Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal | Cik Siti

Sunday, 7 September 2014

Perniagaan Di Rumah Tanpa Modal

Assalamualaikum

Sekarang ni aku tengok ramai yang nak buat business tapi tak ada modal. Including me myself. Betul tak apa yang aku cakap.

Nak tau salah satu benda yang korang boleh buat tanpa keluarkan satu sen modal cuma korang hanya perlu keluarkan tenaga sahaja. Tapi benda ni anda perlu la keluarkan duit untuk bayar bil elektrik dan juga internet. Topup jugak. 


DROPSHIP AGENT

Pernah dengar tentang dropship agent? Sound very familiar right?

Aku rasa ramai penjual yang menggunakan khidmat dropship agent ni. Search ja kat google, dan korang boleh tengok siapa yang memerlukan khidmat dropship agent.

Korang join secara percuma. Selalunya para peniaga ni akan mintak nama, alamat dan juga no phone untuk rujukan diaorang. Then korang hanya tinggal promosi apa sahaja yang dalam list peniaga tersebut. Sebelum promote barang-barang tu, korang perlu la kaji dulu latar belakang peniaga tu. Boleh dipercayai or tak.

Harga barang semua korang boleh tanya kat peniaga tu dan juga komisyen yang korang akan dapat.


Kiranya korang hanya iklankan, dan letak kan no phone or whatever supaya customer boleh contact korang kalau nak order. Then korang buat order kat customer korang tu kat peniaga. Dan selebihnya peniaga sendiri akan uruskan. Ouh ya, jangan lupa minta duit dari customer dan juga jangan lupa bayar kat peniaga harga yang dah di tolak dengan komisyen sekali. Korang boleh tanya kepada peniaga tentang cara pembayaran tu. 

Senangkan. Korang tak perlu simpan stock beriban. Tak perlu takut untuk kerugian kerana anda tak keluarkan satu sen pun untuk jadi dropship agent ni. Cuma kalau nak duit lebih, kena rajin untuk promote la kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...