Biskut Lidah Kucing | Cik Siti

Saturday, 9 August 2014

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum

Biskut lidah kucing atau dikenali sebagai Rainbow Biscuit. Aku tau, ramai yang telah mencuba. Bukan setakat mencuba makan, ada jugak yang dah mencuba buat kan kan kan.

Aku pun sama jugak lah. Eh eh eh, bukan aku. Tapi adik dan cousins aku. Aku pergi beraya, diaorang duduk rumah, baking.

Inilah hasilnya.



Nak tau kenapa tak jadi warna rainbow? Sebabnya pewarna merah tak ada, diaorang malas nak pergi beli. Al maklumlah, kakak yang rajin ni pergi beraya, tak ada la orang nak tolong pergi beli. So jadi la warna turquoise ombre ni.

Apa yang aku boleh katakan di sini adalah, biskut ni memang tak elok untuk kita. Tambah-tambah kanak-kanak. Ini disebabkan pewarna yang digunakan. Korang cuba bayangkan, aku makan biskut ni 2-3 keping pun lidah dah jadi warna turquoise. Ni baru letak satu warna, tapi banyak-banyak tone. Cuba kalau buat rainbow, yang warna dia terang menerang, yang bukan warna pudar. Ntah-ntah lidah korang pun jadi rainbow jugak apa bila makan. Hoish.

Tapi kalau korang kreatif, tak yah letak warna pun tak apa. Letak serbuk koko. Ataupun buat plain dan letak badam kat atas, Ok jugak tuh.

Memang la warna dia cantik, tapi dia tak cantik untuk perut kita. Rasa dia sama ja kalau tak letak pewarna tu pun. Tak ada bezanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...