Monday 29 December 2014

Tips Berniaga Online

Assalamualaikum

Tajuk ni timbul selepas seharian dok tengok komen-komen para penggunan FB kat satu post pasal online selling ni. Orang yang post ni dia post kat satu group FB yang aku join.

Ok, tak perlu la bagitau apa isi kandungan post tu. Cuma sekarang aku nak share la serba sedikit pengtahuan pasal BERNIAGA ONLINE ni. Bukan saja-saja nak tulis. Disebabkan aku ada pengalaman sikit pasal Berniaga Online, so nak kongsi-kongsikan la tips sedikit bagi orang-orang yang baru nak mula perniagaan online dan juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan online ni.

gambar ambil dari Google

1- Customer Always RIGHT
ok, yang ni memang la tak semua customer always rigth. Tapi kalau customer salah sekalipun, kita tak sepatutnya la cakap kasar-kasar kat customer tu. Walaupun dalam chat/sms yang tak ada suara. Orang boleh salah anggap kot. So kalau dia salah, dia tak mau barang kita lepas kita cakap berbuih-buih pasal kebaikan produk kita, dah kalau dia tak mau. TAKKAN NAK PAKSA JUGAK? TAKKAN NAK CAKAP KASAR2? Bila berhadapan dengan customer, ayat tu biar bunga-bunga. Biar terlebih gula pun tak pa. Sebab adanya customer ni la kita boleh cari makan. Cuba bayangkan kalau kita berkasar dengan sorang customer, pastu dia bagitau kawan-kawan dia. Tak ka dah hilang customer korang nanti. Yes, memang la kawan-kawan dia bukan satu dunia, tapi tak ke korang fikir, yang sekarang zaman terlampau modern. Kejap ja nanti diaorang canang business korang tu kat satu dunia. Dengan adanya button SHARE tu lagi la. Semua orang kondem business korang. Last-last gulung tikar disebabkan oleh seorang customer ja.

2- Satu Yang Pergi, 10 Yang datang
korang kena ingat, kalau seorang pergi akan ada lagi yang menyusul. Tak perlu la bebai2. Kiranya bila dah ada sorang, akan ada lagi berpuluh-puluh orang. Takkan la dalam 10 orang yang tanya, sorang pun tak mau beli. Kalau terjadi macam tu, check balik apa silap kita. Harga terlebih mahal ka. Tak ramah dengan customer ka.

3- Hati Mau Cekal
nak berniaga ni, hati mau cekal. Jangan selalu sangat ikut hati tu. Kalau customer buat silap, jangan la pergi prinstcreen then post kat FB. Siap tak censored customer punya nama dengan number fon. PARAH la macam tu. Ini akan menyebabkan korang akan kehilangan lagi ramai customer. Sebab depa takut kalau berurusan dengan korang. Satgi bila cakap salah sikit, korang prinstscreen, masuk FB, buat malu diaorang ja. And korang kena ingat, bukan korang ja jual produk tu dalam Malaysia ni. Ramai lagi kot. Melainkan korang memang pengasas sesuatu produk tu lain cerita la.

4- Tulis DESCRIPTION Bagi Penuh
yang ni selalu para peniaga TAK LETAK! Sikit-sikit suruh PM. Bagi aku la, better letak full description. Bukannya tak ada ruang nak tulis. Cuma korang ja tak nak letak. Syok sangat orang dok PM korang tanya. Last-last tak nak beli, pastu korang pulak yang hangin. Sekurang-kurangnya, letak la harga. Ini tidak, berminat, PM. Benda mudah, saja buat terok. Pihak yang menjual pun senang, yang nak membeli pun senang. Ouh lagi satu, kalau yang COD, yang Pre-Order ni, kalau nak suruh customer bayar deposit dulu sila nyatakan. Tak perlu nanti cakap banyak-banyak kali. Satgi bebai lagi. Hati manusia ni bukan boleh. Sikit-sikit nak touching.

5- PM Apabila Dah Baca Description
Yang ni aku paling suka. Lepas korang tulis description tu, sila mention "SILA BACA DESCRIPTION DULU, THEN KALAU BERMINAT BOLEH PM SAYA" so senangkan. Korang pun tak perlu pening2 kepala. Itulah gunanya tulis description panjang lebar. Kalau diaroang nak beli nanti, bagitau kat diaorang "dengan ini saya anggap awak dah baca description tu dan paham. So boleh la bankin ke akaun saya". Ha, kan senang macam tu. Benda ni bagi sesiapa yang agak tak berapa friendly. Kalau nak layan customer tu dengan bersemangat pun tak kisah sangat. Tapi bayangkan kalau time tu korang tengah busy, adakah korang akan layan elok2????

ok. Itu ja nak kongsi. Selamat beramal ^^

KPTM : Kemasukan Pelajar Baru Sesi Januari 2015 DITANGGUHKAN

Assalamualaikum



Kolej Poty-Tech MARA (KPTM) :-

Kemasukan pelajar-pelajar baru sesi Januari 2015 adalah ditangguhkan di SEMUA kolej cawangan KPTM sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Info : SINI

Thursday 25 December 2014

Cupcakes for gathering

Assalamualaikum

Macam dah lama ja aku tak update blog ni. Hujung-hujung tahun ni macam-macam benda nak settle. Tak payah cerita la benda apa yang aku nak kena settle.

25 Dec 2014 semua orang pakat cuti kan. So, inilah kesempatan aku nak jumpa member-member aku. Yang sorang tu baru ja balik dari UK. Memang nak kena jumpa la. Dah lama kot tak jumpa dia. Kempunan nasik kandaq katanya. Wuwuwu.

Aku bawa benda ni kat diaorang.

 Cupcake bunga ros yang tak berapa nak jadi bunga ros. Lagipun mak aku ada order cupcake untuk dia bawak pi kat gathering dia. Aku apa lagi, tumpang sekaki la dah alang-alang buat cupcake. Ini cupcake buat sendiri tau. Kalau ada orang nak order pun aku ON ja. Berminat? sila SMS/whatsapp 0123014118. (eh, terpromote pulak)


OOTD sat. Tudung by ZAWARA, baju dress tu wardrobe adik aku dan cardigan pulak wardrobe mak aku. Hahah. Kerja amik barang orang ja. Dalam banyak-banyak cermin, aku paling suka cermin ni. Sebab dia bagi nampak aku slim ja. Semua orang yang mai rumah aku ni pun kata depa nampak slim kat dalam cermin ni. Hohoho



Kat atas ni adalah ole-ole yang member dari UK tu bawa balik. Cantik kan? Ni sebenarnya adalah sabun. Tengok packaging dia pun dah tak sampai hati nak bukak. Jauh sekali nak guna. Rasa sayang ja. Tapi NICE kan kan kan.

Ok la. Nak beradu dah ni. Esok, ada benda lagi yang nak di settle. Sayonara ^^

Monday 22 December 2014

Malaysia Public Holiday 2015

Assalamualaikum

Demam apa ntah aku hari ni beli planner. Sebelum ni tak dak pun nak beli benda ni. Tapi bila sejak kebelakangan ni dok tengok Youtube memanjang pasal masuk college ni, terus teringin nak beli planner.

Selama ni aku just ambil ja planner yang dapat free. Disebabkan tak reti nak guna, terus dibiarkan kosong sampai akhir tahun. =P

Bila dah tengok youtube ni, baru la tau cara-cara nak guna planner (lame sangat kan). Sebab apa aku teringin? sebab bila tengok mat2 salleh dok decorate depa punya planner, aku pun teringin la nak buat macam tu. Tetiba mood kreatif datang. Kalau tidak, malas gila nak decorate bagai ni. Hee

Ha, executive planner lagi tu...ko jangan main-main. Hahah...padahal harga dia bawah RM10 ja pun.


Bila dah beli, mesti la nak isi planner tu. Aku mulakan dengan Public Holiday dulu. Sapa tak suka cuti kan. So, isikan dengan cuti yang memang confirm akan cuti.


Teringat masa kat MRSM dulu, tengok takwim semata-mata nak count down untuk balik rumah. Hahah. Lagi seminggu nak balik, dah start packing barang. Hehehe

Benda-benda penting la aku akan masukkan dalam planner ni. Contoh macam exam ka, BIRTHDAY AKU ka kan. Mesti la penting benda-benda cenggini. Disebabkan aku tak dapat lagi student timetable, so aku tak isi lagi la benda-benda macam exam, kelas whatsoever tu. Biarkan blank dulu. Nanti dah dapat, baru la isi.

So now, planner aku masih boleh tahan bersih lagi. Tak ada lagi decoration yang melampau. Setakat page sticker tu ada la.

Nanti bila dah bertampal-tampal, aku akan tunjuk balik. ^^

SELAMAT MALAM

Saturday 20 December 2014

Hadith Of The Day #2

Assalamualaikum


Friday 19 December 2014

Recipe : Cream Puff

Assalamualaikum

Disebabkan whipped cream yang aku buat Crepe Cake tu ada lagi (klik SINI untuk resepi Crepe Cake) so aku pun buat la Cream Puff. Sebab tekak pun terasa nak makan. Sepatutnya dah update entry ni minggu lepas lagi. Tapi itulah, terlupa, bila scroll balik tengok gambar, baru teringat =_="


Inilah rupa Cream Puff yang aku buat. Whipped cream dia dah cair sebab letak kat luar lama sangat. Bukan boleh whipped cream ni. Sensitip mengalahkan aku. Huhu

Bahan-bahan :-

1/4 cup butter
1/2 cup water
1/2 teaspoon salt
1/2 cup + 1 tablespoon all-purpose flour
1 teaspoon sugar
2 eggs


Cara-cara :-
1- Preheat oven korang 200 darjah celcius
2- Letak air + mentega + salt + sugar dalam satu periuk untuk didihkan.
3- Setelah mendidih, alihkan daripada api dan masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Letak atas api yang perlahan, dan gaulkan lagi sehingga menjadi bola (maksudnya sehingga semua adunan tu jadi satu)
4- Alihkan dari api, dan biarkan 5 minit supaya adunan sejuk. So that bila korang masukkan telur, dia tak masak.
5- Bila dah masukkan telur, gaul sampai sebati. Better guna mixer so that adunan akan smooth. Kalau tidak, dia akan jadi berketul-ketul.
6- Bila dah smooth, dan rasa bila piping nanti dia takkan hilang bentuk, so start piping atas tray la. Ikut kreativiti masing-masing nak buat macam mana.
7- Masukkan ke dalam oven selama 20 minit dengan suhu 200 darjah celcius.
8- Biarkan sejuk dahulu baru la boleh letak cream. It depends on you kalau nak letak custard ka apa ka. Ikut selera masing2 ye. ^^

So DONE!

SELAMAT MENCUBA

Hadith Of The Day #1

Assalamualaikum


Thursday 18 December 2014

Calculate your body shape

Assalamualaikum

Jom calculate your shape. Website ni dia akan calculate korang punya bentuk badan. Lepas tu dia siap bagitau lagi cara pemakaian yang sesuai.

Klik kat PAGE INI

Mula-mula korang isikan berapa sentimeter/inci korang punya bust, waist and hips. Then tekan Calculate.


Aku dah isikan aku punya measurement, then dia akan keluar macam gambar kat bawah. (lain orang lain la dia punya result). Then korang choose la option yang dia bagi tu. Pilih yang most likely bentuk badan korang apa yang dia explain kat situ.




Lepas korang click yang mana satu korang punya shape, dia akan bagi tips pemakaian yang korang patut pakai untuk bentuk tubuh macam tu.


So now, korang tak perlu la risau lagi dengan bentuk badan korang. Cuma perlu pandai memilih baju dan seluar ja.

SENANG KAN =)

SELAMAT MENCUBA...heee


Obses nak KURUS : AURASLIM SHAKE

Assalamualaikum

Sejak 6 bulan duduk rumah tak buat apa ni, berat naik dengan rancaknya. Tak ada tanda-tanda nak turun pun. Seluar jeans pun dah ketat APAKAH!!! Mungkin bagus la kot, tak perlu pakai seluar jeans dah lepas ni. Guna seluar besar-besar ja sekarang. huhu

Bila dah jadi macam ni, baru la tergedik-gedik nak exercise. Fuhh, memang jenuh gak la masa hari first sit up and jog. Tak sampai 5 minit, dah mandi peluh. Rasa menyesal pun ada dari dulu tak nak exercise. PADAN MUKA AKU.

Dah sebulan aku start, tapi berat still sama. Cuma ukur lilit pun****g dah kurang beberapa sentimeter. Disebabkan tak ada disiplin, sat buat sat tak buat, dia kurang sikit ja la. Ka mungkin aku punya metabolism ni rendah sangat. Sebab tu la susah nak turun.

Tetiba terlintas kat dalam fikiran nak try search pasal AURASLIM SHAKE. 2 3 hari yang lepas la aku mula search pasal AURASLIM SHAKE ni.

Gambar : SUMBER

Kenapa AuraSlim SHAKE? Sebab aku rasa produk Aurawhite ni dapat banyak feedback dari customer. Sebab aku dah pi tengok sendiri kilang yang mengeluarkan Aurawhite ni. Sebab tu la aku tetiba jadi obses sangat dengan benda ni. Rasa macam nak cuba ja AuraSlim.

Lagipun dia menggunakan buah-buahan. And tak perlu pun berdiet macam sesetengah produk. Makan produk tak perlu dah makan. Tapi AuraSlim ni lain, makan produk then 30 minit lepas tu makan la tengah hari or malam. So no skip meals la kan.

Faktor utama untuk mengurangkan berat badan, jangan sesekali skip meals. =)

InsyaAllah akan dibeli jugak ASAP. Tak sabar nak tengok hasil dia. Weee!!!

Monday 15 December 2014

Kahwin dengan bihun

Assalamualaikum

Scroll punya scroll kat Instagram, jumpa la gambar ni. So, aku pun report lerr


Sesiapa yang tak boleh baca apa yang dikatakan dalam gambar di atas, sila baca kat bawah ni ye.

Mehmet Najmi (nama orang tulis benda ni)
"Opah gua pesan : Kalau nak cari calon isteri yang putih mulus, ramping dan tak jual mahal, maka hang bernikahlah dengan BIHUN"

hahahahhaha

Thursday 11 December 2014

Use RM3 and Get FREE Call and SMS

Assalamualaikum

Benda ni dah lama dah ada untuk pengguna Celcom. Aku baru nak update bagitau korang.




Nampak tak? Korang guna RM3 dalam masa 24 jam, then korang akan dapat FREE call daripada pukul 8 malam hingga 8 pagi.

Contoh, start from pukul 10.56 malam (which is now) then korang guna RM3 sebelum pukul 12 malam ni, then start from that time, korang dah boleh dapat free call. Kalau ragu-ragu, korang tunggu la Celcom hantar message kat korang, macam yang aku dapat ni.

Then, bersembang la sampai pukul 8 pagi esok. Mau panas telinga. Hahaha.

Benda ni untuk orang yang tak berapa nak ada kerja macam aku ni ha. Lepas ni dah sambung belajar, dah tak leh dah nak gayut2 sampai pagi buta.

Sampai ada hari tu tak tau dah nak cakap apa. Tapi bila tak buat benda ni, banyak pulak yang nak di cakap. Sampai 2-3 jam. Banyak sangat topik.

Yang aku tau, nombor Celcom yang boleh buat macam ni adalah nombor yang baru. Nombor hat lama, tak boleh dapat macam ni.

Plan baru ni 28 sen untuk 3 minit ke nombor Celcom lain. Kalau yang plan dulu 28sen untuk 10 minit kan. Tahun ni berapa banyak dah beli nombor baru. Sebab bila tak guna, tak topup. Expired macam tu ja la nombor. Aku ada 2 nombor. Sebab tu la jarang guna nombor yang kena topup ni.

Dulu beli pun sebab nak contact ngan customer. Tapi sekarang, customer ke tak customer ke contact je guna nombor Maxis yang selalu aku letak bila jual barang. Senang. Nombor Celcom ni pulak, bila nak gayut ja guna. So tak perlu bagi nombor Celcom kat customer. Bukan nak gayut ngan customer pun. =P

Bilik Untuk Disewa

Assalamualaikum

Lately aku ni agak emo sikit. Sapa buat silap sikit dengan aku, mula nak marah. Mula la nak menangis. Huhu.

Sekarang ni debaran makin terasa. Damn! dah umur 23 tahun dah pun, takkan nak homesick lagi. Haish. Ni semua gara-gara nak sambung belajar lagi 1 bulan. Memandangkan aku tak dak benda nak buat, so aku saja la gatal tangan mencari bilik sewa kat area tempat aku belajar tu.

Cari kat Mudah.my. Korang tau apa yang aku jumpa?


Benda ni ha. Tulis Bilik alor setar, tapi bagi gambar dapur. Ni nak bagi sewa bilik ka nak bagi sewa dapur ? =_="

Kalau yang letak gambar rumah tak pa la jugak. Ini gambar dapur yang kau letak. Abes, biliknya kat dapur kah? Dah la bila scroll ke tepi, tak ada gambar lain dah. Dah macam nak bagi sewa dapur ja.

Tau la dapur kemas pun. Tapi orang nak tengok gambar bilik. Bukan nak tengok gambar dapur.

Dah seperti tulis tajuk karangan "Kes Gejala Sosial" tapi isi karangan tentang "Ouh, syoknya saya bershopping bersama teman lelaki saya"

Ha, nampak tak di situ. Tak kena langsung. sight*

p/s : aku ni ada penyakit anxiety sikit....padahal benda nak masuk belajar ja pun....dah pikir itu ini....huhu

Tuesday 9 December 2014

Terpengaruh : Food Panda

Assalamualaikum

Korang tau apa itu Food Panda? Well, Food Panda ni macam food delivery jugak la. Tapi yang ni boleh delivery apa saja yang korang nak. Contoh, kalau nak tomyam ka, Dominos ka, semua dia boleh hantar. Cakap saja nak apa.

Aku tau benda ni pun daripada Namee Roslan. Lepas 2 3 kali nampak dia post kat FB pasal Food Panda ni, aku pun mula la terpengaruh.

Mula-mula, install kat Play Store apps Food Panda ni


Bila mai kat nak boh City apa yang aku stay, cari punya cari. Scroll punya scroll tak jumpa jugak "SUNGAI PETANI". Biasa la, Sungai Petani ni tak dah la sesak sangat macam kat Penang or KL. Nak cari makan pun tak dak la sampai berjam-jam sebab terperangkap dalam jammed. 


So, uninstall la balik. Buat apa ada apps ni kalau tak guna. Buat berat fon ja.


Memang tak dapek la nak try Food Panda ni. Tapi tak pa la. Sebab drive kereta 5 minit pun dah sampai KFC, kedai tomyam, jalan kaki pun boleh dari rumah aku. Tak perlu la Food Panda bagai ni.

By the way, kalau tempat tinggal korang kat area yang sesak. Yang ada dalam senarai Food Panda ni, boleh la install apps ni. Macam menjimatkan masa korang ja. Daripada korang drive 1 jam semata-mata nak beli Kenny Rogers, baik korang order, tunggu ja kat rumah makanan sampai. At the same time boleh buat benda lain, macam spend time with your family ka kan.

Spend sikit duit korang tu, supaya korang ada kualiti time dengan orang yang disayangi. =)

Medical Check Up

Assalamualaikum

Seperti semua orang yang nak masuk kolej/universiti, memang kena buat medical check up kan. Begitu jugak lah dengan aku.


Gambar di atas adalah sumber daripada diri sendiri. Tak dak maknanya nak copy paste orang lain punya. Satgi ada pulak orang cakap aku ambil dia punya gambar.

By the way, ini dah 3 kali aku buat medical check up (seingat aku la). First time buat masa nak masuk Matrikulasi, then nak masuk UM (unfortunately aku keluar dari UM masuk AUCMS, but use the same result) and this is the last one. Sebab next year nak sambung belajar. Lagi jarang la aku nak update blog.

Walaupun sebelum ni dah 2 kali buat medical check up, masih jugak nervous. Aku tak tau la kenapa. Memang ada darah gemuruh kalau pergi hospital ni.

Pengalaman aku buat medical check up, fuhhhh, lama gila. 3 jam kot buat. First UFEME (urine test), X-ray, gigi, mata, lastly general examination.

Apa yang aku boleh katakan sebagai ex-student medic adalah pemeriksaan yang dijalankan sangat la tak memuaskan. Like seriously, masa nak check gigi, the person at the counter memang tak friendly gila. Muka masam macam nak marah orang. Dah la cakap perlahan. Bila check pulak, doktor tak buka pun lampu. Dia ambil cermin tengok gigi tu, dia belek ke kiri dan ke kanan. Then FINISH. Wow, Fantastic baby. Padahal aku sorang ja pun patient dalam klinik gigi tu (still dalam klinik kesihatan).

Sebelum check mata, kena check tinggi, berat and blood pressure. Walaweyh, kena check sendiri kot. Hang agak-agak la, kalau orang yang datang sorang-sorang macam aku ni. Aku apa lagi. Ingat balik tinggi and berat yang dulu, then tulis ja. Then blood pressure buat sendiri. Nasib baik aku pernah buat guna yang pakai bateri punya. Kalau yang baru first time jumpa benda tu, naiya ja. Nak letak benda tu bukannya boleh main letak ja. Kena letak arrow yang ada kat calf tu kat salur darah (if you know what i mean). =_="

Yang paling aku tak puas hati bila pergi check kat doktor, dia letak dia punya stethoscope macam mau tak mau ja letak. I'm sure, she doesn't here anything.

Proses semua tu tak sampai pun 5 minit setiap satu. Yang membuatkan lama sangat, sebab ramai orang di certain-certain tempat.

Yang paling lawak sangat, bila balik rumah, tunjuk gambar x-ray kat mak aku, dia cakap awat nampak abnormal ja aku punya lung. Nampak hazy dia cakap. Aku bagitau la mak aku macam mana doktor tu check. Tengok X-ray aku pun tak sampai 30 saat, dah tarik turun. Hebat sangat ka apa mata doktor tu? Dengar denyutan jantung pun macam nak tak nak ja dengar. Apa, hebat sangat ka telinga doktor tu? I know, because I've learnt about it. Ini baru check ex-student medic boleh la kau buat sambil lewa. Kalau mu check pakar perubatan, and buat macam tu, last-last pakar perubatan tu yang check mu balik.

Treat people well, either they are medical people or not. Jangan la burukkan nama doktor tu. Buat malu ja kot.

Lagi satu jangan disebabkan ramai patient, kau ambil remeh benda2 macam ni. They come to you for a reason, people with no history of cough, came to you with coughing for the past 2 week, Dia pergi buat x-ray, tapi ko tengok 10 saat, apa yang ko jumpa? Tengok2 2 weeks after seeing you, the patient go to the emergency department because of difficulty in breathing. Bila dah buat investigation, tengok2 TB (tuberculosis). Naiya ja kat mu. Bila tengok x-ray yang dulu, memang ada tanda-tanda TB. (situation yang aku buat sendiri. Just bagi contoh kalau tak buat kerja betul2. Single sign yang diabaikan, habis la)

So, jangan ambil mudah pekerjaan doktor ni. =)

Friday 5 December 2014

Sedih : Baru Aku Tau Perasaan Cikgu

Assalamualaikum

Tajuk dah macam tajuk novel dah. Actually sekarang ni aku dah macam kureng sikit la nak tengok blog. Blog aku pun aku tak tengok, inikan pula blog korang. Sorry weh. Busy lately.

Ok, berbalik kepada topik kita malam ni. Bagi yang tak tau, aku ni ajar adik aku Form 4. Home tutor la kononnya. Benda ni jadi disebabkan aku nak cari kerja part time ayah aku tak bagi. Dia kata, baik buat Home Tutor kat Luqman (adik bongsu aku). Dapat la jugak gaji sebulan.

Nak jadikan cerita, baru-baru ni aku suruh la dia buat latihan Mathematics. Kiranya lepas aku ajar, aku suruh dia buat latihan dalam buku tu. Then bila aku check, tengok ada jawapan ja. Tak dak pun jalan kira ka apa. Macam GENIUS gila adik aku ni. Sedangkan aku yang dapat Mathematics A tiap-tiap tahun pun still kena buat jalan kira.

Tanya punya tanya sama ada dia tiru jawapan belakang ka tak, dia SENYUM ja. DAMN!!! patutla semua betul. Semua PERFECT. Dalam hati, dah fed up dah ajar dia. Tapi bila diingatkan balik macam mana aku boleh sampai ke tahap macam ni. Tak jadi la nak marah teruk-teruk.

Teringat aku masa Darjah 2 dulu. Selalu tak buat kerja sekolah Mathematics. Selalu kena berdiri atas kerusi. Bila cikgu tak nampak, aku curi-curi duduk. Hahaha. Ayah aku pun pernah marah sebab buku latihan banyak "Telinga Kera". Aku tak buat sebab aku tak paham. BAHAGI la selalu aku tak buat. Sebab masa tu bagi aku BAHAGI adalah topik paling susah kot.

Masuk darjah 3, dapat cikgu Mathematics yang sangat garang. Setiap hari dia akan tanya sifir. Sapa tak boleh jawab, dia akan cubit. Aku masuk darjah 3 dah jadi pengawas (ntah mcm mana boleh jadi pengawas pun tak tau la....sedangkan Mathematics pun tak reti). Bila dah jadi pengawas, reputasi kena jaga. So mau tak mau, kena la hafal sifir tu.

Masuk darjah 5 baru aku tau kemampuan aku dalam Mathematics. Benda ni jadi pun sebab tetiba cikgu announce "Siti Fatimah, awak dapat markah tertinggi Mathematics". Nerghhh, macam tak pecaya pulak. Tapi lepas tu la start aku dapat A dalam Mathematics, and tak pernah lagi dapat B, C , D selepas tu.


Ingat dulu, selalu ja tiru orang. Masa tu tak pikir apa pun perasaan cikgu yang ajar. Yang penting masa tu, kerja sekolah siap, sudah. Tak pikir pun effect dia. Cikgu sabar ja ajar anak-anak murid dia. Aku baru ajar sorang ja pun, dah nak darah tinggi bagai. Baru sorang yang tiru jawapan. Dah nak nangis. Rasa macam apa yang aku ajar selama ni tak masuk pun dalam otak dia. Rasa macam useless gila. Bukan aku suruh dia jawab dengan PERFECT. Sebab aku tau, tak ada yang PERFECT. Aku cuma nak dia paham apa yang aku ajar. Kalau tak tau, tanya. JANGAN LA TIRU JAWAPAN.

Kepada adik-adik di luar sana, tolong la jangan meniru. Kalau salah, cikgu tak marah pun. Kalau tak tau, tanya. Yang pasti jangan meniru. Korang hanya akan buat cikgu korang sedih lagi ada la.

sob sob sob

Wednesday 3 December 2014

Roti Maria : Baking Class

Assalamualaikum


Roti Maria ni adalah produk Bumiputra.

For more info, boleh contact dengan admin page INI

Monday 1 December 2014

Recipe Crepe Cake

Assalamualaikum

Korang tau tak apa itu Crepe Cake?


Ha, ni la Crepe Cake. Tapi aku buat tertebal pulak. Al maklumlah baru first time buat. Mungkin lepas ni akan ada kali kedua dan ketiga kot. So stay tune la ^^

Meh nak kongsikan resepi Crepe Cake ni

Bahan-bahan untuk crepe :-
2 cawan susu (aku guna dutch lady)
2 cawan all purpose flour (aku guna tepung gandum je, sebab tak tau apa itu all purpose flour)
4 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sayuran
1/4 cawan mentega cair

Semua bahan-bahan tadi di BLEND

Lepas di BLEND, korang sediakan pan untuk memasak. Make sure non-stick pan ok! Then tuang sedikit mixture tu, buat macam telur dadar. TAPI MAKE SURE BUAT SENIPIS YANG MUNGKIN!!!! kalau tebal tak sedap. =)

Bahan-bahan untuk cream :-
2 cawan whipped cream
1/4 cawan gula (aku guna gula icing)
1 sudu teh esen vanilla

Untuk whipped cream ni, aku sarankan korang tengok youtube. But please be careful ok! Sebab whipped cream ni senang nak overwhipped. Aku buat haritu pun mula-mula tu tak jadi. Then buat kali ke 2.

Tips : bila korang pukul whipped cream guna mesin, then korang dah nampak macam ada bentuk pukulan kat cream tu, sila berhenti. Jangan dok whipped lebih-lebih pulak. Kang TAK JADI!!!!

Topping dia, ikut kreativiti masing-masing. Aku letak jem ja. Hoho. Kalau korang ada modal lebih, boleh letak buat strawberry kat atas tu. And kalau korang yang suka manis, boleh la lebihkan gula dalam whipped cream korang tu. Hee

SELAMAT MENCUBA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...