Vietnam Mask | Cik Siti

Thursday, 19 November 2015

Vietnam Mask

Assalamualaikum

Korang pernah dengar tak pasal Vietnam Mask?

Gambar, ihsan encik Google.
Dia datang dalam packaging yang comel-comel macam kat atas tu. Saiz dia pun besar ibu jari ja. And disertakan sekali kertas untuk kita lekat kat muka.

Boleh bayangkan dak?

Benda dalam botol tu, macam gam. Roomate aku cakap bau dia macam gam tikus. Memang at first tu memang agak tajam la bau dia. Tapi dah lama-lama pakai, dah terbiasa. Huhu.

Cara pakai dia :
1- Potong kertas yang disediakan tu mengikut saiz tempat yang kita nak letak. Tak specific pun tak apa.
2- ambil "gam" dalam botol tu, tak kesah la guna jari or spatula
3- sapu ke tempat yang kita nak buang blackheads or whiteheads. Hanya sapuan nipis ja tau
3- letak kertas yang kita gunting tadi tu kat atas "gam" tersebut.
4- Biarkan dalam setengah jam macam tu, or at least sampai dah rasa macam kering.
5- cabut kertas tu laju-laju tau.
6- then, taadaa, dah hilang blackheads and whiteheads di muka
7- Jangan lupa basuh muka dengan air sejuk pulak

AMARAN : jangan tampal dekat area yang banyak bulu, seperti kening dan dekat pipi yang ada rambut-rambut tu, kang sakit pulak nak tarik. Ntah-ntah tercabut terus bulu kening tu.

TIPS : tinggalkan sedikit kertas. Maksudnya kat sini, jangan dok pi lekat terus kat muka tu. Tinggalkan sikit hujung tu tanpa "gam". Supaya senang nak tarik. Tak la terkoyak

Refer gambar di bawah

Nampak tak kat dagu aku tu? Nampak tak macam terkeluar sikit. Ha, macam tu la.


Ni la dia punya result. Walaweyh. Buat seminggu sekali ja tau. Kang nanti korang punya hidung or tempat-tempat yang korang selalu letak tu akan jadi kering.

Aku buat seminggu sekali, and result dia tak pernah mengecewakan.

Ada certain types of people yang macam aku ni, akan jadi syok, jadi geram semua ada bila tengok whiteheads yang terkumpul. Kalau bernasih baik, boleh jumpa blackheads. Memang orang macam ni kalau mula start buat, dia rasa nak buat tiap-tiap hari.

Aku dulu pun macam tu, selang 2 hari mesti nak buat. Tapi side effect dia, hidung aku jadi kering and gelap. So not good la kalau buat kerap sangat. Seminggu sekali dah ok dah.

Aku memang suka sangat Vietnam Mask ni. Sebab lepas pakai benda ni rasa macam bahagianya dah boleh bernafas. As if macam sebelum ni aku tak boleh bernafas pulak kan =_="
 Memang HYPERBOLA sangat aku ni.

Tapi memang best la pakai. Murah pun murah. Tahan lama pulak tu. Aku dah guna 3 bulan dah kot. Tak habis-habis lagi.

So, bagi sesiapa yang tak mau expense terlalu banyak duit beli produk-produk kat Watson or Guardian tu, boleh la beli Vietnam Mask ni.

Aku beli kat Padang Besar, Perlis. Harga dia 3 RM10 ja.

Tapi aku rasa banyak kedai-kedai yang jual benda ni. So boleh la search kat encik Google Vietnam Mask.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...