Bazaar Di Instagram | Cik Siti

Wednesday, 15 October 2014

Bazaar Di Instagram

Assalamualaikum

Aku ni agak suka scroll kat wall instagram aku tu. Aku rasa korang pun sama jugak kot. Suka tengok gambar orang. +Fynn Jamal , Irine, +atitaharis , and many more la.

Tetapi ada benda aku tak suka. Orang yang spam wall instagram. Like seriously, if gambar tu gambar dia tak pa la jugak. Ini tidak, gambar tudung. bayangkan 5 gambar dia ja. Then baru ada gambar orang lain. Lepas 1 2 gambar orang lain, gambar dia lagi. Fuhh, penuh wall instagram aku dengan tudung yang dia jual.

Aku dah la follow banyak instashop. So bayangkanlah. Kalau 1 instashop dah macam tu, kalau banyak instashop macam mana. JADI BAZAAR DI INSTAGRAM LA JAWABNYA!

Sekarang ni, aku dah jarang usha instagram sebab benda macam ni la. Tak kisah pun kalau nak meniaga. Tapi jangan la spam macam tu skali. Paroh weh.

Mula la aku gatal tangan nak unfollow. =_="


Sapa penah jadi macam ni jugak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...