Mabuk Ketupat | Cik Siti

Friday, 8 August 2014

Mabuk Ketupat

Assalamualaikum

Fuhh, hampir seminggu blog tidak terupdate. (raya sakan nampaknya ciksiti).
Ouh, tidaklah beraya sakan nya pun. Cumanya ramai yang datang ke rumah untuk beraya. Sampaikan kena buat makan-makan sampai 2 hari.

Dalam masa seminggu ni, aku punya temperature badan tak menentu, kejap naik kejap turun. Encik B cakap, mabuk ketupat. Al-maklumlah, sebulan berpuasa, tetiba hentam makan ketupat pagi petang siang malam. Hahaha. Apa boleh buat, setahun sekali ja jumpa ketupat. 

Raya keempat, member-member adik aku datang beraya rumah, aku jadi tukang masak. Masak roti sorai. Alah, roti jala tu la.
Bayangkanlah, 2 kg tepung untuk disorai. Fuhh, nasib baik tangan ni masih kuat. Encik B dah puji kata sedap. So apabila chef dah bagi thumbs up, aku apa lagi, kembang semangkok la. hee

Nasib baik aku ajak member-member aku datang raya keenam. So turn adik-adik aku pulak la menghidang, menambah lauk untuk di ambil oleh para tetamu. Raya keenam tu, mak aku masak soto. First time kot kitaorang masak soto. Sebab sebelum ni, raya masak lontong. Tahun ni tak merasa lagi lontong.haduiii...dah terasa lapar pulak tengah-tengah malam ni


Yang kat bawah ni pulak gambar masa raya kelima. Tak plan pun, tetiba ada member ajak keluar minum-minum. Mulanya ada 3 orang ja yang nak join, then bertambah menjadi 7. Hahahaha
Then, salah sorang member tu ajak pergi beraya rumah dia. Masa tu dah pukul 9 malam. Hahaha. Nasib baik parents dia sporting ^^
Ouh, by the way, diaorang ni member-member sekolah rendah aku. Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Sungai Petani, Kedah. Ex-classmate 6 Inovatif. Ini pun bukan semua orang yang ada. Kelas kitaorang dulu ada 50 orang students. Bayangkan lah nanti kalau semua orang boleh berkumpul sekali. Confirm tak muat masuk gambar.hee

 Yang ni pulak gambar masa beraya kat rumah aku. Tak ramai jugak. Huhuhu. Semua pakat dah kerja, dah menetap kat tempat lain. Tak dapat jumpa jugak semua orang tahun ni. Maybe next year, InsyaAllah.

p/s : maaf lah ye, entry-entry sebelum ni pun dok cerita pasal raya tak abes-abes lagi. Biasa lah, masih rasa diri ni macam budak-budak.hee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...