Tuesday 30 September 2014

Loom Band

Assalamualaikum

Korang tau tak apa itu Loom Band yang aku nak cerita ni?


Ni semua kerja cousin aku yang berumur 11 tahun tu la. Aku pi tidur kat rumah dia, then dia tunjuk benda ni. Huish. Macam best ja pembikinan dia. Cara-cara nak buat pun ada banyak ja kat YouTube.



Ini masih dalam pembikinan. Tak siap lagi. Loom Band ni sebenarnya hanyalah getah yang kecil dan mempunyai beberapa tools yang menyenangkan kerja kita.

Bukan setakat gelang, korang boleh buat keychain binatang (such as owl, panda). Ni aku tengok kat YouTube la. Korang just taip "Loom Band" nanti dia akan keluar.

Zaman kita dulu kecik-kecik mana la reti nak tengok YouTube pa semua. Reti buat tali getah je la. Main "zero point" dengan "blue blair" (entah macam mana ejaan dia pun tak tau la.). Memang bagus main tu. Sebab dia macam senaman jugak la.

Lain pulak dengan Loom Band ni. Kau duduk la kat satu tempat nak mengait benda tu. Huhu. Mula-mula tu macam best. Tapi lama-lama agak bosan la. Itu bagi aku. Maybe bagi korang tak. Sapa tau kan.


Monday 29 September 2014

Resepi Waffles Paling SEDAP

Assalamualaikum

First of all, apa yang korang perlukan adalah tempat untuk masak waffles. Kalau tak dak benda tu, tak jadi waffles la sayang oii, jadi penkek kalau masak atas pan. =)


Bahan-bahan yang korang perlukan adalah :-

3 sudu besar butter (kena cairkan dulu)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan susu (aku guna susu dutch lady jer)
2 biji telur


Cara-cara

1- Gaulkan semua bahan kering dalam satu mangkuk yang agak-agak boleh muat.
2- Campurkan susu dan juga telur dalam mangkuk yang LAIN.
3- Gaulkan bahan-bahan kering dan juga susu dan telur tadi.
4- Bila dah sebati, baru masukkan butter yang telah cair. Dan gaul lagi sampai sebati.
5- Make sure korang punya tempat masak waffles tu dah PANAS ye.
6- Tuangkan beberapa senduk adunan tadi.
7- Tunggu sampai masak.
8- Dah masak, apa lagi, ngap la.

Ouh ya, korang boleh la letak jam ka apa-apa yang korang suka. Kalau korang nak lagi garing pun ikut suka korang la. Buat sendiri kan. Ikut selera sendiri la.

Selama ni aku makan waffles kat kedai tak la sesedap macam ni. Lembut lagi. Leomag pun kalah dengan waffles aku ni. ^^

Selamat Mencuba


Cabaran 30 Hari Favorite Flower

Assalamualaikum

#day29 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Kalau dulu aku suka bunga ros. Sebab kebanyakkan perempuan suka bunga ros. So cliche. Huhu.

Tapi sekarang, TIDAK LAGI!
Aku lebih tertarik kepada bunga Calla Lily. Tau ke bunga tu macam mana?


Bunga dia, cenggini la. Kalau tak silap aku, ada warna lain lagi. Tapi aku prefer, putih. Bersih je kan tengok.

Sebab apa aku suka bunga Calla Lily putih ni?

- Simple, like me. Aku memang terlalu simple pun. Tak ada nak berhias bagai nak rak. Barang-barang aku pun tak ada la terlalu delicate. Just simple =)

- Just one petal. For me, it's like being loyal to only one person. And walaupun satu kelopak, tapi dia boleh lilit menjadi satu bunga yang sangat cantik

Apa-apa pun, aku memang suka la bunga ni. Dah berangan dah nanti kahwin, nak pegang bunga ni. Yang fresh punya. Tak main la plastik ni. ^^ hee

Friday 26 September 2014

Cabaran 30 Hari : Gadget Cik Siti

Assalamualaikum

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day26
Hari ni punya topik adalah tentang gadget aku.
Aku ada satu gadget ja pun. Iaitu Samsung Note II

gambar ihsan daripada Google. Sebab aku tak ada camera lain selain camera phone ni. Nak snap macam mana lah kan. Huhu

Macam mana aku boleh dapat phone ni?

Samsung Note II ni adalah kepunyaan mak aku. Then lepas pakai tak sampai setahun, keluar la Samsung Note III. Dia pun beli pulak Samsung Note III. Samsung Note II yang masih boleh guna ni, diberikan kat aku. Menggantikan Blackberry yang dah rosak. Huhu.

Bila guna Samsung Note II ni, terasa phone yang sebelum-sebelum ni aku guna tersangat la kecik. Mau tak nya, dah biasa guna Samsung Note II yang gedabak.

Sebelum dapat phone ni, memang teringin sangat la nak guna, nak install macam-macam, nak download lagu banyak-banyak. Tapi bila dah dapat, tak dak pulak rasa keinginan tu. Sebab nya, kalau install banyak apps, confirm la hang. Kalau download lagu banyak-banyak pulak. Bateri cepat pulak turun. Last-last biarkan saja dengan beberapa game dalam tu, kot-kot time bosan boleh la main game.

Setakat setahun aku guna ni, phone ni tak banyak songeh pun. Tak ada la hang teruk-teruk sangat sampai nak baling dalam laut. =)

Thursday 25 September 2014

Cabaran 30 Hari : Dream House

Assalamualaikum

#day24 #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

Aku tahu, aku lambat sehari untuk update entry ni. Sebab hari ni kan dah 25 September. Huhu. By the way, aku nak update gak la. Rasa macam best pulak nak kongsi "Dream House" aku. =)


Dream house aku bukan la macam dalam gambar atas ni. Sebab besar dan jugak binaan dia sangat complicated (macam kau pulak yang nak bina rumah tu)


 Dream house aku lebih kurang macam dalam gambar atas ni. Simple tapi cantik. Tapi rumah kat atas ni pun rasa macam terlalu besar jugak.

So, I choose this one (bottom). Simple, small and beautiful. Rumah besar-besar susah nak kemas. Lagipun aku tak ada niat nak ambil maid untuk bekerja dengan aku. Biar rumah tangga aku, aku uruskan sendiri. InsyaAllah boleh.

Simple je kan. Petak ja. Tak ada nak bersegi-segi bagai. Huhu


Korang punya Dream House macam mana pulak? Meh nak usha sikit. Kot-kot boleh cari idea nak buat renovation untuk dream house aku. Hehe

Tuesday 23 September 2014

Cabaran 30 Hari : Pekerjaan yang Aku Teringin

Assalamualaikum

#day23 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

"PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG"


Memandangkan sekarang ni aku berkerja "menghabiskan beras omak den", memang aku ada la kerja lain yang aku teringin nak buat. Hee

abaikan muka yang berminyak dan selekeh tu. Dari pagi sampai petang kot ada kat dewan tu. So please ignore ok. Kepala besaq, badan kecik. =_="

Aku nak jadi business women la of course. Tapi dalam masa terdekat ni aku nak supply cake in jar untuk kenduri cousin aku nanti. So, stay tune la nah.

Ouh ya, aku baru ja renew nama company tadi. Baru aku tau, kat BSN pun boleh renew la. Tak semestinya kat SSM ja.

Nama company, " A & S Cempaka Enterprise". Alhamdulillah, dah setahun dah nama company tu wujud. =)

Cik Siti Hilang Selama Seminggu

Assalamualaikum

Pergi manakah aku selama seminggu? Rindu aku tak +TunSha Ayunie ? Heee

Well, aku pergi KL, Sepang dan juga Melaka. Berjalan sakan weh. KL tu sebab ada kenduri. 15 September 2014 sampai 18 September 2014. Then pergi Sepang, rumah makcik aku sampai 21 September 2014. Then pergi ALAM, Melaka sebab ayah aku ada kursus.


Kat atas ni masa kat kenduri. Budak lelaki tu sepupu aku. Muka dah tak larat dah tu. 


Hantar puan emak kat KLIA.



Ni masa kat Bagan Lalang. Pantai apa ntah yang diaorang panggil Gold Coast tu. Lupa sudah.



 Sehari sebelum pergi Melaka, kitaorang jalan-jalan kat Sunway Lagoon. Seriously tiket agak mahal. Huhu. Tapi best. Vuvuzela memang paling best la. Nasib baik nak naik tu kena panjat banyak anak tangga. Kalau tak, memang berpuluh-puluh kali dah aku naik. Hee


 Masa kat Melaka, aku pergi makan kat sini. Seriously disappointed gila. Ikan bakar tak masak. Tomyam dah macam kuah pindang yang masam. Haish. Kiranya makanan kat Melaka ni agak tak sedap la. Sebab lunch keesokkan harinya pun tak sedap jugak. (ka, ayah aku salah pilih tempat?) Patutla diaorang cakap Penang, syurga makanan. Memang sedap pun makanan kat utara ni. Or maybe aku dah terbiasa dengan hidangan kat Utara. huhu



Masa kat Melaka, kitaorang duduk kat ALAM. Ni view dari bilik aku. RM150 untuk satu malam. Kira ok la tu.


Aku tak update blog sebab tak ada wifi kat tempat-tempat yang aku pi. Lagipun aku tak bawa laptop. Sebab nak travel banyak tempat. Kalau duduk kat satu tempat, tak apa la.

Lesen Memandu Baru

Assalamualaikum

Seminggu aku menghilang. Ada sesapa yang perasan tak? Kalau tak perasan, tak pa la. Sebab aku tau, aku bukan blogger femes pun. Blogger tepi jalan ja pun.

23rd September 2014.
 Birthday aku kot. Tak ada kek pun. Cuma aku dapat lesen baru.

lesen memandu baru

Expired lagi 5 tahun. Buat lesen baru ni kejap ja pun. Yang lama tu kalau ramai sangat orang. Nak proses benda ni 5 minit ja. Rasa berkobar-kobar ja nak bawak kereta lepas ni. Sebab dah ada lesen baru. Macam kad pengenalan. Dia just ambil kad pengenalan punya gambar. So tak payah susah-susah pergi kedai gambar untuk snap. Jimat duit.

Harga untuk setahun RM30. Ok la kan. ^^


Kenapa aku menghilang selama seminggu? Akan dijawab dalam entry selepas ini.

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari pun dah terlepas banyak dah ni. InsyaAllah akan di update nanti.

Tuesday 16 September 2014

Cabaran 30 Hari : 10 Years after

Assalamualaikum

#day16 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Siapa aku in the future?
Ini rancangan aku for my future :-

1- Menjadi business women yang berjaya.
2- Dah menikah dan ada anak (of course)
3- Be someone that my parents proud of.
4- Menjadi Hajjah, InsyaAllah
5- Masih menulis blog

^_^

Masa depan aku adalah rahsia Allah SWT. Ntah ada lagi or tak kat dunia ni kita pun tak tau. Aku merancang, Dia yang tentukan =)

Sunday 14 September 2014

Cabaran 30 Hari : Cerita Kasut Cik Siti

Assalamualaikum

#day14 #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

Kali ni punya entry aku agak berminat nak tulis. Tak sabar-sabar tunggu esok nak post (aku tulis pada 13 September 2014).


Ini koleksi kasut aku 2 tahun yang lepas. Semua kasut ni dah tak boleh pakai. Huhu.

Aku ni jenis yang suka pakai kasut flat (yang tak ada tumit tinggi). Selesa nak jalan-jalan. Aku kalau pakai heels, memang mood pun akan berubah la. Dari boleh berjalan 5 jam dalam shopping mall, aku hanya akan berjalan 2 jam saja. And the rest akan duduk. Tak pun, akan balik terus.

Tapi ada orang tu cakap kat aku, "dah la pendek, pakai flat pulak, lagi la nampak gemok dan pendek". Aku macam WHAT!!!! Aku ni tak la pendek sangat. 158cm. Nak kata badan besar pun tak. Biasa-biasa aja. BMI normal. HUH! memang suka bagi down betul la dia ni.

Selain flat, aku suka kasut yang ada riben. Macam dalam gambar atas tu. Sampai sekarang kot suka kasut jenis "ballerina flat" ni. =)

Tapi dah 2 tahun jugak la aku dilarang membeli kasut macam tu. Tapi tak kira, dalam masa terdekat ni, if ada rezeki masuk, aku akan beli jugak. Walau dengan apa cara sekalipun!

Mungkin akan dipikirkan untuk masuk dalam Wishlist aku. Hee

Ok la kot, cerita pasal kasut aku. Aku nak rehat. Baru balik dari Langkawi. Bukan pergi melancong k. Balik Kampung. Makcik-makcik aku pergi Haji. ^^

Saturday 13 September 2014

Cabaran 30 Hari : 5 Blog Kegemaran

Assalamualaikum

#day13 #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

Blog kegemaran. Which means blog yang aku selalu dok usha la kan. Aku selalu jadi silent reader untuk blog-blog tu.

1- Namee Roslan
2- Irine Nadia Marcello (dia dah privatekan blog dia dah)
3- Ben Ashaari (suka tengok Zahra dengan Qhaliff)
4- Dian Pelangi
5- Yuyu Zulaikha

Blog lain pun aku suka jugak. Tapi blog korang aku tak malu sangat nak comment. Sebab korang akan reply comment-comment aku, macam +TunSha Ayunie  +siti zawiah . So aku tak segan sangat la. Ni kalau komen kat blog yang top2 ni, selalu takkan di reply kembali. Macam cakap sorang-sorang pun ada jugak. Huhu. So, aku ambil inisiatif, duduk tepi, baca entry. Maklumlah, blogger tepi jalan macam aku ni. Diaorang tak nampak pun =)

Friday 12 September 2014

Cabaran 30 Hari : 5 Wishlist

Assalamualaikum

#day12 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Memandangkan 23rd September ni aku punya birthday, so aku dah senaraikan wishlist untuk sesapa yang terasa nak bagi aku hadiah. Hoho. Boleh cenggitu? Dia tak state pun wishlist apa kan. Hehe


So aku buat, Cik Siti Birthday Wishlist


1- Buku diary untuk 2015 nanti

2- Pen warna warni

3- headphone and mouse. Memandangkan aku punya headphone and mouse dah kian nazak.

4- 100 handwriting life quotes

5- Letak link www.ciksiti.com dalam blog korang. Hee


p/s : walaupun aku suka makan, aku takkan mintak la korang belanja aku makan. Sebab aku dah bagitau siap-siap kat Encik B untuk masak kat aku. Apa yang aku mintak dia masakkan? Nanti la aku bagitau. Bagitau awal-awal, tak surprise la. ^^

Thursday 11 September 2014

90's Babies, You should know how it feels

Assalamualaikum

I was born on 23rd September 1991 (ok, statement mintak hadiah). I don't know how it feels to have iPhone at the age of 10 years old. My first phone is motorola (ala, hat gambaq hitam putih tu). Itu pun masa form 2. Itu pun selepas aku beli simkad dan bila nak guna phone, pinjam phone mak (yang motorola tu) then tukar simkad. Then lepas guna, bagi balik. Sedih tak. Huhu

Handphone, laptop, computer, desktop, internet


Cabaran 30 Hari : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Assalamualaikum

#day11 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari


Koleksi Perfume Bertambah

Assalamualaikum

Ingat tak entry "Aku Tak Pernah Beli Perfume"?

Well, semalam koleksi perfume bertambah apabila Encik ayah balik dari kerja.

Bakery and Restaurant Story

Assalamualaikum

Dah jadi cita-cita aku sekarang nak buka bakery sendiri. Disebabkan agak bosan duduk rumah menganggur ni, aku install la game yang maybe korang dah familiar.

"BAKERY STORY" dengan "RESTAURANT STORY"


Wednesday 10 September 2014

segmen : UPSR oh UPSR

Assalamualaikum

Segmen, UPSR


Hopefully masih belum terlambat la untuk join segmen ni. Klik banner ye bagi yang berminat. Segmen yang dibuat oleh +Ayu Insyirah 

a) tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
Tahun 2003

b) apakah keputusan UPSR anda?
5A

c) apakah subjek yang anda paling suka?
Mathematics and Science

d) ucapan buat ayu yang sibuk uruskan UPSR..
Semoga Ayu tabah menguruskan UPSR. Confirm banyak karenah budak-budak nak menduduki UPSR ni.


p/s : ada orang pernah datang lambat masa UPSR sebab dia ingat start kul 8.30 pagi, padahal exam start kul 8 pagi. Sempat pulak dia melepak kat kedai makan roti canai depan sekolah. Haish. Hahah. Siapakah dia? Encik B aku tu la.


Cabaran 30 Hari : Dalam Handbag

Assalamualaikum

Hari tu aku ada tulis pasal apa yang ada dalam Bag Makeup Aku
Hari ni aku nak cerita pulak apa yang wajib ada dalam handbag aku.

what's in my handbag, purse, fashion, handphone

Tak kesah la aku pakai handbag apa sekali pun, tapi benda ni mesti kena ada.

1- Purse (kang kena saman tak pasal-pasal ja nanti dengan pak polisi)

2- Handphone of course. Biasa la, artis. Setiap masa ada ja orang nak call =_="

3- Makeup bag. Artis jugak la nih. Kang nak touch-up apa yang patut masa sesi temu bual. hee

4- Pen. Sebab aku ni suka menyonteng. Sambil tunggu order sampai, kita conteng dulu apa yang patut, sebagai kenangan. Ok, aku gurau. Untuk spare, kot2 tetiba ada sorang suruh isi borang nikah ke apa kan. Tak perlu la nak tunggu untuk guna pen yang disediakan. ^^

Cabaran 30 Hari : 5 lelaki yang menarik perhatian

Assalamualaikum

Sepatutnya entry ni di update semalam. Tapi disebabkan semalam aku terlalu busy, so aku update hari ni.

#day9 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

lelaki kacak, lelaki tough, ciri-ciri lelaki idaman
jamu korang tengok gambar ni kejap

1- Lelaki yang pandai masak of course. Sebab aku ni suka makan



2- Lelaki yang suka travel. Sebab aku pun suka travel. So dia boleh bawa aku jalan-jalan.



3- Lelaki yang suka makan. Sebab aku pun suka makan. Kitaorang ni, tak shopping, tak pa. Kitaorang lebih pentingkan makan daripada shopping ^^


4- Lelaki yang muka gangster, tapi dalam hati ada taman. Hahaha (jangan marah ye Encik B)

5- Lelaki yang tau maksud ayat-ayat Al-Quran walaupun sikit-sikit. ^^


p/s : tulis entry ni pun aku dah melting. Acane nih...hahahhaha

psstttt, gambar lelaki yang tough kat atas sekali tu adalah Encik B zaman dolu-dolu. Macam tak pecaya ja kan. But believe me, that was him back then. Tapi apa yang menarik perhatian aku, bukan dia yang dulu, sebab masa aku kenal dia, dia bukan macam dulu. Dia macam sekarang. Pada aku, dia handsome in his own way.

Monday 8 September 2014

Tutorial : Read More

Assalamualaikum


Pernah ternampak kat sesetengah blog ada tulis "Read More" or "Baca Selanjutnya" macam gambar atas ni?

Nak tau macam mana nak buat?
Sila ikut step di bawah

Cabaran 30 Hari : 5 Lagu Cinta Kegemaran

Assalamualaikum

Pagi-pagi buta ni kita layan mood jiwang karat sat. Hee



Sunday 7 September 2014

Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit

Assalamualaikum

"Kotex Fly Tanpa Rasa Melekit"
Aku rasa slogan tu ramai dah tau kot. Aku pun dah terikut-ikut dah dengan diaorang ni. Haish

Apa yang aku nak bagitau kat sini adalah, aku ada ternampak iklan Kotex ni dok bermain-main kat sebelah tu. Nuffnang punya kerja la ni. Dia tau aku tengah bosan.


Kotex ada buat peraduan. Hadiah dia sangat lumayan.

3 X Baucar pelancongan
30 X RM100

Klik SINI untuk join

Sapa tak mau kan. So, apa tunggu lagi. Kalau ternampak iklan tu dok bermain-main kat sebelah tu, boleh la klik untuk tengok cara-cara penyertaan ^^

Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang nak buat business tapi tak ada modal. Including me myself. Betul tak apa yang aku cakap.

Nak tau salah satu benda yang korang boleh buat tanpa keluarkan satu sen modal cuma korang hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Tapi benda ni anda perlu la keluarkan duit untuk bayar bil elektrik dan juga internet. Topup jugak. 

Cabaran 30 Hari : Pentingkah pendidikan bagi aku?

Assalamualaikum


Hari ni #day7 untuk #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Bagi aku pendidikan sangat penting. Ko cuba bayangkan, budak 7 tahun, tak pergi sekolah. Then masuk umur 18 tahun, tanya soalan basic mathematics pun tak reti jawab. Tanya rukun solat pun tak reti jawab. Ada sesetengah daripada kita yang Degree holder tapi bila tanya pasal rukun solat pun tak tau nak jawab apa, apatah lagi yang tak ada pendidikan langsung.

At least you know the basic things pun dah ok la. Sebab sekarang ni apa yang aku tengok, pendidikan dan juga kemahiran dah sama level dah. Kalau dulu, di agung-agungkan sangat pendidikan. Tak kesah pun ada pengalaman ke tak. Tapi sekarang, cuba korang tengok Job Vacancy "pengalaman bekerja at least 3 years". Betul tak para-para graduan? Dalam otak dok tanya "Macam mana nak ada pengalaman, kalau semua pekerjaan memerlukan pengalaman?"

Cookies Galleta

Assalamualaikum


Pernah dengar tentang Cookies Galleta tak?

KLIK SINI

Kalau belum ini sedikit maklumat tentang jenama Galleta:

Saturday 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Cabaran 30 Hari : Apa yang aku makan hari ini?

Assalamualaikum

#cabaran30hari #day6

Macam tau-tau ja hari ni tajuk entry pasal makanan. Sebab tadi puan emak bawa pergi makan kat Sushi King.


Ok, abaikan double chin aku. Puan emak snap picture masa dalam keadaan yang sangat-sangat tak bersedia. huhu

Breakfast tadi makan nasi goreng. Sushi tu lunch.

Dinner nanti tak tau lagi nak makan apa.

So tu ja kot, nothing much pun nak cerita dalam entry ni. Aku tak berapa nak ada mood tulis entry hari ni, sebab ada 2 kejadian yang berlaku semasa aku di Amanjaya Mall tadi. Will tell you later. =)

Awesome Giveaway part 3 by FatinDiana

Assalamualaikum


Pakat ramai-ramai join GA ni. Aku ada sponsor salah satu or i should say salah dua hadiah dalam GA ni.

Klik SINI untuk join ye

Friday 5 September 2014

Cabaran 30 Hari : 3 Perkara Cik Siti Mengatakan Kepada EX Cik Siti

Assalamualaikum

Tajuk yang best ni. Meh nak cakap sikit kat awak yang pernah ada memori dengan saya.

eh, tetiba gambar heartbroken pulak. Heartbroken tu dulu. Sekarang dah berbunga kembali.


1- Thanks
Sebab bukan sebab awak, saya takkan jumpa someone that really care for me and also his family accept me the way I am. (if you read this, you know what i mean)

2- Please learn to be loyal
Yeah, I know it sound very easy. But for you I think, very hard kot. Sebab when you with me every year you cheating behind me with different girl each time. 5 years kot. Agak-agak la pun. Dah la curang tak reti nak sembunyi plak tu, senang pulak terkantoi dengan aku. Kalau nak curang pun lepas ni, pandai-pandai la sembunyi ye. Kesian kat girlfriend/tunang/wife awak nanti.

3- Hutang jangan lupa ye
Aku diam bukan bermakna aku lupa. Tapi takkan tiap-tiap bulan nak kena mention kot. Agak-agak la. Boleh pakai Satria Neo, takkan la hutang pun tak mampu bayar. Tak nak bayar, tak pa. But awak jawab la sendiri dekat akhirat nanti. Sebab awak sendiri yang cakap "saya pinjam dulu, nanti b bayar balik". Not my fault, because you said so

=)

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Thursday 4 September 2014

Cara-cara Menyertai Cabaran 30 Hari

Assalamualaikum

Aku pun tanya orang jugak macam mana nak join #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari. Nasib baik +Maria Firdz tolong jawab kan. Dia suruh cari kat mamaniza.com

+Aa Mabo tengok kat sini ye


Buat entry dengan menggunakan tajuk-tajuk di atas. Kiranya satu hari satu entry. Tapi bagi sesiapa dah terlepas hari pertama dan kedua atau mana-mana entry, boleh je update lagi. Tak kesah pun. Tak ada kena denda ke apa. Hee

Then, ping kat Facebook group "Kelab Blogger Ben Ashaari". Tapi kalau ada sebab-sebab tertentu tak boleh nak ping kat sana, tidak mengapa.

Tapi jangan lupa #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ok! Nanti senang la nak cari dalam Google+

Senang ja kan. ^^


Cabaran 30 Hari : Buku Kegemaran Cik Siti

Assalamualaikum

Actually aku tak suka baca buku. Dah acane nak buat entry ni? Buku pelajaran la mostl aku tak berapa nak minat baca. Sebab tu la aku tak boleh jadi doktor. Doktor kan kena banyak membaca. Tapi aku suka buat kira-kira. Sebab bagi aku, buat kira-kira ni otak berjalan la jugak. If baca buku, dan menghafal ja kerja, otak jadi lembab gila. Tahu apa yang dihafal je la. Bila soalan tu pusing sikit, dah tak tau apa yang nak dijawab. Secara jujurnya, bernda ni la terjadi kat aku masa exam medic.

Okok, tak mau melalut panjang-panjang. Jom straight to the point.

Buku Kegemaran aku adalah NOVEL. Setakat ni novel yang aku pernah baca tak ada lagi la yang menghampakan aku. Aku suka novel bahasa melayu. Ouh, aku ni seorang judge a book by its cover. Cover cantik, terus grab novel tu. Hehe.




Ni semua novel yang Encik B bagi pinjam. Ada lagi novel yang pernah aku baca masa zaman matrikulasi dulu. Tapi tak ingat dah apa tajuk novel dia.

Aku suka baca novel, tapi tak suka mengumpul novel. Sebab bagi aku, aku tak suka baca sesebuah buku tu berulang-ulang kali. Sebab aku dah tau jalan cerita dia. Mostly novel aku semua pinjam ja. Ada 2-3 buah novel ja kot aku beli sendiri.

Aku boleh habiskan satu novel dalam masa satu hari. Sebab tu la aku tak nak terjebak sangat dengan novel ni. Satgi dia mai mood nak baca novel, abes semua novel kat kedai aku baca. Tak sempat penulis nak tulis novel yang baru. Hee

Tengok sendiri la masa bulan puasa yang lepas, 3 novel aku baca dalam 3 hari. Macam addicted sangat-sangat. Nasib baik Encik B dah tak bagi pinjam dah novel. Sebab dia tau aku ni, kalau dapat novel, siang malam berkepit dengan novel.

^_^

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Karenah Customer

Assalamualaikum


Ha ni apa kes?
Aku kalau dapat customer cenggini, memang aku sekeh dah kepala dia laju-laju. Haish. Tengok la waktu bila kau send message tu. Waktu Maghrib kot. Waktu orang solat, orang rehat dan malas nak tengok fon. Ouh one more thing, itu Whatsapp, kemungkinan penjual tu tak ada kat rumah waktu tu. Kemungkinan penjual tu tak guna mobile data. Dan maybe baru perasan ada message masuk.

Dah kau takut sangat kena tipu, kenapa la pergi beli online? and please bare in mind, not all online shop ni menipu ok!

Nasib baik la aku tak pernah dapat customer cenggini. Walaupun reply 2 jam lambat pun still bersabar. Kena la pikir sama, kami penjual online ni manusia jugak. Bukan robot. Ada masa untuk rehat bagai. Bukan masuk toilet pun pegang fon. 

Wednesday 3 September 2014

Cabaran 30 Hari : 5 Cara memenangi hati Cik Siti

Assalamualaikum


Ways to Win my Heart

1- Just make me laugh. Then I will forget what you did that make me angry.

2- Feed me with food. Aku kalau bab makan ni, memang top la. Aku suka makan. Bagi la makan apa pun. Jangan bagi kebulur sudah, satgi mula la mood tak elok. (dah macam baby dah)

3- Jangan tunjuk POYO sangat depan aku.

4- Baca apa saja surah dalam Al-Quran and know what's the meaning of each sentences.

5- Talk with confidence.



Orang dah angau bercinta. Cenggini la jadinya. Semua benda yang dia buat pun semuanya sweet2. Hahahha.
So, inilah caranya si dia memenangi hati aku.

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day2

Cabaran 30 Hari : 5 Fakta Tentang Diri Cik Siti

Assalamualaikum

Memandangkan aku dah agak ketinggalan dalam #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari maka dengan ini akan bertimbun-timbun la entry aku pada malam ini. Perghh, ayat semua nak bombastik.

Cabaran untuk hari yang pertama adalah :-
Gambar latest dan juga 5 fakta tentang diri aku



Memandangkan aku ni tak banyak sangat snap gambar. Maka korang akan tengok la gambar aku ni dalam entry aku sebelum2 ni. So, this is my latest picture.

So now let start to 5 Facts About Cik Siti

1- Aku lahir kat Penang, dan stay kat Kedah. Tapi banyak orang ingat aku orang KL. Tapi sekali keluar loghat Kedah pekat punya, ha, amikkaw. Hahaha

2- Aku suka shopping, tapi bila kena guna duit sendiri, niat untuk bershopping dibatalkan serta merta. Sebab rasa barang tu tak perlu sangat pun. So simpan ja duit tu untuk makan. (ha, baru kau tau bagaimana susahnya nak cari duit)

3- Aku suka makan. So aku lebih banyak spend duit aku kat makanan ja. After all, macam aku cakap tadi. Barang-barang yang aku nak beli tu pun tak penting sangat pun. Perut kenyang, senang la hati aku. Daripada beli barang, duit habis. Then kebulur buat apa

4- Aku tak suka warna pink. Tapi bilik aku warna pink. Ni kerja ayah aku la ni. Sebelum cat bilik, dia cakap warna maroon. Then bila dah abes cat, tuptup warna pink. Apa boleh buat. Dah 10 tahun dah hidup dalam bilik pink ni. Hee

5- They used to call me "Doctor To Be". But now, not anymore. Kenapa? Sebab aku dah berhenti belajar medic. And will continue in Bachelor of Business Administration with Honour. 

ok, dah mintak 5, aku bagi je la 5. Satgi cerita lebih2 satgi, payah pulak nak berhenti. hee

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

Hope ni jadi panduan anda-anda sekalian yang ingin memakai tudung. Tengok gambar dan penerangan senang paham



Bad Habits

Assalamualaikum

Setiap orang mesti ada tabiat buruk mereka sendiri kan. Eleh, tipu la kalau tak ada tabiat buruk. Meh nak cerita sikit pasal tabiat buruk aku. Tapi tak ada la sampai nak aibkan diri. Berdosa tu. Dan tak ada la pulak nak aibkan orang lain. Nauzubillah


1- Gigit kuku
Tabiat ni masa aku darjah satu sampai la darjah tiga. Fuh, agak lama kan. Terjadi masa kelas muzik darjah satu. Cikgu dia sangat la garang kalau tak potong kuku kena rotan. Ada sekali tu aku terlupa nak potong kuku. Tapi tak ada la panjang sangat pun. Biasa-biasa aja. Bila setiap kali masuk kelas muzik mesti kena spot check. So sebelum sampai turn aku, aku pun gigit la kuku. Itu ja jalan untuk bagi kuku aku pendek. Sebab tak bawa pengepit kuku pun pergi sekolah. Dari situ la bermulanya habit menggigit kuku. Mula-mula start apabila desperate ja, terus berubah menjadi tabiat dari masa ke masa. Duduk saja pun gigit kuku, sampai berdarah-darah la sebab dah abes kuku, aku gigit pulak isi kuku. Agak extreme ya di situ. Sampai nenek aku ugut la nak letak ubat kat jari ni biar tak gigit kuku dah. Tapi nasib baik la aku boleh berhenti. 


2- Makan megi
Maybe tak ada la extreme sangat bagi korang kot. Tapi tabiat ni la sampai sekarang aku tak boleh stop. Tapi boleh la slow down. Yang paling extreme, masa aku darjah dua. Aku sampai kena masuk wad kecemasan la sakit perut punya pasal. =_=" Mau tak sakit perut, dah tiap-tiap hari hentam makan megi ja. Bawa bekal ke sekolah pun megi. Huhuhu


3- Gigit pensel
Habit yang ni, sat saja. Masa aku darjah satu. Dulu mana pakai pensel mekanikal lagi. Pakai pensel kayu. Tak tau kenapa aku suka sangat gigit belakang pensel kayu tu. Sampai botak abes belakang pensel. Nak kata lapar, tak ada la lapar pun. Tapi ntah lah. Dah jadi habit.


4- Tak buat kerja sekolah
Habit ni masa dulu darjah 2 la selalu tak siapkan kerja sekolah. Mathematic dengan English. Cikgu pun tak larat nak marah dah. Tapi apa yang aku pelik, final exam dapat number 9 kot. Then masuk darjah 3, jadi pengawas. Hahaha. Dulu aku rasa Mathematics ni susah sangat. Tambah-tambah yang dia suruh bahagi. Aku memang langsung tak reti kot. Macam mana ntah boleh dapat number 9 dalam kelas. Tapi sekarang aku suka sangat Mathematics. Since darjah 5 sampai la form 5, tak pernah lagi aku dapat mathematics B dan ke bawah. Setiap masa dapat A ja. 


That's all for my bad habits.

APA PULAK BAD HABITS KORANG? Cecita ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...