Sikap Pemandu di Malaysia | Cik Siti

Wednesday 8 October 2014

Sikap Pemandu di Malaysia

Assalamualaikum

Maaf lah ye sebab aku asyik menghilang je sejak dua menjak ni. Bukan tak nak tulis, tapi disebabkan kekangan masa dan kekangan internet yang menyebabkan aku jarang sangat update entry. Huhu. How's your Aidil Adha? Aku beraya di Bagan Lalang, Sepang. Rumah mak cik aku. Dalam masa sebulan ni, dah 3 kali ulang alik pergi KL. Tapi lepas ni dah tak pergi dah. Mungkin la. Hoho.

Disebabkan aku travel a lot lately, aku dapat la idea nak update entry yang bertajuk " Sikap Pemandu di Malaysia"

(lukisan aku tak cantik. yang kotak-kotak warna warni tu untuk kereta, dan jalan raya korang boleh tau kot yang mana. Anak panah tu tunjuk arah diorang bergerak)

 Ok, gambar yang di atas ni menunjukkan pemandu yang kelam kabut. Macam la tempat yang nak di tuju tu ada kaki boleh lari. Sehinggakan mereka-mereka ini menggunakan laluan kecemasan. Like seriously, kalau betul-betul ada kecemasan kat depan sana, acana ambulance nak lalu. Then bila dah sampai kat tempat yang laluan kecemasan di tutup, mereka ni masuk pulak lane kat sebelah. Menyebabkan bertambah jammed la jalan tu. =_="


Gambar yang kedua ni pulak, pemandu yang makan angin. Boleh tengok kan, lane kiri tu tak la ada kereta banyak sangat. Tapi gagah dok buat kepala kereta api dekat lane kanan tu. Bagi yang sesapa bawak kereta yang tak berapa boleh nak speed tu, sila la ke lane kiri. Kalau nak memotong tu tak kisah la. Tapi bila dah kosong kat sebelah kiri tu, boleh la ke kiri. Aku bawa kereta Kelisa ja kot. So aku sedar la kereta aku tak boleh nak speed. Tekan minyak sambil berdiri pun belum tentu boleh potong ferrari. So better ke sebelah kiri. Makan angin kat lane kiri. Jangan dok makan angin kat lane kanan.


Kesimpulannya, kebanyakan pemandu kat Malaysia ni memang agak selfish. Tension aku, setiap kali bawa kereta, confirm la terkeluar ayat-ayat yang entah apa-apa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...