Vendor Boutique and Cafe | Cik Siti

Wednesday, 18 November 2015

Vendor Boutique and Cafe

Assalamualaikum

Kalau dekat kedah ni konsep Vendor Boutique and Cafe ni memang dah terkenal sangat dah. Ya Allah, punya la banyak. Terlalu banyak sampai tak cukup jari nak kira. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan ja.

Masa tahun 2014 ni ada sikit ja kedai berkonsepkan Vendor Boutique and Cafe ni. Mungkin dah terkenal kat KL, tapi kalau kat kedah, tahun 2015 baru boleh nampak.

Lepas satu kedai bukak, satu lagi buka. Yang agak tak boleh nak belah tu buka dekat-dekat. Maksudnya around that area jugak. Tak sampai 1km pun kot. (tepuk dahi)

Barang yang dijual pun sama ja. Tak lari jauh pun.

Then, bermulalah pulak era Boat Noodle. Ha, ni pun satu hal jugak. Apabila dah terlalu banyak kedai yang berkonsepkan Vendor Boutique and Cafe ni, mula la one of the shop buat berkonsepkan Boat Noodle. Nama kedai dia House Of Lady Mawar. Bila dah maju, dia stop ambil barang-barang macam baju semua tu dari vendor. Dia focus kat boat noodle dia. Of course  la maju sangat-sangat. Rasanya the first Halal Boat Noodle kat Kedah kot. Sebab selama ni dok dengar kat KL ja.

And again, Vendor-vendor Boutique lain tiru idea tu. Tapi tak la tiru sebijik-sebijik. Diaorang ubah la resepi boat noodle tu. Ada yang buat bakso.

Walaupun ramai jugak yang tiru, tapi House of Lady Mawar ni memang setiap waktu FULL HOUSE. Like seriously.

Aku selalu kalau makan kat sana, akan habis dalam RM35 untuk 2 orang. Walaweyh. Korang bayangkan 2 orang makan pun dah boleh mencecah RM35. Kalau dah FULL HOUSE setiap masa, agak-agak berapa banyak la untung dia dapat.


Abaikan muka aku yang serabut tu. huhu

Tu la kedai dia.


Bila dah terlalu banyak, dah rasa macam tak best pulak p kedai-kedai macam ni. So aku prefer makan nasi bungkus beli kat gerai-gerai tepi jalan ja. Jimat duit aku. hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...