Friday 28 June 2013

Spring's Leaf Cafe

assalamualaikum...

actually ni kali kedua aku makan dekat Spring's Leaf Cafe...tapi yang pertama dulu aku makan dekat Spring's Leaf Cafe kat Alor Setar....yang kali ni pulak aku makan dekan Sungai Petani....




concept : open kitchen...cantik kot kitchen diaorang...bersih....suka2 ^_^

ni pulak Chicken Baked Pramigiana....seriously sedap sangat...tapi yang first time aku makan lagi sedap...sebab si dia yang buatkan...hehehe

p/s : baget nak gi minum2 ja kat spring's leaf cafe ni...tengok si dia pesan Chicken Baked Pramigiana and ice cream...semua tu favorite aku kot...takkan nak tolak...heee



Zahran : Khasiat Rumpai Laut untuk kesihatan dan kecantikkan

assalamualaikum....





KECANTIKAN
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar


KESIHATAN
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.


PROMOSI : click HERE

Pulut Durian

assalamualaikum....



perghhh nampak sedap kan kan kan.....seriously memang sedap pun kot....sedap sehingga menjilat pinggan...ahaks.....hahahhahah





nak tau siapa yang masak?????
si dia la yang masak...nak harapkan aku? hurmmm..memang sampai esok la tak siap2....hehehe.....



promosi : Zahran Bio-PureMarineCollagen...SINI

Zahran : kajian dan testimoni


Assalamualaikum....




Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek PembangunanIndustri Rumpai Laut Negara.

Profesor Ismail Abdul Rahman membuat penyelidikan rumpai laut.
Potensi Pasaran Rumpai Laut

Setakat januari 2009, telah dikenal pasti sejumlah 1067 jenis produk dapat dihasilkan dengan rumpai laut. Antara produk tersebut adalah sebagai bahan makanan kesihatan, perubatan, industri kimia, cat, kecantikan dan lain-lain. Permintaan (demand) rumpai laut adalah sangat jauh berbanding penawaran (supply), oleh itu potensi industri ini adalah sangat cerah.
Kajian Pure Marine Collagent Eucheuma Cottonni
Spesis rumpai laut yang paling lengkap dan serasi dengan tubuh badan manusia adalah Eucheuma Cottonni.
Komposisi Pemakanan Eucheuma Cottonni
Oleh: P. Matanjun, S. Mohamed, K. Muhammad & N. M. Mustapha (University Sains Malaysia, Sabah, University Puetra Malaysia, Serdang)
Serat Pemakanan, Karbohidrat, Protein, Asid Lemak, Garam Elektrolit, Garam Mikro, Vitamin B Kompleks, A, C, D dan lain lain lagi.
Serat Pemakanan: 25.05%


a) Serat Larut – 18.25% – Agar, Carrageenan, Sulfated Xylans dan lain lain lagi.
b) Serat Tidak Larut – 6.80% – Cellouse, Mannans.



Faedah Dan Aplikasi

Kebanyakan Serat Terlarut berkesan untuk merendahkan paras kolesterol dan paras gula dalam darah, amat sesuai untuk mencegah penyakit jantung. Serat Terlarut juga dilihat sebagai makanan yang mempunyai fungsi baik bagi mencegah gejala metabolisma gula, amat berkesan untuk mencegah Diabetes. Manakala kesan Serat Tidak Larut lazimnya mempercepatkan pergerakan saluran penghadaman.
Serat Pejal – 5.91%


Seperti kanji Floridean, Iso-Floridoside, Sorbitol.


Faedah Dan Aplikasi

Sorbitol dirujuk sebagai pemanis pemakanan kerana ia memberi tenaga 2.6 kilokalori (11kilojoules /gram). Ia juga bertindak untuk menarik air ke dalam usus besar bagi merangsang pergerakan usus serta pembuangan sisa pepejal. Amat berguna bagi pembersihan usus , khususnya untuk mencegah perut buncit dan obesiti.
Pakar perubatan menganggap perut buncit sebagai sarang penyakit! Semua penyakit bermula dari perut. Jika tembolok dilayan dengan sepenuhnya, perut yang besarnya hanya sebesar penumbuk, tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna, akibatnya, makanan tidak dapat dicerna sepenuhnya, malah akan terperap, mereput dan membusuk.
Hasilnya sembelit, nafas berbau, peluh berbau dalam jangka masa panjang wujudlah pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes, Obesiti, dan kemuncaknya, Barah.
Eucheuma adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik


PROMOSI ZAHRAN BIO-

PUREMARINECOLLAGEN : KLIK SINI



SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH CONTACT 0195509742 (CIKSITI) ATAU KE PAGE INI

Thursday 27 June 2013

Zahran Bio-PureMarineCollagen


assalamualaikum.....







MAI ODER !!!

PROMOSI3!!!BULAN PUASA 

ZAHRAN BIOPUREMARINE COLLAGEN

SILA BACA SEHINGGA HABIS PROMOSI KAMI!!




''kebiasaannya ramai yang membeli PMC tanpa meneliti keaslian dan ketulenan produk tersebut,Dan disebabkan ini telah timbul satu masalah dimana ada pihak mengatakan PMC tidak mempunyai collagen dan khasiat.Anda jangan risau .Hasil kajian daripada seorang penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah, Profesor Ismail Abdul Rahman telahpun diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dimana beliau merupakan salah seorang penyelidik dalam Projek Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara mengatakan PMC memang mempunyai khasiat.Dan setakat ini testimoni telah pun diadakan bagi membuktikan kesan penggunaan PMC telah pun berjaya.Dengan produk kami anda akan menikmatinya dengan cara yang mudah,dan cara penghasilan produk kami mengikut (SOP) yang ditetapkan tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan diformulasikan dengan begitu asli.Kini anda akan menikmatinya dengan hanya 2 sudu teh sehari.AMALKAN SETIAP HARI jika anda ingin melihat hasilnya.Boleh disapu saja bagi permasalahan kulit .''





Testomoni dari pelanggan:-

''Biar lambat hasilnya , asalkan kulit selamat dan asli dari menggunakan produk yang mengandungi bahan2 kimia atau bahan tiruan..tapi hasilnya walaupun lambat cukup memuaskan''

SEMENANJUNG MALAYSIA!!

500ml dengan hanya RM15.90 termasuk 

penghantaran



FUNGSI DAN KHASIAT ZAHRAN BIO PUREMARINE COLLAGEN:-
Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
Merendah kolesterol & baiki peredaran darah
Buang toksin & bahan radikel bebas
Mencegah kanser
Mengandungi alginate yang dikatakan mampu
Meningkatkan metabolisme
Meminimum peningkatan berat badan
Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu
Merangsang tenaga & kecergasan mental
Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan 'hot flushes' pada wanita menopaus
Boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
Dikatakan berkesan merawat sakit jantung
Menguat sistem keimunan,sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
Mengurangi selulit
Mengurang sakit bahu & belakang
Merawat gout
Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit,
Menyembuhkan luka
Memberikan rasa kekenyangan (diet)



KANDUNGAN DAN BAHAN:-

Extrak 3 Gred Rumpai laut Liar(asli) , Calcium , magnesium , iodine dan zinc







Jika berminat sms nama & alamat penuh ke:


Cik Siti Fatimah :- 0195509742


atau boleh PM di SINI


PENGEDAR DIPERLUKAN!!

LAGI BANYAK ORDER, LAGI MURAH


SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!! RM15.90 HANYA PROMOSI SAHAJA 
SEKIAN...SYUKRAN JAZILAN...




Monday 24 June 2013

answer ONE question to win Samsung S4 or iPhone5

assalamualaikum...


Answer ONE question to win a Samsung S4 or iPhone 5? So easy!


wanna know how?

click HERE

tinggalkan link

assalamualaikum...

sapa nak cik siti blogwalking kat blog dia? jom tinggalkan link di ruang comment.....nanti cik siti blogwalking....^_^

Sunday 23 June 2013

Resepi Roasted Chicken n Italian Pasta with Creamy Garlic Mushroom Sauce

assalamualaikum...


bahan-bahan

BAHAN A (roasted chicken)
5 whole leg chicken
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar sos tomato kimball
garam n gula secukup rasa
1 sudu teh lada n origano
bawang putih yang dicincang

cara-cara
1- kukus ayam selama 5-10 minit...lumur sedikit garam kat ayam tu...
2- campurkan minyak, sos kimball, garam, gula, lada dan origano, bawang putih....
3- perap ayam yang telah dikukus bersama bahan-bahan tadi..
4- panaskan oven 150 darjah celcius..api atas bawah....selama 5 minit...
5- masukkan ayam ke dalam oven selama 10-15 minit....agak2 dah masak, keluarkan la ayam tu....kang hangit plak....



BAHAN B (creamy garlic mushroom sauce)
5 biji mushroom...cendawan butang (tak tau penjodoh bilangan apa yang nak digunakan untuk mushroom ni)
1/2 botol sos carbonara (prego)
bawang putih
butter
1/4 cawan air

cara-cara
1- tumiskan bawang dengan butter....
2- masukkan cendawan...
3- masukkan air
4- masukkan sos carbonara....
5- gunakan api perlahan...tunggu sehingga mendidih


apabila menu A dan menu B dah siap...sedia dihidang....

^_^

yang lain2 tuu, side dish la....depends la korang nak letak apa.....yang aku bagi resepi ni adalah main course la.....heee...


SELAMAT MENCUBA



Saturday 22 June 2013

Tapak Iklan untuk disewa

assalamualaikum....



RM3 untuk sebulan...if 4 bulan, RM10...

email me if interested fuzz_i3@yahoo.com

khasiat halia

assalamualaikum.....

aku ni memang ada masalah angin....seriously, banyak sangat angin dalam badan ni....dah la banyak angin, susah plak tu nak keluar......

hari tu masa jumpa dengan bakal mak mertua, perut buat hal...angin masuk banyak kot....sampai terbongkok bongkok la bila jalan....malu kot....tapi nasib baik bakal mak mertua memahami...heee....dia suruh anak dia (encik belalang) pergi beli air suam tambah halia...no sugar ok.....tu first time kot minum air halia pure punya....air dengan halia sahaja...tak ada tambah benda lain....minum depan bakal mak mertua...memang la kena control....dalam tekak ni, hanya orang yang pernah rasa ja leh tau......nasib baik, habis jugak aku minum.....

KHASIAT HALIA

- melegakan rasa loya

- masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah

- Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut.

- Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.
Khasiat halia

- Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

- halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

- Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

- Mengubati selesema dan asmaPengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

- Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterolSakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

- Mengubat batuk
Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

- Menghilangkan bau mulutHalia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang


p/s : da seminggu aku amalkan minum air halia ni.....sistem pencernaan da ok....angin pun da kurang sikit dalam badan ni.....n kalau korang nak tau, kalau air halia ni campur dengan air limau nipis...rasa dia macam 7up...perghhhhh....tak payah dah beli air berkarbonate...boleh buat sendiri kot...healthy lagi....
.


get back on track

assalamualaikum....

2 minggu, life busy terok kot......tidur pukul 4 pagi...bangun pukul 5.30 pagi...pastu pukul 7.30 pagi pegi dewan exam....8.30 pagi jawab exam.....dan begitulah rutin harian selama 2 minggu.....

blog tinggal macam tu ja.....

sekarang sementara tunggu result, aku nak update puas2 blog ni....so jangan marah la ye kalau banyak sangat entry yang aku pos dalam satu hari...heee

have a nice day


try jawab tengok soalan ni.....release tension jap...hee


bolehkah anda hidup dengan gaji sebanyak ini?

assalamualaikum....


saya ingin bertanya kepada anda, adakah dengan gaji anda sekarang anda rasa sangat cukup bagi diri anda?

Bukanlah saya ingin memperkecilkan anda semua bukan juga untuk menunjukkan rasa tidak bersyukur di 

sini, tetapi saya ingin anda tahu bahawa dengan zaman yang serba maju kini, semua mnde pun na kne pakai 

duit kan? agree??



so, kalau anda rasa ingin mempunyai kebebasan dalam kewangan, bebas untuk belanjakan apa2, ingin cari 

income, side income, kerja tetap, boleh PM saya. Saya akan membantu anda. Dengan syarat anda 

mestilah

 bersama sama dengan saya untuk meneruskan misi nutrisi dan sebarkan kpd orang ramai. Senang kan? 

dalam erti kate lain, bantu org jadi sihat. Simple as ABC!



ASK ME HOW

0195509742 or click HERE

Tips : jimat duit

assalamualaikum...

ingat lagi entry INI? encik belalang beli barang dapur....untuk aku buat benda ni la....
Roasted Chicken and Italian Pasta with Creamy Garlic Mushroom Sauce

Nachos with Salsa and Guacomolie

actually semalam ayah and mak aku tak da...so diaorang suruh aku bawa adik2 aku pi dinner kat luar.....then aku bagitau la kat encik belalang....dia suh aku masak ja...jimat duit....

seriously, memang jimat pun....bayangkan, untuk 2 hidangan kat atas ni, 

RM50 sahaja untuk 5 orang makan....

sangat jimat....so sesiapa yang nak jimat, beli la barang dapur...pastu masak kat rumah....tak perlu beli kat luar....jimat, kebersihan pun terjaga....sihat pulak tuu...ada sayur semua....nyummy..



8 hari bersama Si Dia

assalamualaikum...

permulaan cerita selepas sekian lama tidak menulis entry.....aku baru ja abes exam selasa hari tu (18 June 2013)...maybe entry permulaan ni tak banyak yang hendak diperkatakan....cuma gambar jadi peneman...


8 hari bersama si dia <3
8 hari yang tidak dirancang......





 encik belalang teman cik siti study untuk OSPE.....jadi patient cik siti...for me to practice for OSCE....pastu agak2 otak da blank...inilah kerja kami.....self cam at McD..hohoh














hari last bersama dia...after this, tak tau la bila pulak boleh jumpa...
baby sumo saya tengah memilih spaghetti....hee


last picture for tonight....



p/s : nak tau kenapa encik belalang beli spaghetti? tunggu next entry...will update as soon as possible



Wednesday 12 June 2013

Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

jom join Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah yang julung-julung kali ini.
click banner untuk join. Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah ini disponsor oleh Nurmujahidah, Niena Sofea, Sheda Ucu, Dunia Farisya, Cheek Eyka, Daily Dress, Nazlyizan, Putera Remaja dan JiwaRosak
.

Monday 10 June 2013

Berita mengenai bayi Farid Kamil dan Diana Danielle adalah PALSU

assalamualaikum...

ingat lagi entry mengenai bayi Farid Kamil dan Diana Danielle yang selamat dilahirkan? SINI
sebenarnya berita ini adalah PALSU....

baca SINI untuk mengetahui lebih lanjut







Sunday 9 June 2013

Anak Farid Kamil dan Diana Danielle

assalamualaikum....

biar betul Diana Danielle da selamat melahirkan baby? fuhhh....senyap ja..tuptup da ada baby...
apa2 pun tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle...^^

Wednesday 5 June 2013

Cik Siti bersama Encik Stalker

assalamualaikum....

aku dah tulis blog 2 tahun lebih da kot...then 3 bulan lepas aku tau yang aku ada stalker? macam mana aku tahu? ha, cenggini cerita dia.....

dia ada seacrh apa ntah then tup tup terkeluar blog aku dalam search engine Google....maybe ada words aku yang membuatkan dia rasa tercabar tahap bewak la kot...sebab tuu dia sikit2 dok ambil tahu pasal apa yang aku tulis....then, dalam hati dok kritik ntah apa2.....benda ni start since September 2012 according to him la kan.....dia usha blog aku ni bersama sama dengan member seperjuangan dia....


awal tahun ni aku ada letak number phone aku dekat blog ni....number phone tu pun bukan personal punya number phone....yang tu hanyalah untuk customer yang nak membeli barang yang aku jual....sebab aku rasa senang sikit la berurusan bila guna number phone ni...sebab cepat dan pantas....kalau PM dekat FB maybe aku tak online or bila aku reply, orang tu pulak tak online, memang lambat la kan....so, the customer will choose whether they like to SMS me directly or they just drop their message in my inbox....simple as that.....

and know what he said to me, "that time i thought you are  playgirl because you put your number in your blog".....WHATTT!!!!!
perghhh...itu melampau...


playgirl kau cop aku...haish....apa boleh buat....orang judge a book by its cover....hurmmmmm.....dia tak ambil pun number phone aku tu....dia la cakap...dia just baca ja entry2 blog aku.....

and nak dijadikan cerita....one day, he asked his friend to give "sorang awek punya number phone"....and his friend gave my number phone...alah...kawan seperjuangan yang sama2 dok stalk blog aku ni la....

first message he sent to me is "hai..."...and aku reply la balik hai...kot2 la customer nak beli barang...then dia message serupa macam tak mau beli barang ja....bukan macam customer sebelum2 ni....diaorang akan terus bagitau or tanya pasal product yang aku jual tuu....aku pun pelik la....dia ni message kat number yang aku guna untuk business ja....tapi message macam tak mau beli barang...

pastu ada satu soalan yang dia tanya "awak nama apa? tengah buat apa?"....memandangkan masa tu aku tengah update blog....aku pun selamba bewak la reply " Nama Siti Fatimah...tengah update blog"


and at that time baru la dia sedar yang dia tengah message dengan Cik Siti...owner blog "cerita ceriti kisah hidup cik siti" (ni nama blog yang dulu punya)....owner blog yang dia dok kritik ntah apa2 ngan member dia tuu....ha..amekkaw..terkejut beruk tak anda wahai encik stalker??..hahahhahahahh.....


story will be continued.....











wordless wednesday : Sunday, Monday, Tuesday Blues

assalamualaikum...

ini hanyalah kebetulan...tidak dirancang sama sekali...huhu





p/s : aku kalau pakai tudung bawal, memang muka nampak agak tembam....kalau pakai selendang, nampak ok sikit....tudung banyak memainkan peranan ya...opss, kata wordless wednesday...hahahha

Monday 3 June 2013

Segmen Topup By Emas Putih Part #3

As-Salam


Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013

Saturday 1 June 2013

PEMENANG : contest jom main teka harga

assalamulaikum....

seperti yang dijanjikan...contest ni da tamat...so now nak umumkan para pemenang

jom nak umumkan para pemenang....tiada top referral...yang hanya adalah 3 pemenang kerana mempunyai jawapan yang hampir....


HARGA UNTUK 3 MASK ni adalah RM5...


disebabkan tiada top referral....so, aku decided untuk bagi ketiga tiga pemenang ni hadiah....



kepada para pemenang, sila claimed your hadiah dekat this number 0195509742...or email kt fuzz_i3@yahoo.com
please include your number phone so that i can topup RM5 for all of you....


Pemenang akan diumumkan pada...

assalamualaikum...

ingat lagi contest INI?

pemenang akan diumumkan pada malam ini...1 June 2013 pukul 8 malam

JODOH : berusaha atau menunggu

assalamualaikum...

artikel ini dicopy dari SINI


Saya tertarik dengan satu soalan yang dibawakan oleh seorang user komuniti.iluvislam berkenaan jodoh.
Persoalannya, "Betulkah kita hanya menanti si bulan (si dia) yang bernama jodoh? Usaha tidak perlu ke?"
Pada mulanya saya tersenyum.
Yelah, lagi-lagi jodoh. Lagi-lagi isu jodoh.
Namun, setelah saya fikir-fikirkan kembali. Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Justeru, silap dalam kefahaman terhadapnya mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang menular dengan sungguh dahsyatnya pada masyarakat kita kini juga tidak dapat tidak, salah satu faktornya adalah kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.
Jadi akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang isu evergreen itu di sini.
Ramai yang keliru
Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?
Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka hangat bercinta.
Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.
Namun, mengapa semua ini berlaku?
Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?
Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?
Jodoh – suatu ketentuan?
Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.
Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),
Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata, "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua."
Lelaki itu berkata: "Tuan benar.
[HR. Muslim]
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?
Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.
Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?
Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.
Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.
Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.
Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?
Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.
Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'. Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.
Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?
Jika sudah mampu
Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.
Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.
Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?
Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.
Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.
Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?
Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.
Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.
Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.
Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.
Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri.
Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.
Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah.
Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.
Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.
Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.
Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga.
Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?
Sudah tentu tidak.
Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.
Jika redha Allah yang dicari...
Sudah nampak apa yang harus dilakukan?
Saya jadi teringat akan kisah saya masa sekolah dahulu. Melihat rakan-rakan ramai yang ber'couple', perasaan takut itu muncul, dikhuatiri nanti semua habis dikebas orang (haha.. ye ke?).
Oleh sebab itu saya juga tidak terlepas dalam usaha mencari jodoh ini, kononnya. Dan diringkaskan cerita, di waktu saya hampir saja mahu mengambil tindakan itu (ber'couple'), saya diberikanNya petunjuk (dalam bentuk ilmu dan kefahaman) bahawa rupanya pemahaman saya selama ini silap. Alhamdulillah.
Jika mahu diikutkan, tatkala petunjuk itu sampai, boleh sahaja saya untuk menidakkannya, dengan tetap meneruskan perancangan dan 'kehendak' saya. Namun, saya sedar, bukankah tindakan saya itu hanya suatu tindakan yang bodoh?
Allah sudah pun memberi petunjukNya, dan ditakuti, selepas ini, Dia tidak lagi ingin memberi petunjuk kepada saya, atas sebab saya tidak pandai menghargai petunjuk yang telah Dia berikan. Maka, bukankah pada hakikatnya saya hanya menzalimi diri saya sendiri?
Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.
Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?
Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.
Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.
Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.
Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?
Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.
Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.
Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.
Wahai hati-hati yang suci. . .
Katakanlah,
'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...