Tips : Susun Baju Dalam Laci Dengan Kemas | Cik Siti

Sunday, 22 June 2014

Tips : Susun Baju Dalam Laci Dengan Kemas

Assalamualaikum

korang ada masalah nak ambil baju dalam laci tak?? maksud aku bila korang nak ambil, baju jadi berselerak dalam laci....tambah2 baju yang kita nak tu ada kat bahagian bawah sekali... (u know what i mean)....yang ni berlaku kepada orang yang susun baju secara bertingkat....so, bila nak amik baju yang kat belah bawah tu, sangat lah susah.....

so now aku nak ajar cara-cara susun baju dalam laci dengan kemas...korang nak ambil pun tak berselerak...ouh, by the way...korang yang tak dak laci tu, mesti ada compartment yang simpan baju2 nak lipat kan kan kan.....korang boleh jugak lah cuba cara ni....

mula2 sekali mestilah korang kena ada laci....or bakul or apa2 ja la yang boleh letak baju korang...
inilah laci baju yang telah berkhidmat dengan aku lebih daripada 10 tahun....ada sticker pooh lagi...hahahha....asalkan boleh guna lagi, what for nak beli lain....okok...sambung balik
then korang lipat baju korang macam biasa


then lipat lagi setengah...jadi macam dalam gambar ni



then susun lah cenggini...make sure yang bahagian bawah baju yang korang lipat tu mengadap belah atas....so tak messy sangat....


tengok...senang ja nak keluarkan baju...tak berselerak pun...senang pulak tu nak cari baju yang kita nak...tak bertindan tindan macam sebelum ni....


lagi sekali aku nak ingatkan...

 susun macam ni tau..(gambar atas)..bukan macam kat bawah ni

 
 kalau susun guna side macam gambar kat atas tu, nak messy la korang punya laci....



korang boleh divide each laci korang nak letak apa...macam aku tunjukkan kat korang ni, ni part baju aku duduk rumah...t-shirt...seluar, letak dalam laci bawah dia...senang...

p/s : nampak sangat aku ada banyak baju warna hitam

SELAMAT MENCUBA YA ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...