Bad Habits | Cik Siti

Wednesday, 3 September 2014

Bad Habits

Assalamualaikum

Setiap orang mesti ada tabiat buruk mereka sendiri kan. Eleh, tipu la kalau tak ada tabiat buruk. Meh nak cerita sikit pasal tabiat buruk aku. Tapi tak ada la sampai nak aibkan diri. Berdosa tu. Dan tak ada la pulak nak aibkan orang lain. Nauzubillah


1- Gigit kuku
Tabiat ni masa aku darjah satu sampai la darjah tiga. Fuh, agak lama kan. Terjadi masa kelas muzik darjah satu. Cikgu dia sangat la garang kalau tak potong kuku kena rotan. Ada sekali tu aku terlupa nak potong kuku. Tapi tak ada la panjang sangat pun. Biasa-biasa aja. Bila setiap kali masuk kelas muzik mesti kena spot check. So sebelum sampai turn aku, aku pun gigit la kuku. Itu ja jalan untuk bagi kuku aku pendek. Sebab tak bawa pengepit kuku pun pergi sekolah. Dari situ la bermulanya habit menggigit kuku. Mula-mula start apabila desperate ja, terus berubah menjadi tabiat dari masa ke masa. Duduk saja pun gigit kuku, sampai berdarah-darah la sebab dah abes kuku, aku gigit pulak isi kuku. Agak extreme ya di situ. Sampai nenek aku ugut la nak letak ubat kat jari ni biar tak gigit kuku dah. Tapi nasib baik la aku boleh berhenti. 


2- Makan megi
Maybe tak ada la extreme sangat bagi korang kot. Tapi tabiat ni la sampai sekarang aku tak boleh stop. Tapi boleh la slow down. Yang paling extreme, masa aku darjah dua. Aku sampai kena masuk wad kecemasan la sakit perut punya pasal. =_=" Mau tak sakit perut, dah tiap-tiap hari hentam makan megi ja. Bawa bekal ke sekolah pun megi. Huhuhu


3- Gigit pensel
Habit yang ni, sat saja. Masa aku darjah satu. Dulu mana pakai pensel mekanikal lagi. Pakai pensel kayu. Tak tau kenapa aku suka sangat gigit belakang pensel kayu tu. Sampai botak abes belakang pensel. Nak kata lapar, tak ada la lapar pun. Tapi ntah lah. Dah jadi habit.


4- Tak buat kerja sekolah
Habit ni masa dulu darjah 2 la selalu tak siapkan kerja sekolah. Mathematic dengan English. Cikgu pun tak larat nak marah dah. Tapi apa yang aku pelik, final exam dapat number 9 kot. Then masuk darjah 3, jadi pengawas. Hahaha. Dulu aku rasa Mathematics ni susah sangat. Tambah-tambah yang dia suruh bahagi. Aku memang langsung tak reti kot. Macam mana ntah boleh dapat number 9 dalam kelas. Tapi sekarang aku suka sangat Mathematics. Since darjah 5 sampai la form 5, tak pernah lagi aku dapat mathematics B dan ke bawah. Setiap masa dapat A ja. 


That's all for my bad habits.

APA PULAK BAD HABITS KORANG? Cecita ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...