Cabaran 30 Hari : Buku Kegemaran Cik Siti | Cik Siti

Thursday, 4 September 2014

Cabaran 30 Hari : Buku Kegemaran Cik Siti

Assalamualaikum

Actually aku tak suka baca buku. Dah acane nak buat entry ni? Buku pelajaran la mostl aku tak berapa nak minat baca. Sebab tu la aku tak boleh jadi doktor. Doktor kan kena banyak membaca. Tapi aku suka buat kira-kira. Sebab bagi aku, buat kira-kira ni otak berjalan la jugak. If baca buku, dan menghafal ja kerja, otak jadi lembab gila. Tahu apa yang dihafal je la. Bila soalan tu pusing sikit, dah tak tau apa yang nak dijawab. Secara jujurnya, bernda ni la terjadi kat aku masa exam medic.

Okok, tak mau melalut panjang-panjang. Jom straight to the point.

Buku Kegemaran aku adalah NOVEL. Setakat ni novel yang aku pernah baca tak ada lagi la yang menghampakan aku. Aku suka novel bahasa melayu. Ouh, aku ni seorang judge a book by its cover. Cover cantik, terus grab novel tu. Hehe.




Ni semua novel yang Encik B bagi pinjam. Ada lagi novel yang pernah aku baca masa zaman matrikulasi dulu. Tapi tak ingat dah apa tajuk novel dia.

Aku suka baca novel, tapi tak suka mengumpul novel. Sebab bagi aku, aku tak suka baca sesebuah buku tu berulang-ulang kali. Sebab aku dah tau jalan cerita dia. Mostly novel aku semua pinjam ja. Ada 2-3 buah novel ja kot aku beli sendiri.

Aku boleh habiskan satu novel dalam masa satu hari. Sebab tu la aku tak nak terjebak sangat dengan novel ni. Satgi dia mai mood nak baca novel, abes semua novel kat kedai aku baca. Tak sempat penulis nak tulis novel yang baru. Hee

Tengok sendiri la masa bulan puasa yang lepas, 3 novel aku baca dalam 3 hari. Macam addicted sangat-sangat. Nasib baik Encik B dah tak bagi pinjam dah novel. Sebab dia tau aku ni, kalau dapat novel, siang malam berkepit dengan novel.

^_^

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...