Open House Encik B | Cik Siti

Monday, 25 August 2014

Open House Encik B

Assalamualaikum

What a busy day. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Sampai Alor Star pukul 9 pagi. Memang bawa kereta sambil makan angin. Malas nak bawa laju-laju. Hee

Biar aku jamu korang dengan gambar-gambar masa open house. Memang tak berapa nak larat buat entry panjang-panjang

Ingat lagi entry aku pasal Agar-agar Mango? Kat bawah ni la agar-agar yang aku buat masa Open House Encik B tu. Nasib baik menjadi. Nasib baik jugak habis.


Apa komen Encik B terhadap agar-agar yang aku buat tu? "SEDAP, TAK MANIS SANGAT TAK TAWAR SANGAT. JUST NICE" fuhh, bila dengar komen macam tu, memang lega sangat-sangat. Cuba bayangkan malam tu aku tak boleh tidur kot sebab takut agar-agar aku tak menjadi. huhu

Kat bawah ni adalah dessert station. Kononnya nak buat macam kat hotel. Bila chef berkata-kata. Semua dia nak buat macam hotel. Sampaikan bilik tidur dia pun dia design ala-ala hotel. Itu baru bilik tidur. Belum bilik air dia lagi. Ouh by the way, Open house Encik B ni termasuk la dengan kenduri masuk rumah baru. So, aku pun ambil la kesempatan ini untuk pusing satu rumah. Hahaha. Rumah dia cantik gila sebab main dengan lighting. Fuh, bilik air jangan dok cakap la. Terasa macam pi duduk kat hotel Bali tu.





Ok, done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...