Temuduga Kastam | Cik Siti

Sunday, 10 August 2014

Temuduga Kastam

Assalamualaikum

Maaf ye sayang-sayangku sekalian, sebab tak balas kunjungan. Aku tau, ramai yang komen kat entry-entry aku sebelum ni. Aku tak sempat nak baca dan nak publish. InsyaAllah, esok akan di reply semua komen dan juga balas kunjungan korang semua.

Aku busy sangat lately. Cousins aku datang rumah, ex-classmate buat open house 2-3 rumah dan juga aku nak prepare untuk interview Kastam lagi. Fuhh.

Aku interview hari ni (10 Ogos 2014). So makna katanya, aku dah habis interview la. Tunggu result keluar ja nanti. Hopefully diterima la. Ini adalah first pengalaman di interview untuk kerja. Sebelum ni di interview untuk belajar ja. huhu.

Nasib baik pegawai-pegawai tu baik-baik belaka. Memang hilang terus nervous bila temuduga.


Aku orang yang ke3. Waktu yang aku interview tu pukul 2 petang. Calon-calon yang sebelum aku tu, diaorang cakap pegawai-pegawai tu tanya banyak pasal Kastam. Tapi aku, dia banyak tanya pasal latar belakang aku. Sebabnya kan aku berhenti belajar separuh jalan. So, diaorang lebih berminat nak tanya pasal benda tu. Tapi ada la jugak dia tanya pasal Kastam, Contohnya macam :-

1- Siapakah pengarah kastam negeri Kedah? (Dato' Abdul Aziz bin Abdul Latif)
2- Siapakah ketua pengarah Kastam? (Dato' Seri Khazali bin Hj. Ahmad)
3- Kastam Diraja Malaysia terletak di bawah kementerian apa? (ini jawapanya adalah Kementerian Kewangan)
4- Siapakah menteri kewangan? (jawapannya, yang pertama adalam perdana menteri, dan yang kedua adalah Dato' Seri Husni)

*** make sure korang jawab nama penuh sekali nama bapak ye. Dan juga kena letak la YAB/ YB ikut la pangkat dia. Ni jawapan pada tahun 2014 ya. (kot2 la in the future ada orang search, tetiba terkeluar entry aku ni kan..)

Calon-calon yang sebelum aku tu, diaorang cakap, banyak dia tanya pasal GST. Fuhh, aku tu pun nasib baik masa mula-mula register tadi dia ada bagi pamplet. Boleh la belek-belek dulu sebelum masuk. Itu pun tak ingat sangat.

Then diaorang suruh kawad dalam bilik temuduga tu. Walaweyh, korang cuba bayangkan aku dengan pakai baju kurung moden (kain tak berapa nak kembang) berkawad. Memang tak tau la apa nak cakap. Malu terasa tak abes lagi kot. Nasib baik pakai stocking panjang. So tak la nampak betis. 

Maybe aku rasa, korang-korang yang perempuan tu nak pergi interview Kastam ka PDRM ka whatever lah, pakai je la baju kemeja dan seluar. Memang sektor-sektor ni memerlukan korang untuk berkawad.

Sebelum korang pergi interview tu, sila pastikan korang buat research dulu ya tentang apa yang akan ditanya oleh diaorang ni. Aku pun search internet ja soalan-soalan yang akan ditanya masa interview kastam. Kebanyakkannya soalan lebih kurang ja. Cuma sekarang ada soalan GST sebabnya GST kan dah nak digunakan.

GST tu adalah cukai yang menggantikan cukai jualan dan juga cukai perkhidmatan. GST stand for good and services tax. Ia akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Cehhh, itu ja la yang aku ingat masa temuduga tadi. Itu ja yang aku jawab pun. Baca pun last minute kan. Setakat itu je la yang masuk kepala otak ni.

I think, that's all for now. Itu je lah aku nak cerita pun. Cerita pasal interview. Dah tajuk pun tulis interview kan, so what do you expect? hee

Btw, aku menang GA Ramadhan by Syira Lokman la. Nanti akan diupdatekan apa hadiah yang aku dapat ^^ hee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...