aku tengok banyak je orang pakai baju corak ni..hari tu, Farid Kamil kena saman ke masuk penjara ntah sebab pakai baju (apa ntah tak ingat...kalau tak silap askar or polis kot..lebih kurang cam tu la)....yang pasal celoreng ATM ni baru tau tadi je...huhu
kat bawah ni adalah undang-undang yang telah dikeluarkan
1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)
Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.
2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti
di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.
3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)
Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:
(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu;
maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
p/s : nasib baik la tak beli lagi baju celoreng ATM ni..huhu
No comments:
Post a Comment