I cant believe I did that | Cik Siti

Thursday, 28 August 2014

I cant believe I did that

Assalamualaikum

Korang pernah tak buat benda yang korang tak sangka pun korang buat?
Aku, pernah. Jom meh sini baca aku nak senaraikan benda-benda yang "I can't believe I did that"

1- Masa umur aku 6 tahun, aku bergadoh dengan budak lelaki kat tadika aku. Tak tau apa motif aku bergadoh. Kemungkinan aku moody kot masa tu. Cehh, kecik-kecik pun dah moody. Aku try cari balik member aku tuh. Tapi tak jumpa pun dalam Facebook. Nama dia aku ingat. Muka dia pun aku ingat sampai sekarang. Tadika Kemas, Sungai Nibong, Pulau Pinang (if I'm not mistaken la). Tahun 1997. Sorry la, aku nak buat jejak kasih jap dengan kawan-kawan lama aku dulu. Aku pindah mai Kedah tahun 1998, so memang totally lost contact la dengan semua member-member kat Penang

2- Masa aku darjah 2, aku kena gastric yang sangat teruk. Boleh dikatakan 2 bulan sekali akan sakit. Tapi ada satu hari tu, memang aku dah hampir kena admit kat hospital dah. Ingat lagi ada seorang doktor tu tanya, masa tu kat wad kecemasan "sakit lagi tak?" aku pun jawab dengan selamber bewak nya, "TAK SAKIT DAH". Then dia bagi aku balik. Dia cakap, kalau sakit lagi kena admit. Padahal aku masa tu sakit lagi. Tak mau kena admit punya pasal, so TIPU la doktor tu. hehe

3- Tingkatan 3, lepas habis PMR. Aku ada bagi surat cinta kat budak lelaki yang aku suka dari darjah 4. Orang cakap cinta pandang pertama la kononnya. DAMN! malu siot bila sekarang jumpa dia. Cinta tak berbalas. Fuhhh. Malu-malu


4- Tingkatan 4, aku berhenti dari MRSM Taiping setelah 4 bulan belajar kat sana. Homesick punya pasal. By the way, sekarang pun masih homesick lagi kalau balik hostel. Tapi Alhamdulillah, dapat dikawal.



Itu ja kot benda yang "I can't believe I did that". Yang lain tu maybe ada, tapi yang tersenarai di atas tu la yang aku ingat sampai sekarang. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...