Resepi Waffles Paling SEDAP | Cik Siti

Monday, 29 September 2014

Resepi Waffles Paling SEDAP

Assalamualaikum

First of all, apa yang korang perlukan adalah tempat untuk masak waffles. Kalau tak dak benda tu, tak jadi waffles la sayang oii, jadi penkek kalau masak atas pan. =)


Bahan-bahan yang korang perlukan adalah :-

3 sudu besar butter (kena cairkan dulu)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan susu (aku guna susu dutch lady jer)
2 biji telur


Cara-cara

1- Gaulkan semua bahan kering dalam satu mangkuk yang agak-agak boleh muat.
2- Campurkan susu dan juga telur dalam mangkuk yang LAIN.
3- Gaulkan bahan-bahan kering dan juga susu dan telur tadi.
4- Bila dah sebati, baru masukkan butter yang telah cair. Dan gaul lagi sampai sebati.
5- Make sure korang punya tempat masak waffles tu dah PANAS ye.
6- Tuangkan beberapa senduk adunan tadi.
7- Tunggu sampai masak.
8- Dah masak, apa lagi, ngap la.

Ouh ya, korang boleh la letak jam ka apa-apa yang korang suka. Kalau korang nak lagi garing pun ikut suka korang la. Buat sendiri kan. Ikut selera sendiri la.

Selama ni aku makan waffles kat kedai tak la sesedap macam ni. Lembut lagi. Leomag pun kalah dengan waffles aku ni. ^^

Selamat Mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...