Sayang Seribu Kali Sayang | Cik Siti

Tuesday, 26 August 2014

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...