Dinner : Yogood Gourmet Muesli | Cik Siti

Saturday, 28 November 2015

Dinner : Yogood Gourmet Muesli

Assalamualaikum

Awak sekalian makan apa malam ni?

Disebabkan cik siti on diet (kononnya lah), so malam ni makan Gourmet Muesli dari Yogood la.

Letak susu, madu dan strawberry. Then biarkan dalam 30 minit macam tu, biar kembang. Baru la sedap makan. Kalau makan on time, tak berapa sedap. Dia rasa kering.

Dia tulis 40% nuts and fruits kan. Tapi aku rasa macam lebih ja. Serious sedap sangat. Kalau lagi banyak buah lagi sedap.


Macam mana boleh "ter" beli Gourmet Muesli ni?

Actually masa aku and mak aku pergi grocery shopping dekat Giant, aku ternampak la Yogood Gourmet Muesli ni. Disebabkan packaging dia nampak menarik tertarik kau memang da bomb, so aku beli la. Dan ditambah pula dengan mak aku punya support, maka masuklah kotak Yogood Gourmet Muesli ke dalam troli. Begitulah kisahnya. Hahaha

So now, healthy diet on. Tak boleh dah makan ikut sedap tekak dengan perut ja. Sebab berat aku dah naik mendadak sangat-sangat. Acana nak pakai baju pengantin nih. Eh..opsss.....heee...Bukan dalam masa terdekat ni kot. Hurm, ntahlah. Kita tunggu ja la encik B tu.

Ouh, by the way, Gourmet Muesli ni sedap sangat. Aku yang selama ni ratah cereal saja tanpa susu pun boleh suka Gourmet Muesli ni campur susu. Tapi kalau tak mau letak susu pun tak pa. Letak jus buah-buahan pun boleh jugak. Diaorang ada sediakan resepi yang korang boleh tiru.

Tapi aku punya suggestion, ikut ja tekak korang. Macam aku, memang tak suka langsung makan yogurt, so memang aku tak letak la. Boleh hilang selera makan aku kot. huhu

Korang makan apa malam ni? ce komen tengok. Hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...