Ramainya Berbusiness | Cik Siti

Wednesday, 25 June 2014

Ramainya Berbusiness

Assalamualaikum

well actually I'm so surprise...ramai kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej buat business sendiri....lari bidang wehhhhh... "kata dulang paku serpih, kata orang, aku pun sama jugak la"

Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.
Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
 
tapi sayangnya, masih ramai lagi cakap berniaga ni susah...berniaga ni banyak risiko.....mereka silap...yes, memang susah...memang banyak risiko...tapi dari situlah kita belajar segalanya...belajar bersabar...belajar berusaha, belajar macam2 lagi lah....
 p/s : Jom baca tentang Tips Memulakan Perniagaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...