Kenapa Kedah Tidak Mempunyai Pelabuhan? | Cik Siti

Thursday 3 July 2014

Kenapa Kedah Tidak Mempunyai Pelabuhan?

Assalamualaikum

Topik telah dibangkitkan semasa di dalam kereta dalam perjalanan ke Alor Star dari Sungai Petani melalui jalan Singkir....nak tau tak siapa yang bangkitkan topik ni? en B lah....dia ni pemikiran tinggi melangit...sampaikan bila dia tanya soalan aku jadi pening bila nak jawab....huhu


KENAPA KEDAH TIDAK MEMPUNYAI PELABUHAN?

aku rasa ramai yang di antara kita masih ingat lagi sejarah yang dipelajari masa sekolah menengah kan.....Kedah Tua....Negeri Kedah adalah salah satu negeri yang tertua di Malaysia.....dulu Kedah Tua terkenal dengan pelabuhannya...tempat berkumpulnya pedagang-pedagang dari seluruh dunia....
baca kat SINI untuk lebih info



Gunung Jerai sebagai penunjuk arah kepada pedagang-pedagang...Candi Lembah Bujang pun still ada lagi...

persoalannya di sini adalah, kenapa Kedah tidak mempunyai pelabuhan sedangkan dahulunya Kedah terkenal dengan adanya pelabuhan...

dalam buku sejarah, tidak pula menyatakan bahawa Port Klang sebagai pusat pelabuhan....

yeah....jom kita jawab persoalan encik B tersebut....


SEBAB-SEBAB KENAPA KEDAH SEKARANG TIDAK MEMPUNYAI PELABUHAN :-

ini jawapan aku k...apa yang aku rasa logik...

1- bentuk muka bumi dah berubah = ya la....Kedah Tua tu tahun bila...sekarang dah tahun bila..dah beratus2 tahun dah kot...confirm2 la dah berubah...sedangkan Melaka pun dah tidak mempunyai pelabuhan....(mungkin la)

2- kedudukan yang lebih strategik adalah Port Klang = sebab Port Klang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia...so, senang la orang daripada Utara dan Selata untuk turun ke Port Klang ambil barang-barang dari pelabuhan...(ouh, kat Penang ni pun ada Pelabuhan...kat Johor pun ada Pelabuhan..so what for Kedah pun nak ada Pelabuhan?)


kalau dibuat pun pelabuhan dekat Kedah, pun OK jugak...boleh membangun sikit Kedah...tapi setakat ni aku tak nampak lagi la ura-ura yang mengatakan nak buat Pelabuhan kat Kedah..maybe in future who knows right.... =)

tapi apa yang aku tau, Menteri Besar Kedah nak bina lapangan terbang kat Kulim...wow, cam best je penduduk Kulim...tak payah pergi Penang dah nak naik flight...


p/s : apa pendapat korang pasal pelabuhan kat Kedah? patut ke tak patut dibina pelabuhan kat Kedah ni? dan huraikan sebab-sebab kenapa korang cakap macam tu.. =) (dah macam karangan Bahasa Melayu dah ni)

2 comments:

  1. macam dekat sangat anatara kulim dan bayan lepas. kalau buat kat pendang atau sik nampak macam ok skit. boleh memajukan ekonomi kampung di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu sebab kenapa diaorang buat kat Kulim adalah kerana kat Kulim ada Kulim Hi-Tech....kat situ banyak kilang2 yang ramai pekerjanya orang luar...bukan orang Malaysia...makna kata, if let say diaorang buat lapangan terbang kat sana, lagi ramai la pelabur asing akan masuk....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...