La Tahzan | Cik Siti

Saturday 24 November 2012

La Tahzan

assalamualaikum....

janganlah kamu bersedih wahai hati.....
dunia hanya sementara....
akhirat selama-lamanya....
sesungguhnya apabila tiada sesiapa di dunia ini paham isi hati aku...
Allah masih ada menemani diri ini....
semasa aku ingin berubah ke arah kebaikan...banyak dugaan dan halangan yang melanda....
dan sekarang Allah masih memelihara aku....walaupun ada suara jahat dalam diri ini mengatakan untuk menghilangkan stress dengan pergi ke kelab....pergi keluar dengan lelaki itu ini....tapi syukurlah....aku dipelihara......

meluangkan masa membaca Al Quran....rasa lebih tenang.....
solah fardhu dan diselang selikan dengan solat sunat sangat mendamaikan hati ini....

dan bila online....terjumpa benda ni....


Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...
✿ Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

 Al-Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

✿ Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

♥ Al-Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


✿ Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

♥ Al-Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


 Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

 Al-Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


✿ Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

 Al-Quran menjawab :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

✿ Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

♥ Al-Quran menjawab :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

✿ Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

♥ Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

✿ Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

 Al-Quran menjawab :
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

✿ Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

 Al-Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


p/s : semua persoalan yang bermain dalam kotak fikiran aku da terjawab.....terima kasih ya Allah, kerana memujuk hati yang luka ini dengan ayat2 kallamullah yang indah :')

2 comments:

  1. thanks for sharing.. menenangkan hati izma bila baca ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Sangat gembira apabila dah dpt jawapannya... Iman sy tdklah kuat mana tp stlh baca post dptlah sedarkan kesedaran dlm diri sy..
    Terima kasih krn berkongsi perkara ini.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...