Keywords Ogos 2014 | Cik Siti

Wednesday, 13 August 2014

Keywords Ogos 2014

Assalamualaikum

Tadi saja la aku belek-belek Nuffnang, nak tengok keywords apa yang terlekat kat blog aku ni ha.
Jom kita perati (tengok) apa yang lekat

click gambar untuk tumbesaran ya

Mula-mula keywords tu adalah "Tips Kurangkan Berat Badan"
Entry INI sejak diterbitkan tahun lepas, pageviews dah mencecah 9k. Alhamdulillah ^^

Yang ada orang search "cara hilangkan berat badan". Macam pelik ja bunyi. Acane nak hilangkan berat badan? Nak jadi 0kg kah anda? macam-macam betul la diaorang ni search.

Pasal cerita AUCMS (Allianze University of Medical Sciences) tu, hurmmm. Nothing much to say. Sebab aku pun dah angkat kaki dari kolej tu. Apa yang aku dengar daripada member-member yang still study kat situ, memang still ada problem. Problem apa? Itu aku tak pasti. Tapi kalau tanya aku problem sebelum aku berhenti, itu korang semua pun tau kot.

MASALAH KEWANGAN.
MASALAH FASILITI.
MASALAH PEMBELAJARAN.

If you can stand study with only one lecturer teach for 2 months. If you can stand study at Kulim, Kedah but you take your exam at HUKM, Cheras. If you can stand moving here and there every year.

YEAH, YOU'RE MOST SUITABLE TO STUDY THERE.

Bagi adik-adik yang ada hati nak study kat IPTS, better buat research dulu ya pasal sesebuah IPTS tu. Kalau IPTA, kita dah tau diaorang punya kualiti. IPTS ni korang kena jaga-jaga sikit. Jangan tanya admin IPTS tersebut. Tanya student diaorang. Baca artikel-artikel pasal IPTS tersebut. Jangan tanya sorang dua. Tanya paling kurang 5 orang. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel.

Kalau betul nak masuk jugak IPTS tersebut. Bersiap sedialah dengan mental dan fizikal ya. =)

GOOD LUCK ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...