Ramadhan Terakhir Bagi Tahun 2014 | Cik Siti

Sunday, 27 July 2014

Ramadhan Terakhir Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah hari terakhir puasa. Esok dah masuk bulan Syawal. Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita. Tahun depan pulak kita baru nak berjumpa dengan Ramadhan semula. Rasa sayu ja hati ni. Tak tau kenapa. :'(


First time buat ketupat. Sebelum ni arwah tok yang selalu buat. Tahun lepas, order ja kat orang. Tahun ni, teringin nak buat sendiri. Menjadi jugak lah ketupat ni. Hehehe. Klik sini untuk tengok Ketupat Mini CikSiti

Hari ni hari terakhir buat kuih raya. Tapi dengar kata puan emak nak suruh buat lagi kuih raya lepas raya nanti. Tart serunding kot rasanya.

Mengakhiri malam 29 Ramadhan dengan kuih cornflakes madu yang wajib dibuat setiap tahun. Cornflakes madu ni favorite kot daripada dulu sampai sekarang. Walaupun senang ja nak buat, aku tetap suka. Memang tak pernah nak jemu.

Sayang-sayang sekalian...jangan lupa join GA by Syira Lokman ni ya. Banyak hadiah yang ditawarkan ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...