Ketupat Mini by CikSiti | Cik Siti

Friday 25 July 2014

Ketupat Mini by CikSiti

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti makcik-makcik, kakak-kakak tengah dok kalut balut ketupat kan. Aku pun tidak ketinggalan la. Kat sebelah Utara ni famous ketupat daun palas. Alah, ketupat tiga segi tu. Kalau nak tau, ketupat tiga segit tu ada jantina tau. Betina dan jantan. Kalau ketupat betina, orang tua-tua cakap, ketupat tak jadi. Sebabnya bila masak, nanti isi dia terkeluar. Kalau ketupat jantan pulak, memang perfect la. Tak ada isi yang terkeluar pun.

Nak tau lebih lanjut pasal jantina ketupat tiga segi, sila ke SINI


aku tak berapa nak reti sangat buat ketupat tiga segi ni. Bagi aku ketupat nasik lagi senang nak buat, walaupun mencabar.


Ni la ketupat mini aku. Orang dok kalut buat ketupat tiga segi tu, aku pulak dok buat ketupat nasik ni. Guna daun palas yang telah koyak (aku punya kerja la tu). Saja nak mengasah bakat. Tapi ketupat ni tak letak nasik pun, jadi perhiasan saja.

ketupat nasik tak perlu buat pun, sebab puan emak dah beli yang instant punya kat Tesco. Yang tiga segi tu ja yang buat. Kalau tidak tahun sebelum2 ni selalu order ja. Tapi kali ni buat sendiri, so merasa l jugak nanti raya makan ketupat buatan sendiri. Hehehe

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...