalau nak meniaga. Tapi jangan la spam macam tu skali. Paroh weh.

Mula la aku gatal tangan nak unfollow. =_="


Sapa penah jadi macam ni jugak?

Tuesday 14 October 2014

Kereta Yang Pelik

Assalamualaikum

Gambar 2 kereta pelik ni ja la yang aku sempat snap. Yang lain semua tak sempat. Huhu. Maklumlah, camera bukan sentiasa di tangan. Belum sempat nak capai camera dalam beg, alih-alih dah berlalu pergi dah kereta yang pelik tu.

 Gambar atas ni aku snap masa sehari sebelum merdeka tahun 2013. Ini kereta biasa. Tapi diubah suai jadi kereta clown. Orang yang drive tu clown ok. Siap ada tulisan LED lagi kat belakang kereta dia. And also, a clown without a bicycle? MEMANG TAK LA. Ada basikal kot belakang kereta dia. Bukan basikal lumba, tapi basikal clown. Siap lambai-lambai lagi kat kitaorang yang teruja ni.

Ini pulak kereta Volkwagen. Tak ingat masa bila jumpa. Nasib baik la traffic light masih merah. Sempat la snap. Tengok orang yang bawa kereta ni, rileks ja bawak. Semua pakat dok tengok dia dengan bini and anak dia. Macam kereta kebal pun ada bila tengok. Empat segi elok ja. =)

Kedua-dua kereta ni aku jumpa kat area Alor Setar. Maybe orang Alor Setar dah selalu sangat kot nampak. Aku ja yang baru first time. Hee

Saturday 11 October 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       

3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!

Friday 10 October 2014

Rumah Jenis Town House untuk DILELONG

Assalamualaikum



Sapa ingat lagi entry aku pasal Hostel AUCMS? Gambar-gambar rumah kena lelong tu adalah dahulunya hostel AUCMS. Rumah tu ada tingkat atas dan bawah. Kiranya, lain-lain la rumah atas dan rumah bawah. Masing-masing ada 3 bilik tidur.

Masa aku duduk kat hostel tu, ada la masalah sikit dengan ceiling kat dapur. Rumah aku tu rumah bawah. Ceiling ditumbuhi kulat. Rumah member-member yang lain pun sama jugak. Tak tau la sekarang dah jadi macam mana. Sebab dah lebih kurang 4 tahun dah tak pi sana. So tak tau la macam mana.

Disarankan kepada sesiapa yang teringin nak beli rumah tu, sila la pergi tengok dulu.

Rumah tu kat Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Koleksi Handbag yang Terbanyak Abad Ini

Assalamualaikum

Ingat lagi entry aku pasal Koleksi Minyak Wangi? Ala, yang INI dengan yang INI la.

Kali ni aku nak tulis pasal koleksi handbag aku pulak.


 Beg ni aku bawa masa nak travel jauh-jauh ja. Itu pun kalau luggage tak muat nak letak barang.

 Yang ni sling bag. Ce teka sapa bagi? Adik encik B bagi masa dia pergi Korea haritu. Pandai pulak pilih, warna favorite aku kot. Macam tau-tau ja kan. Hoho

 Yang ni pulak aku selalu letak telekung kalau nak pergi jalan mana-mana.
Yang ni sling bag yang dapat sekali dengan bag kat atas tu. Sekarang ni kan fashion bag-bag macam tu. Bag besar, dalam tu mesti ada anak dia. Bagi sekali dengan tali.


 Yang ni pulak sama jugak macam dengan yang atas. Tapi ibunya ada kat mak aku. Aku amik yang anak dia ja. Sebab mak aku tak mau anak dia. Hee


 Yang ni, mak aku beli kat US. Katanya bag pasar malam. Pasar malam pun harga 20 USD. Ko jangan main. hahahah. Ni pun boleh buat jadi sling bag jugak.

 Ni pun puan emak beli kat US. Calvin Klein cek oii...Harga jangan cakap la. huhu


Yang kat atas ni la panduan untuk mak aku pilih handbag untuk aku kat US haritu. Yang ni tips untuk sesapa yang badan pear teringin nak pakai handbag yang sesuai dengan bentuk badan korang.

By the way, semua handbag aku tu orang yang bagi. Tak ada satu pun aku keluarkan duit sendiri. Aku ni memang, kalau bab keluarkan duit sendiri, memang tak ada la barang baru untuk aku. Tunggu dah lusuh betul-betul baru beli. Heee.

Sebab bagi aku, biar tak bergaya, asalkan tak papa. Mostly duit aku habiskan untuk makan ja. Well, aku ni kan kuat makan.

Tahun ni banyak sangat handbag aku. So tak payah la beli lagi handbag. Simpan duit untuk masa akan datang. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...