Keputusan Magnum | Cik Siti

Wednesday, 3 June 2015

Keputusan Magnum

Assalamualaikum

Tengah syok dok blogwalking, tetiba bunyi SMS masuk. Well, aku dah lama dah tak terima SMS, sebab adanya Whatsapp, semua guna Whatsapp ja. Nak order online, nak message dengan parent, nak message dengan sepupu sepapat pa semua, just guna Whatsapp. Jimat la duit sikit.

Ok, berbalik kepada SMS yang masuk tadi. Kan kalau ada SMS dia akan keluar noti pendek kan SMS tu pasal apa.

At first dia keluar "RM0.00 Keputusan Magnum" aku pun excited la, dok ingat Magnum ice cream tu. Kot la menang cabutan bertuah (yang aku rasa aku tak pernah join cabutan bertuah) dapat makan ice cream Magnum free selama setahun ka kan. Huish, sapa tak mau.

Buka la baca dengan lebih lanjut SMS tu.


Nergh, ni yang aku dapat. Magnum hat main tikam nombor ekoq tu.

Like seriously, macam mana boleh dapat number fon aku yang ni pun tak tau la. Number fon aku yang ni, tak dak pun orang tau kecuali 2 3 orang ja yang tau pun. Sebab number ni aku guna untuk dapatkan unlimited data. 

So, now, ce teka sapa yang dok sebarkan number fon aku. Hahaha. Orang-orang yang dok juai number fon ni, memang depa juai jugak ka senarai number2 fon kat pihak2 tertentu?

=_="

Harapan ku musnah nak makan ice cream Magnum selama setahun. =( huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...