Review : Tuan Rumah Pembantu Rumah | Cik Siti

Monday, 14 July 2014

Review : Tuan Rumah Pembantu Rumah

Assalamualaikum


Novel Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen yang menjadi pembantu rumah kepada Puan Sri Juria. Asha sebenarnya adalah anak orang kaya dan bapanya mempunyai sebuah hotel. Disebabkan oleh tunangnya (Taufeeq) berlaku curang ke atas dirinya, dia membuat keputusan untuk membawa diri menjadi pembantu rumah.

Puan Sri Juria mempunya 3 orang anak. Emir merupakan anak nombor 2. Emir dengan Asha bagai anjing dengan kucing setiap kali berjumpa. Ada saja tidak kena apabila mereka bertemu. Dalam diam Emir menaruh hati kepada Asha tanpa mengetahui tentang latar belakang Asha.

ending dia of course la happy ending. As usual =)


PENDAPAT AKU :-

Novel ni best. Best masa diaorang bergaduh. Tak ada sangat nak romantik-romantik, sebab Emir dengan Asha ni selalu sakat-menyakat antara satu sama lain. Dua-dua tak nak mengalah.

aku habiskan novel ni dalam masa kurang 24jam sebab novel dia tak berapa nak tebal sangat. Aku ni jenis suka baca novel yang tebal-tebal macam Novel 7 Hari Mencintaimu. Novel Tuan Rumah Pembantu Rumah ni aku baca pun sebab Encik B yang bagi. Dia kata novel lain tak boleh bagi, sebab yang lain dia nak baca lagi sekali...=_="

ouh, bagi yang tak tau, ada cerita yang diadaptasikan daripada novel ni. Aku tak pasti channel berapa.huhu

yeah, nothing much to comment about this. Kalau korang beli novel ni, sila la baca daripada mula sampai habis. Jangan skip-skip baca eh. Sebab aku tau korang yang baca novel tu selalu skip part-part yang korang rasa boring. Tapi novel ni jangan buat macam tu eh, nanti korang tak paham
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...