Dalam Masa 3 hari | Cik Siti

Friday, 18 July 2014

Dalam Masa 3 hari

Assalamualaikum

Love you Mr. Arrogant
Guy Next Door
Suami Aku Ustaz 

Dalam masa 3 hari ni, aku sempat habiskan 3 buah novel. Makna kata sehari satu novel. Dah nak buat macam mana, lepas baca satu novel, memang susah sangat nak berhenti baca, tup tup dah habis. Sambung novel seterusnya. Rasa macam aku ni masuk dalam novel, punyalah aku menghayati bait-bait kata dalam novel tu.

Ouh, ya. Dua diantara ketiga-tiga novel di atas tu, kena kahwin paksa. Yang "Guy Net Door" tu ja kahwin dengan rela hati.

Kalau dulu memang aku tak suka baca novel. Terlekat baca novel ni pun masa kat Matrikulasi. Sebab rasa bosan sangat tak dak benda nak buat, pinjamlah novel daripada orang. Time tu la aku start baca novel.

Bila jadi second year medical student, dah kurang membaca novel. Masa third year as medical student lagi la, tak pandang langsung novel ni. Cuma sekarang aku start balik berjinak-jinak membaca novel. Al maklumlah, jadi penganggur yang bertauliah sekarang ni. Daripada asyik menghabiskan beras mak den, baik aku baca novel. At least, boleh la aku improvekan bahasa Melayu aku tu. (boleh ka alasan cam ni?)

Tak kesah la, kan kita ni kena menerapkan sikap membaca buku. Nanti buku tu dah telan dek zaman disebabkan kita asyik mengadap gadget-gadget. Nanti anak cucu kita pun tak kenal apa itu BUKU. Ha, kan susah. (cehhh, ayat teringat zaman sekolah menengah tulis karangan) hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...