Jurassic World 3D Movie | Cik Siti

Thursday 11 June 2015

Jurassic World 3D Movie

Assalamualaikum

Sapa dah tengok cerita Jurassic World ni? Sila angkat tangan. Ok, aku tak nampak pun kalau korang angkat tangan. So, comment la kat bawah ni ye. Tulis "sudah" pun boleh jugak.


Aku SUDAH. Mula-mula ingat nak tengok malam, tapi bila check online GSC, malam tak dak. Maybe sebab Kedah kot. Malam jumaat tak dibenarkan pusat hiburan beroperasi. (I guess so)

So, lepas Zohor tadi rushing la nak pergi Amanjaya Mall. Sebab nak kejar pukul 2.30pm punya cerita. Ingatkan tak ramai la yang tengok wayang weekdays ni, sebab mostly orang kerja.

Sampai saja kat Amanjaya Mall, Tengok dekat GSC, ramai gila orang. Berderet dok beratur. Memang dalam hati dok kata tak dak harapan dah la nak tengok pukul 2.30pm. So tengok la yang next punya time, 3.30pm. Pun SELLING FAST. Hadoi la. Apa yang ramai sangat ni.


Tetiba terpandang yang 3D punya pukul 3.30pm jugak. So, beli ja la yang Jurassic World 3D punya ticket. Seat still banyak. Actually aku nak tengok yang biasa punya. Sebab bila tengok 3D ni aku jadi pening sikit. huhu.

Tapi, apa boleh buat. Yang tu ja yang ada pun. Adik-adik aku pun ok ja nak tengok 3D. So, habis la duit RM54 untuk beli ticket wayang. Tak pa la. Sekali sekala. Bukan duit aku pun. Heee

Cerita dia ok la. Tak dak gelap ja macam Jurassic Park dulu ni. Sekarang dah jadi theme park plus zoo untuk dinasour. Ada diselitkan babak2 yang lawak. Tak dak la sepanjang masa asyik dinasour makan orang ja kan. Hee

Daripada 10 bintang, aku bagi 8 bintang la. Sebab hero dia handsome. Hahaha. Main2 ja. Sebab dia punya effect and jalan cerita dia. Jangan main-main. Dinasour pun kenal sapa tuan dia weh. Berbaloi la RM18 untuk 1 ticket.

Sapa yang belum pi tengok lagi, sila la pegi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...