Wednesday, 26 March 2014

Have we forgot about Egypt 529?

Assalamualaikum



Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah". Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.
Dan...setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).
Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.
Berikut adalah mesej yang disampaikan ke Whatapps admin;
baru dpt info dari gp lain. Rasa info ni sohih.
Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". Sila sebarkan jika anda peduli... Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja. Sebarkan...Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! AllahuAkbar!!

MH370 DIPERKATAKAN DISELURUH DUNIA..
TAPI MANA KITA APABILA SAUDARA SEISLAM KITA DIJATUHKAN HUKUMAN MATI OLEH YAHUDI-MESIR?LUPAKAH KITA KEPADA MEREKA?
ATAU TAK AMBIL PEDULI SEBAB BUKAN RAKYAT KITA?

AL-FATIHAH UNTUK MEREKA

Tuesday, 25 March 2014

MH370 : Apabila Dr Harun Din bersuara

Assalamualaikum

Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal.. SUMBER

Menikah Cara Islam

Assalamualaikum...


jom aku nak share sikit pasal benda ni..rasanya kebanyakan parents dah terbuka sikit pemikiran bab nikah awal ni....



Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untukmengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?


Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


INI BUKAN KISAH AKU OK!


Buat duit dengan online, DAFTAR PERCUMA

Assalamualaikum


8 Share ni register PERCUMA ok...tanpa keluarkan apa2 modal untuk join...
apa yang perlu korang buat adalah, daftar di SINI...dan hanya share "special" yang diaorang tawarkan kat facebook or mana2 website yang korang ada....dan korang akan dapat duit dari situ....

tak percaya????


korang boleh tengok sendiri kot berapa banyak aku dah cashout...ni baru sikit, ada yang sampai beribu kot dah cash out....tapi kalau korang dah boleh dapat seratus pun dah kira ok....

bayangkan, korang tak keluarkan sesen pun untuk register...tapi korang dapat duit...free free je dapat...

so, baik korang join...daftar kat SINI ye


MH370: Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian

Assalamualaikum...

KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

"Dari segi Islam, pernah disabitkan kematian setelah berlalu selama empat tahun.

"Selagi tak jumpa, selagi tak sampai empat tahun, itu terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan hal itu," kata beliau pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Sidang media yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, dibuat khas sebagai respons terhadap pengumuman terbaru Perdana Menteri berhubung isu MH370 malam tadi.

Ustaz Hadi yang ditemui Harakahdaily selepas sidang media itu menjelaskan, hukum empat tahun itu merujuk satu kisah di zaman Saidina Umar.

Khalifah kedua itu dikatakan menunggu sehingga empat tahun sebelum memutuskan fasakh seorang wanita yang kehilangan suaminya untuk berkahwin lain.

"Selagi tak dapat bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, hukum ini terpakai.

"Kita tak boleh bergantung hanya kepada imej satelit, yang mengandaikan pesawat pecah.

"Kita perlu terus mencari sehingga jumpa kotak hitam, baru kita boleh sahkan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang pada jam 6.00 petang ini bagi membincangkan solat jenazah ghaib.

Bercakap ketika membentangkan usul takziah di Dewan Rakyat hari ini, Najib juga memaklumkan bahawa kerajaan tidak berhasrat memasang bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung, sehinggalah bahagian badan pesawat MH370 ditemui.

Beliau juga berkata, usaha mencari diperhebatkan dan tidak menolak kemungkinan berdepan dengan kesukaran luar biasa.

Usul tersebut menyusul selepas beliau malam tadi mengumumkan, bukti-bukti sedia ada merumuskan bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.




p/s : aku bukan sokong mana-mana pihak...tapi yang ni sedap la sikit diperdengarkan atau dibaca...daripada diaorang yang sahkan MH370 tu terhempas..tanpa bukti dalam tangan...in Islam, anything can happen...kalau dah jumpa bangkai pesawat ke apa ke, lain cita la...tapi tak jumpa apa2 pun lagi, dah keluarkan statement tu...hurm....

tapi ada orang cakap, TERIMA LAH KENYATAAN...REDHA kan pemergian anak-anak kapal dan penumpang-penumpang...terima kenyataan MH370 tu hilang, ok, itu aku boleh terima....tapi aku tak boleh terima kalau orang cakap SAH, MH370 TERHEMPAS <---kau tau mana ni?? ada bukti dah? ada serpihan ka??


Monday, 24 March 2014

Kembar kononnya

Assalamualaikum


ha, nampak tak kasut kat atas tu...tu kasut bakal adik ipar aku..insyaAllah jadi adik ipar kalau nanti aku nikah dengan abang dia...abang dia cakap dia suruh aku beli kasut sama dengan dia...nak jadi kembar dengan kak siti katanya...hahhaha....bakal adik ipar aku ni baru 11 tahun.....harap ada saiz aku la....huhu...

yes, memang aku rapat dengan dia....kalau keluar pergi Tesco, dia akan pegang tangan aku walaupun mak dia ikut sekali...dah macam kawan rapat pulak aku ngan dia....

hurm...tak payah la cerita panjang2....nanti dah ikat, baru aku cerita panjang lebar pasal aku dengan adik encik B ni....

yang tu je la kot pasal adik encik B ni....
korang ada cerita tentang adik ipar korang tak? bakal adik ipar korang ke? jom la share2....hee (excited terlebih pulak cik siti ni nak tau cerita orang...mau tak, ni first time kot dapat layanan daripada keluarga ehem ehem macam ni....sebelum ni punya ex tak da la sampai ke tahap ni)

Renew Domain

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni dah settle kan duit untuk renew domain...actually aku bukan pakai duit aku sendiri pun...aku just ambil duit yang aku cash out nuffnang last week untuk bayar domain...so aku tak keluarkan duit dari poket aku sendiri...

nak renew domain ni pun bukan sebulan sekali...tapi setahun sekali...itupun RM35 sahaja....and dia punya servis memang mantop...tak sampai 5 minit aku send aku punya bank receipt yang aku transfer tadi, terus dah renew aku punya domain....

masa mula-mula dulu nak langgan domain ni pun sama jugak....banyak jugak soalan yang aku tanya...dan tak sampai setengah jam aku punya email diaorang reply...rasa macam dihargai pulak.....terasa macam dok bersembang dengan staff diaorang secara berdepan...apa yang aku tanya, itu yang diaorang jawab...dengan ayat yang aku mudah memahami...biasa lah, aku bukan nya paham sangat bahasa melayu ni (budget omputih gitu)....

so now, secara rasminya, blog ciksiti.com ni akan ada sehingga tahun 2015 dan insyaAllah untuk tahun-tahun selepasnya...

sesiapa yang nak langgan domain kat netKL ni, boleh la pergi ke SINI


Segmen : Pencarian Bloglist oleh Nazurah

Assalamualaikum...

musim-musim cuti cam ni better join segmen...daripada buat benda yang tak berfaedah...tulis entry fitnah sana fitnah sini....


klik banner k untuk join....



Sunday, 23 March 2014

Green Tea For Your Health

Assalamualaikum

sekarang ni aku tengah berjinak-jinak dengan green tea.....rasa dia agak kurang menyenangkan...rasa macam rumput...errr, macam la aku pernah rasa rumput kan....tapi dia ada bau rumput la....aku tambahkan madu dalam green tea aku ni...so kurang sikit la rasa tak menyenangkan tu....nak sihat punya pasal....benda yang baik selalunya memang tak sedap....=P

ni antara kelebihan green tea untuk tubuh badan kita :-

1- Kurangkan berat badan
green tea ni boleh meningkatkan kadar metabolism seseorang...polyphenol yang ada dalam green tea ni dapat mempercepatkan fat oxidation dan juga mempercepatkan badan kita mengubah makanan menjadi kalori


2- Diabetes
green tea ni jugak membantu mengawal paras glukosa melambatkan kenaikan gula darah selepas makan... Ini boleh menghalang insulin yang tinggi dan menyebabkan penyimpanan lemak.


3- Penyakit jantung
Ahli-ahli sains berfikir, green tea berfungsi pada lapisan saluran darah, membantu memastikan salur darah tu relax dan lebih mampu menahan perubahan dalam tekanan darah. Ia juga boleh melindungi daripada pembentukan darah beku, yang merupakan punca utama serangan jantung.


4- Kanser Esophagus
Ia boleh mengurangkan risiko kanser esophageal, tetapi ia juga secara meluas dianggap membunuh sel-sel kanser secara umum tanpa merosakkan tisu yang sihat di sekeliling mereka.


5- Cholesterol
green tea ni boleh mengurangkan kolestrol yang tidak elok dalam badan kita.. (kalau ada yang tak tau, badan kita ada 2 kategori kolestrol...satu yang baik, satu yang tidak berapa nak baik...kita kena ada 2 kolestrol ni...tapi amount tu kena la dikawal...lebihkan kolestrol baik dan kurangkan kolestrol yang tak baik)


6- Alzheimer dan Parkinson disease
green tea ni jugak boleh melindungi sel-sel otak daripada mati, seperti yang berlaku kepada pesakit Alzheimer dan juga Parkinson....


7- Tekanan darah
pengambilan green tea ni secara berterusan dapat mengurangkan risiko untuk seseorang itu dapat penyakit darah tinggi


8- Depression
Theanine adalah asid amino semula jadi yang terdapat dalam daun teh. Ia adalah bahan ini yang dianggap memberikan kesan yang santai dan tranquilizing dan menjadi manfaat yang besar kepada peminum teh. So, kepada sesiapa yang selalu depressed je lately ni, digalakkan minum air teh.


9- Anti-Viral and anti-bacteria
Catechin teh adalah agen kuat antibakteria dan antivirus yang menjadikan mereka berkesan untuk merawat segala-galanya daripada selesema kepada kanser. Dalam beberapa kajian teh hijau telah ditunjukkan untuk menghalang penyebaran penyakit


10- Skincare
green tea adalah antioxidant dan juga anti-inflammatory. Kajian telah dibuat dengan menggunakan green tea ni, dan telah membuktikan green tea dapat menyembuhkan kulit daripada cahaya matahari yang menyebabkan kulit rosak. Selain itu, green tea ni juga boleh mengurangkan kedutan di muka.


p/s : so now, Green Tea is good or not?
Green tea ni sesuai sangat kepada orang yang nak kurus cam aku ni ha....exercise malas nak buat, harapkan green tea no ha....maybe result dia lambat....it is better dari u tak exercise and tak jaga pemakanan....(eh, betul ke aku cakap ni? hurmmm....) APA2 PUN EXERCISE IS THE BEST MEDICINE

Contest Gambar #Candid By Sharina


KLIK BANNER di atas UNTUK JOIN!
>>Contest Gambar Candid<<
Suka snap gambar? mari hantar gambar candid korang di Contest Gambar Candid dan ceritakan kenangan anda di dalam gambar..banyak hadiah menanti anda
Gambar Candid Saya :
Ceritanya bermula........
Contoh sahaja : Tengah saya khusyuk tengok hp, tiba2 ada orang snap, tak perasan langsung, boleh pula tersenggih, macam tau2 ja dia snap..haha..luv this picture !!
Penaja Rasmi
Opzzpinky | Se-Shop | Amy Syeera | Raja Farah | Hazrina | Khalil | Mieya | Mama Darwish | Ieya | Liyliz | Paly | Nadia | Hawa | Fadzlun | Saliza | Nazirah

Cik Siti berfogging....maybe this is the first and the last time carry this heavy thing....bukan calang-calang orang boleh angkat benda ni..so, memang bertuah gak la dapat pegang dan angkat benda ni.....fogging apabila hanya ada case denggi sahaja...bukan main ikut suka sembur...sebab apa aku boleh pegang benda ini?? sebab aku sekarang posting Public Health...posting yang kena melibatkan diri dengan orang awam...


Unproductive day

Assalamualaikum...

hari ni memang sangat2 unproductive...mau tak nye....bangun je tidur dah sumbat nasi lemak, pulut sambal dengan karipap masuk perut.....then berehat macam orang buat kerja sehari tanpa rehat, padahal baru je bangun tidur......malam pulak pergi kenduri...makan lagi....

nak tulis entry pun tak tau nak tulis pasal apa, so aku tulis la pasal hari yang malas nak buat kerja.....kononnya nak diet la cuti mid sem ni...tapi, hari pertama di rumah, dah kau sumbat macam2 dalam perut tuh...acane nak diet cam ni...esok ada kenduri lagi...maybe hari Isnin la kot start berdiet ni.....


apabila ditanya pasal umur, ramai yang tidak percaya saya ni dah 23tahun...hahahhahah....saya bukan kanak-kanak lagi ye....

chicken brooth "indonesian style" with rice cake tu rupanya adalah soto....nama bukan main gelemer lagi...hahahha

yang rainbow rice tu pulak adalah nasi hujan panas...ha, nak jugak nama gelemer....hoish....ingat orang je nak nama gelemer...makanan pun nak jugak la....hahahha



wedding bertempat di Sunway Carnival Convention Centre, Penang....


nah..muka tanpa pencuci muka dan moisturizer....jerawat dok ada setempek kat pipi and dahi....

selamat malam


Friday, 21 March 2014

Boleh dah follow kalau....

Assalamualaikum...

aku boleh dah follow kalau blogger tu letak button follow macam ni (lihat gambar di bawah)



nak tau macam mana buat button follow macam ni, sila ke Tutorial butang follow + dashboard

DAISO : Promotion!

Assalamualaikum


hari ni tak mau nak cakap banyak...straight to the point je k....

5 daiso charcoal mask + 5 daiso cleansing foam = RM70 including postage..

*actual price RM80 not include postage.....

interested? please kindly pm me..siapa cepat dia dapat
or SMS/whatsapp 0123014118

AKU : MH370

Assalamualaikum


apabila ramai blogger yang ambil kesempatan untuk cari traffik dengan bercerita pasal MH370....update everytime news MH370 kat entry2......

orang tanya aku, tak update ke pasal MH370 kat blog aku ni....ha, memang aku update...update pasa parody bomoh MH370 tu...tu je la pun....yang lain...perkembangan MH370 tu aku tak update....

KENAPA??

hal ini adalah disebabkan aku jarang online, aku jarang tengok tv....so tak tau sangat perkembangan MH370....dan untuk mengelakkan aku buat spekulasi sendiri, baik aku diam dari berkata-kata....

diam tak bermaksud tak ambil tahu...tapi berdiam adalah lebih baik daripada memandai-mandai....

korang tuduh orang tu, tunding jari kat orang ini...sekejap cerita macam itu, sekejap cerita macam ini....
walaweyh....dah jadi FITNAH kot!

FITNAH ITU DOSANYA LAGI BESAR DARI MEMBUNUH

so, better beware whatever things you said or you wrote....

p/s : sama-samalah kita beringat-ingat....selidik habis-habisan dulu...dan nilai diri kita, siapa kita nak cakap itu ini kat cerita yang kita sendiri tak tau hujung pangkalnya...


#Pray4MH370

Patutkah menjaga penampilan?

Assalamualaikum

ntah tetiba aku nak buat entry bertajuk ni....ni sebab dok tengok banyak sangat produk2 kecantikkan yang dijual kat Facebook....hoish...banyak tu tak banyak sangat la....tapi setiap 5 minit, akan keluar kat home tentang produk kecantikkan itu ini...bila scroll je, apa yang aku tengok adalah produk kecantikkan...status orang tentang pakwe, makwe, family, apa2 je la tentang diaorang, dah makin berkurangan dan sampai suatu ketika, dah pupus ditelan produk kecantikkan... (hamboii...ayat tak leh blah)


apakah PERLU bagi seseorang perempuan jaga penampilan???
aku tau memang PERLU jaga penampilan untuk suami yang sah sahaja....bukan untuk lelaki lain...kan kan kan....tapi kat sini aku nak tanya, boleh ka kita nak jadi lebih putih, sedangkan Allah SWT dah bagi kulit kita sawo matang??

yang produk untuk jerawat pulak...memang kena pakai pun kalau muka korang dah macam berkerutu (jerawat terlalu banyak)...tapikan bagi muka aku yang berjerawat tak seberapa ni, dah malas dah nak try produk itu dan ini untuk menghilangkan jerawat....

pakai satu produk ni, bila dah berpuas hati sangat2, ada orang cakap ada mercury bagai lah.....then berhenti pakai, guna d'herbs pulak...lagi bertambah jerawat ada la....maybe muka aku tak sesuai kot pakai....so sekarang tak pakai apa2 produk....biar je muka ni recover sendiri...memang agak selekeh la sekarang ni....without anything on my face....natural beauty la kononnya...


niat di hati memang nak beli produk2 untuk muka ni...tapi dah trauma kot disebabkan produk yang ada mercury tu la...sekarang ni tengok banyak je produk yang macam tu, night n day cream texture dia lebih kurang je dengan yang produk ada mercury tu...

aku dah pernah pakai produk mahal, but still tak ada perubahan...muka tetap macam ni...bayangkanlah selama aku form 1, sampai umur aku 23 which is now, tak ada satu produk pun yang aku berkenan kecuali yang ada mercury tuh... =_=" sigh*

aku pun tak tau la kulit aku ni jenis macam mana....tebal sangat sampai tak makan saman...


so now, daripada aku habiskan duit beli produk kecatikkan...baik aku guna duit tu untuk makan....lagipun encik B cakap, aku tak selekeh pun.....so, ok la tu....hahahha....


p/s : aku nak jaga pemakanan aku..tak nak makan benda berminyak sangat memandangkan dah tak pakai cream or cleanser kat muka ni....


Thursday, 20 March 2014

Kehebatan Lebah

Assalamualaikum

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”
Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.
Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain te
rdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.

Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)
Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:
Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.
Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

Mengeluarkan yang bersih.
Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.


Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.


Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.


Tidak pernah merosakkan.

Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras
Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras?

“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)
Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan
Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)
Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu
Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl. Allahu a’lam


p/s : madu dari lebah pun banyak kebaikkannya jugak....untuk menyembuhkan luka2...kalau sakit tekak pun mak aku suh makan madu....nyummy...madu asli k....bukan madu yang ada banyak gula tu.....^^

CEPAT!! jom join GA ni

Assalamualaikum....
cepat!!  sapa yang tak join lagi GA by Emas Putih ni....sila click banner untuk join..makasih....kepada yang tak boleh follow blog sponsor2,korang still boleh join, nanti bila dah boleh follow, follow la...join je dulu k....=)

http://www.ciksiti.com/2014/03/ga-mac-2014-by-emas-putih.html

Wednesday, 19 March 2014

Wordless Wednesday : Sapa pernah main?

Assalamualaikum


err, wordless tak wordless sangat la kan....ada la jugak word nye tuhhh.hh....

ok, sapa kat sini pernah main ni??? ce komen tengok....

Monday, 17 March 2014

Cik Siti Dan Hot Chocolate

Assalamualaikum...

cik siti dan hot chocolate memang tak dapat dipisahkan....tengok la, dah berapa hot chocolate aku minum,.....





ni baru sikit....tak kira lagi dengan hot choc yang aku tak snap pic...huhu

disebabkan aku suka minum hot chocolate ni, so aku gagahkan jugak buat kat rumah.....letak apa yang senang di cari kat rumah....nah, resepi dia ada kat sini : Resepi Hot Chocolate homemade

Sunday, 16 March 2014

KFC Zinger Reloaded

Assalamualaikum...

Hari ni ada BE baru la kat nuffnang..weewiittt....KFC Zinger Reloaded...


apa yang ada dalam dia????
dia macam Zinger yang biasa, cuma dia ada tambah onion ring....sek2 yang suka onion ring and nak berjimat, boleh la beli yang ni.....memang best kot.......



p/s : dalam minggu ni jugak nak kena pi try Zinger reloaded ni....

Saturday, 15 March 2014

Hak-Hak sebagai Pengguna

Assalamualaikum...

sekarang kecoh pasal sebuah kolej swasta ni nak saman blogger RM1juta sebab blogger tu ada tulis tentang pengalaman dia dengan kolej swasta tersebut.....boleh baca kat SINI


Apakah Hak-Hak Pengguna?
  • Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
  • Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol
1 - 800 - 886 - 800

Tutorial : cara untuk follow blog

Assalamualaikum...

agak ramai kan yang tak boleh follow blog orang lain.....

ini cara-cara untuk follow secara "manual"

1- pergi kat "more options"
2- tekan butang follow yang macam dalam empat segi merah dalam gambar tu...

credit to Emas Putih


p/s : aku punya still tak boleh...sebab sign in pun tak boleh...so memang tak sampai la dekat step more option tu...huhu...aku sampai sini je yang boleh...

tengok gambar di bawah...



lepas tu terus keluar benda ni....huh!



untung la kepada sesapa yang still boleh follow orang...aku hanya boleh follow pakai Google + je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...