RAMADHAN : Makanan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan | Cik Siti

Tuesday, 16 June 2015

RAMADHAN : Makanan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan lagi beberapa hari saja lagi. So, kat sini aku nak kongsi sikit apa yang korang perlu elakkan makan di bulan Ramadhan.



Sebab masa bulan puasa ni, banyak yang bagi alasan, gastrik la, dahaga sampai kena buka puasa la. Macam-macam lagi la. Kadang-kadang tu, bagi alasan sebab penat sangat.

So, kat bawah ni ada la beberapa jenis makanan yang perlu korang elak. So that korang boleh berpuasa dengan jayanya. ^^



  • Makanan yang mengandungi garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic, bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
  • Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
  • Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
  • Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
sumber

Akhir kata, Selamat Berpuasa ^^

Jom Join GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...