REVIEW : Himalaya Herbals | Cik Siti

Saturday, 18 October 2014

REVIEW : Himalaya Herbals

Assalamualaikum




Gambar-gambar kat atas ni adalah muka aku sebelum aku guna Himalaya Herbals ni. Dalam bulan 4 macam tu la muka aku teruk sangat. Jerawat tumbuh macam lalang ja. Lepas satu-satu. Mungkin stress dan jugak sebab pemakanan aku kot. Tak berapa nak stabil.

Sebelum guna Himalaya Herbals ni, aku ada la jugak guna beberapa produk. Tapi muka still macam tu. Jerawat, jangan cakap la. Seronok lagi dia membiak.

Masa bulan 8 hari tu la hati ni mula terdetik nak tengok review produk Himalaya Herbals ni. Sebab aku tak pernah try lagi guna. Review semua memberangsangkan. Lagipun dia 100% herbal actives. Orang cakap, belum cuba belum tau.

 Aku guna face Purifying Neem Face Wash, Gentle Exfoliating Apricot Scrub, Toner dengan Moisturizer.

Kiranya dah 2 bulan aku guna. Memang best la. Bau dia pun wangi. 
Nu muka aku sekarang. Tak ada dah jerawat. Parut jerawat pun dah makin kurang. Cuma yang tinggal, parut campak ja. Hoho.

Aku tak ada la pulak alah dengan produk ni, Tak ada la pulak muka terasa macam burn and kulit mengelupas. Semuanya OK belaka. TIPTOP.

Cik Siti Bagi 10 Bintang untuk Himalaya Herbals. (cheehhh)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...