Anda Rasa Diri Anda Tua BILA... | Cik Siti

Monday, 30 November 2015

Anda Rasa Diri Anda Tua BILA...

Assalamualaikum


Benda ni akan terjadi apabila korang dah berumur 24 tahun. Macam aku.

Anda rasa diri anda tua bila benda ni terjadi :-

1- Kebanyakkan kawan-kawan seperjuangan korang menjemput untuk ke majlis kahwin diaorang
2- kebanyakkan kawan-kawan korang asyik update weeks pregnancy diaorang
3- kebanyakkan kawan korang asyik post pasal anak-anak diaorang (ni dah terasa diri ni terlalu tua kot)
4- kebanyakkan kawan-kawan korang tukar status relationship kat Facebook dari Single ke Married.
5- Bila pergi kedai makan, panggil "adik" kat waiter tu. Hurmmm... aku dulu selalu panggil kakak dengan abang kot. Sob3

Serious rasa diri ni terlalu tua. Padahal baru 24 tahun. Huhu. Kadang-kadang tu semak kepala jugak memikirkan banyak benda.

Member-member dah kahwin. Aku belum. Member-member dah ada anak. Aku belum. Member-member dah bekerjaya. Aku belum.

Tak pa la. Allah SWT nak aku lebih bersabar. Nasib baik aku masih terasa diri ni muda sebab saiz aku ni macam budak umur 18 tahun. haaa gituuu. Pergi kenduri kahwin ngan family or kalau jumpa kawan-kawan ayah and mak aku, mesti la aku dikategorikan sebagai anak bongsu dari empat adik beradik. Padahal anak sulung kot. Adik yang last aku tu umur 17tahun lagi besar dari aku. Yang number 2 tu, terlampau tinggi. Adik number 3 tu dulu sama ja tinggi dengan aku, tapi sekarang dia pun nak tinggi jugak. So tinggal la aku sorang jadi pendek. Hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...