Love Cycle | Cik Siti

Thursday, 28 August 2014

Love Cycle

Assalamualaikum

Pernah dengar application "Love Cycle" tak?
Application Love Cycle ni adalah salah satu application untuk golongan orang perempuan SAHAJA. Tapi kalau rasa lelaki datang period, silalah download application ni ye. hahha

Eh, lelaki pun boleh download la. Kot-kot la nak tau bila tarikh seterusnya si isteri nak datang period ke apa ke. So boleh stand by siap-siap fizikal dan mentak untuk menghadapi fasa PMS kami. hee


Jom tengok apa fungsi application ni

Tengok ja pun aku dah tertarik. Sebab comel sangat. Ini belum masuk function dia lagi.



 Setiap warna, ada maksud dia tersendiri. ^^

Yang ni pulak, dia dah bagi date siap-siap bila expected date kita akan period, so that within that time, kena la stand by apa-apa yang patut dalam handbag kita tu.

Ouh ya, bagi yang dah kahwin, korang boleh tau time bila korang subur, dan bila yang tak. Kiranya ni semua expected date la. Bukan exact date ye. So please jangan nak bergantung 100% dengan benda ni. Tambah-tambah, bagi orang yang period dia tak menentu. Pergi la jumpa doktor. Jangan lupa berdoa ye.

Macam-macam lagi yang ada. Baik korang install je masuk phone korang tu. Nanti explore sendiri. Serious best.

Kalau dulu, tulis dalam diari. Bila tarikh mula period bagai. Habis period bila. Bukan boleh terlebih, terkurang pun tak boleh. Tak mai langsung pun tak boleh jugak. Sebab tu la kena catat. Kalau tak normal, pergi jumpa doktor.

Alhamdulillah la, aku tak pernah lagi la sampai tahap kena jumpa doktor tu. Kalau lewat seminggu tu tak pa lagi. Kalau sebulan, kalau tiap-tiap bulan kejap datang kejap tak datang. Better korang pergi jumpa doktor dulu. Kalau doktor dah sahkan tak ada apa-apa. Ok la. Sebab kadang-kadang tu ada ja yang perempuan yang period dia tak tetap. Tapi boleh ja mengandung.

Korang boleh download benda ni kat Play Store if let say korang pakai Android macam aku ni la. If pakai iPhone, pandai-pandai la korang cari kat store korang tu.hee

ANDA MUNGKIN NAK BACA PASAL :-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...