RESEPI : Susu Pekat Homemade | Cik Siti

Monday 30 November 2015

RESEPI : Susu Pekat Homemade

Assalamualaikum

Baru-baru ni ramai yang post kat Facebook resepi Susu Pekat Homemade nih. Aku pun try la search kat Google. Susu Pekat Homemade ni dah lama dah orang tahu. Cuma baru ja diviralkan kat Facebook. Orang-orang macam aku ni ja baru tau tentang kewujudan resepi susu pekat homemade ni.



Homemade susu pekat (gambar sebenar, bukan hiasan)

So macam mana nak buat susu pekat homemade nih?

Resipinya mudah;
1 liter susu segar (susu UHT pun boleh)
1 cawan gula (boleh kurangkan jika mahu kurang manis, ia baik untuk kesihatan)
Esen vanila ( agak2 dalam 1 sudu teh)
secubit baking powder (pilihan, bukan mandatori)
Cara membuatnya, lagi mudah. Masukkan semua sekali ke dalam periuk dengan api sederhana besar. Sentiasa kacau susu. Apabila susu mula menggelegak dan pekat, kecilkan api dan tutup apabila tekstur bertukar kekuningan dan pekat sebagaimana susu pekat di kedai itu. Pastikan sentiasa kacau dan jaga api untuk mengelakkan penyakit hati kuali iaitu kerak.
p/s : bagi aku, baik beli je kat kedai. Senang. Tapi bagi sesiapa yang duduk kawasan yang susah sangat nak jumpa susu pekat, tapi teringin sangat nak makan, boleh la buat susu pekat homemade ni.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...