Raya 2014 CikSiti | Cik Siti

Friday, 1 August 2014

Raya 2014 CikSiti

Assalamualaikum

As you can read from my previous entry "E-day" some of the things that I go through for my Raya 2014. (speaking la pulak)

So, ini ringkasan daripada cerita raya aku la.

kita posing dulu sebelum cerita selanjutnya

Firstly, my raya banyak tengok Encik B. Sebabnya hari raya pertama, dia datang rumah dengan adik dia. Raya kedua aku pergi raya rumah mak sedara aku kat Penang, so raya kedua tak nampak la muka Encik B. Raya ketiga, cousin Encik B bertunang, so dijemputnya aku pergi. Jumpa lagi. Hari ni (raya keempat) dia on the way nak pergi rumah mak sedara dia kat Parit Buntar, dengar ja aku masak roti jala, terus tetiba nak datang raya rumah aku. Siap bawa mak dia sekali. Nak test roti jala aku la tu. Tengok pass ke tidak nak jadi menantu. Hahaha. The chef had spoken. He said "manyiak sedap" ooo.

Ouh, Encik B ni dari Alor Setar, so untuk ke Parit Buntar tu dia akan lalu Sungai Petani, which means dia akan lalu rumah aku. So singgah ja la kan. No big deal pun.

Bermula esok, life rasanya jadi sedia kala balik. Encik B pun dah nak kerja balik selepas bercuti selama seminggu. Puan emak pun dah nak mula kerja next week. Tinggal aku ja la tengah terkapai sorang-sorang.

Cousin aku ada bagi idea, "why not mah ambil order buat roti jala?"
a'ah la kan. Kenapa tidak kan. Kot-kot la korang nak bertunang ka, nak buat open house ka. Boleh la mai order kat aku. I'm very happy to take order from you all. Please take note that I live in Sungai Petani. So agak-agak lah k kalau nak suruh hantar ke Kuala Lumpur. hee

Till my next entry, sayonara ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...