orang matahari PULAU PINANG | Cik Siti

Friday 13 July 2012

orang matahari PULAU PINANG

assalamualaikum.....

korang tau pasal Kampung Seronok Pulau Pinang?? tak tau??? tak pa la kalau tak tau....tau tak pasal orang matahari?? tak tau jugak?? apa yang korang tau???  meh aku nak bercerita.,..

orang matahari ni bukannya orang yang ada keluar2 api macam Ghost Rider tuu...so jangan salah faham k.....
orang matahari ni diaorang ikut ajaran sesat......Haji Muhammad Shafie atau orang panggil Haji Muhammad Matahari...dia ni la yang pengasas ajaran sesat kat malaysia ni....Ajaran Taslim nama dia....



1.       Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
2       Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
  • (a)    beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
  • (b)    beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
  • (c)    mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
  • (d)    mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
  • (e)    menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
  • (f)     solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
  • (g)    menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.
  • Menurut cerita dari orang kampung sekitar penduduk din sini tidak bercampur dengan penduduk sekitar mereka,semua aktiviti kemasyarakatan hanya melibatkan masyarakat mereka sahaja.(sumber)
aku pernah la lalu kat Kampung seronok ni....tengok ok ja....maybe tuu kisah 150 tahun dulu....maybe sekarang semua da bertaubat kot....alhamdulillah la kalau macam tuu.....

p/s : dekat dengan sekolah menengah aku dulu ada la kubur orang matahari ni....diaorang cakap kubur tuu mengadap arah lain.....ntah la mengadap arah mana aku pun tak tau...sebab aku tak pernah tengok...huhu

2 comments:

  1. Betul tu.. agama taslim masih wujud smpai sekarang.. sama ja dulu ngn skarg..

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. agama taslim masih wujud smpai sekarang.. sama ja dulu ngn skarg..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...