Kereta Yang Pelik | Cik Siti

Tuesday, 14 October 2014

Kereta Yang Pelik

Assalamualaikum

Gambar 2 kereta pelik ni ja la yang aku sempat snap. Yang lain semua tak sempat. Huhu. Maklumlah, camera bukan sentiasa di tangan. Belum sempat nak capai camera dalam beg, alih-alih dah berlalu pergi dah kereta yang pelik tu.

 Gambar atas ni aku snap masa sehari sebelum merdeka tahun 2013. Ini kereta biasa. Tapi diubah suai jadi kereta clown. Orang yang drive tu clown ok. Siap ada tulisan LED lagi kat belakang kereta dia. And also, a clown without a bicycle? MEMANG TAK LA. Ada basikal kot belakang kereta dia. Bukan basikal lumba, tapi basikal clown. Siap lambai-lambai lagi kat kitaorang yang teruja ni.

Ini pulak kereta Volkwagen. Tak ingat masa bila jumpa. Nasib baik la traffic light masih merah. Sempat la snap. Tengok orang yang bawa kereta ni, rileks ja bawak. Semua pakat dok tengok dia dengan bini and anak dia. Macam kereta kebal pun ada bila tengok. Empat segi elok ja. =)

Kedua-dua kereta ni aku jumpa kat area Alor Setar. Maybe orang Alor Setar dah selalu sangat kot nampak. Aku ja yang baru first time. Hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...