Assalamualaikum
kat sini aku nak share sikit pasal SIHIR
DEFINISI SIHIR
Sihir
adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin
dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun
meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk
mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T.
Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak
diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi
ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat
yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan
cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir
dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan
percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi
rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Jenis-jenis
sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir
Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir
Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir
Penghalang Pernikahan.
Tanda-tanda Terkena Sihir
- Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
- Badan terasa berat dan malas.
- Sukar mendapat jodoh.
- Badan terasa bisa-bisa.
- Sakit ketika ziarah orang meninggal.
- Sukar tidur malam.
- Sakit pinggang tanpa sebab.
- Sakit dada bila waktu asar keatas.
- Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
- Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
- Bermimpi di tempat tinggi.
- Bermimpi di tempat yang kotor.
- Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
- Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
- Bayi kerap menangis.
- Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
- Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
- Malas beribadat.
- Nyanyuk ketika usia lanjut.
- Panas baran.
- Sikap berubah secara mendadak.
- Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
- Suka melakukan tabiat buruk.
- Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
- Kerap keguguran.
- Gagal melakukan hubungan kelamin.
- Mengantuk bila dengar al-quran.
- Bermimpi seram yang menakutkan.
- Darah haid turun lebih 15 hari.
- Batuk yang berpanjangan.
- Selalu ditindih ketika tidur.
- Kuat berangan.
- Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
- Nafsu seksual yang melampau.
- Selalu melihat kelibat dirumah.
- Terasa diri selalu diperhatikan.
- Mandul.
- Kerap mendengar sesuatu bisikan.
- Melihat jin secara terus.
- Sakit mental atau gila.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila
telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal,
mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang
bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam
telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan
sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan
Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa
terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal
bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi
penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari
kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi
Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu
boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga
ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga
ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah
diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan
sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Insyaallah sembuh
No comments:
Post a Comment