Friday, 29 August 2014

What's In My Makeup Bag?

Assalamualaikum




As you all can see, I used SimplySiti punya makeup bag. Dah orang bagi FREE, aku guna je la. Dalam tu 80% product daripada SilkyGirl. SilkyGirl makeup remover, SilkyGirl BB Water gel, SilkyGirl lipstick, SilkyGirl BB Oil-control powder, ouh ada eyeliner gel jugak.

Tak tau kenapa suka sangat beli SilkyGirl. Maybe harga dia affordable kot. hee

Memandangkan aku pakai contact lens, aku akan bawak dia punya container and solution dia sekali kalau pergi mana-mana. Mana la nak tau, kot-kot emergency nak kena buka contact lens tu ke. Kan senang. Tisu tu memang wajib kena ada dalam Handbag. Sebab muka aku ni rajin keluarkan minyak. So kena la lap-lap sikit dengan tisu.

Ni memang aku pakai tiap-tiap kali keluar la. Eyeliner tu kadang-kadang ja pakai. If rajin, pakai. If not, tak pakai lah. Aku tak suka sangat ber eye shadow bagai. Tak reti la. Kalau ber eye shadow bagai, aku rasa muka aku ni berat sangat, bila tengok cermin, rasa macam pondan ada la. Ntah-ntah, pondan pun lagi cantik dari aku. Hahaha. Cukuplah sekadar pakai bedak untuk protect kulit muka, calitkan sikit lipstick bagi mulut tak kering. Ouh, lipstick tu 2 in 1 ok. Ada lip balm sekali. Ala, yang dok tunjuk iklan Emma Maembong tu la. =)

Nothing much pun bag makeup aku. Malas nak makeup2 lebih. Natural beauty la katakan.

Thursday, 28 August 2014

I cant believe I did that

Assalamualaikum

Korang pernah tak buat benda yang korang tak sangka pun korang buat?
Aku, pernah. Jom meh sini baca aku nak senaraikan benda-benda yang "I can't believe I did that"

1- Masa umur aku 6 tahun, aku bergadoh dengan budak lelaki kat tadika aku. Tak tau apa motif aku bergadoh. Kemungkinan aku moody kot masa tu. Cehh, kecik-kecik pun dah moody. Aku try cari balik member aku tuh. Tapi tak jumpa pun dalam Facebook. Nama dia aku ingat. Muka dia pun aku ingat sampai sekarang. Tadika Kemas, Sungai Nibong, Pulau Pinang (if I'm not mistaken la). Tahun 1997. Sorry la, aku nak buat jejak kasih jap dengan kawan-kawan lama aku dulu. Aku pindah mai Kedah tahun 1998, so memang totally lost contact la dengan semua member-member kat Penang

2- Masa aku darjah 2, aku kena gastric yang sangat teruk. Boleh dikatakan 2 bulan sekali akan sakit. Tapi ada satu hari tu, memang aku dah hampir kena admit kat hospital dah. Ingat lagi ada seorang doktor tu tanya, masa tu kat wad kecemasan "sakit lagi tak?" aku pun jawab dengan selamber bewak nya, "TAK SAKIT DAH". Then dia bagi aku balik. Dia cakap, kalau sakit lagi kena admit. Padahal aku masa tu sakit lagi. Tak mau kena admit punya pasal, so TIPU la doktor tu. hehe

3- Tingkatan 3, lepas habis PMR. Aku ada bagi surat cinta kat budak lelaki yang aku suka dari darjah 4. Orang cakap cinta pandang pertama la kononnya. DAMN! malu siot bila sekarang jumpa dia. Cinta tak berbalas. Fuhhh. Malu-malu


4- Tingkatan 4, aku berhenti dari MRSM Taiping setelah 4 bulan belajar kat sana. Homesick punya pasal. By the way, sekarang pun masih homesick lagi kalau balik hostel. Tapi Alhamdulillah, dapat dikawal.



Itu ja kot benda yang "I can't believe I did that". Yang lain tu maybe ada, tapi yang tersenarai di atas tu la yang aku ingat sampai sekarang. ^^

Audi A3 Sedan, the coolest thing that you should know

Assalamualaikum



1. "I've got the power!" The Audi A3 Sedan is powerful and is equipped with the revolutionary S-Tronic transmission.

2. It's a sedan, yet looks like a sports coupé! You get the best of both worlds in one car.

3. The Audi A3 Sedan comes equipped with the Pedestrian protection system, ensuring that both you and the pedestrian are protected

4. There is a sleek pop-up display on the dashboard and easy-to-use rotary button that gives you better control of all your entertainment needs

5. It's super fuel efficient. No need to worry about pushing the pedal once in awhile.

6. Want to have more power? You got it. Need more efficiency? Done. Five modes of driving all in a single car? Yes please!


FOR MORE INFO, HERE

Love Cycle

Assalamualaikum

Pernah dengar application "Love Cycle" tak?
Application Love Cycle ni adalah salah satu application untuk golongan orang perempuan SAHAJA. Tapi kalau rasa lelaki datang period, silalah download application ni ye. hahha

Eh, lelaki pun boleh download la. Kot-kot la nak tau bila tarikh seterusnya si isteri nak datang period ke apa ke. So boleh stand by siap-siap fizikal dan mentak untuk menghadapi fasa PMS kami. hee


Jom tengok apa fungsi application ni

Tengok ja pun aku dah tertarik. Sebab comel sangat. Ini belum masuk function dia lagi.



 Setiap warna, ada maksud dia tersendiri. ^^

Yang ni pulak, dia dah bagi date siap-siap bila expected date kita akan period, so that within that time, kena la stand by apa-apa yang patut dalam handbag kita tu.

Ouh ya, bagi yang dah kahwin, korang boleh tau time bila korang subur, dan bila yang tak. Kiranya ni semua expected date la. Bukan exact date ye. So please jangan nak bergantung 100% dengan benda ni. Tambah-tambah, bagi orang yang period dia tak menentu. Pergi la jumpa doktor. Jangan lupa berdoa ye.

Macam-macam lagi yang ada. Baik korang install je masuk phone korang tu. Nanti explore sendiri. Serious best.

Kalau dulu, tulis dalam diari. Bila tarikh mula period bagai. Habis period bila. Bukan boleh terlebih, terkurang pun tak boleh. Tak mai langsung pun tak boleh jugak. Sebab tu la kena catat. Kalau tak normal, pergi jumpa doktor.

Alhamdulillah la, aku tak pernah lagi la sampai tahap kena jumpa doktor tu. Kalau lewat seminggu tu tak pa lagi. Kalau sebulan, kalau tiap-tiap bulan kejap datang kejap tak datang. Better korang pergi jumpa doktor dulu. Kalau doktor dah sahkan tak ada apa-apa. Ok la. Sebab kadang-kadang tu ada ja yang perempuan yang period dia tak tetap. Tapi boleh ja mengandung.

Korang boleh download benda ni kat Play Store if let say korang pakai Android macam aku ni la. If pakai iPhone, pandai-pandai la korang cari kat store korang tu.hee

ANDA MUNGKIN NAK BACA PASAL :-




Seoul Garden Addicted

Assalamualaikum

Semalam, aku dengan Encik B pergi Seoul Garden buat kali yang ke-2. Mesti akan ada orang cakap, "ceh, buat kali yang ke-2 ja pun nak heboh". Well, BIARLAH.

Actually within 1 week, pergi Seoul Garden. Sapa yang tak tau apa itu Seoul Garden? Ce baca kat sini APA ITU SEOUL GARDEN?

 Hari PERTAMA
 2 3 4 hari selepas hari PERTAMA. Baju matching dengan warna dinding la pulak...hee

 Mu cuba tengok cara seorang chef makan. Fuh, teliti sekali. siap letak tisu dalam piring tak nak air udang tu basahkan piring dia. (eh, ye ke?)
Kejap-kejap, korang tengok jari dia. Jari kelingking ke atas kot. Muka nampak ja macam gangster, tapi hati ada taman kot. (jangan Encik B baca sudah. Hee)

Lepas ni Seoul Garden jadi tempat lepak kali la pulak. Boleh sembang-sembang, pastu kalau lapar, ambil makanan. Dan apa lagi, makan la. Buat macam rumah sendiri pulak. Hee. Tak kesah sangat bayar mahal. Sebab lepas tu boleh makan unlimited. Tapi kalau hari-hari cenggini, mau kering la pocket Encik B. Dah acane nak simpan duit untuk nikah cenggini. Haish. Tapi sekali sekala tak pa kan Encik B. hehe.

By the way, dia yang ajak aku makan kat situ. Satgi ada orang cakap pulak, aku ni dok mengikis harta orang ja. Aku ajak pi makan tempat mahal-mahal la apa la. (eh, mahal ke?) MAHAL LA BAGI AKU.

Bukannya aku tak tau. Ada ja makhluk mulut puaka kat dalam dunia ni. Daripada satgi di cop sebagai pisau cukur, baik aku mention siap-siap.

Sepatutnya entry ni aku update semalam. Atas sebab-sebab tertentu (tengok gambar bawah) maka tak jadi la update.
Lepas laptop dah ok, internet connection pulak tiba-tiba limited. SABAR je lah




ANDA MUNGKIN NAK BACA PASAL :-




Tuesday, 26 August 2014

FREE Chatime

Assalamualaikum



Korang nak FREE chatime tak? Nak tau cara-cara dia? senang ja kot. Tengok SINI

Aku nak Chatime ni. Tapi apakan daya, outlet dia jauh sangat (tak ada la jauh sangat. Cuma aku ni ja yang malas nak keluar.) Hee

Sayang Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum

Entry kali ni bukan entry cintan cintun ok. Walaupun tajuk entry dah bersayang sayang bagai. Hee. Kali ni aku just nak tanya korang, pernah tak jadi cenggini (tengok gambar di bawah)


Nah, screenshot sebuah blog yang aku buka menggunakan handphone aku.

Apa yang korang nampak? Ada nampak entry dia tak? Tajuk entry pun setengah ja boleh baca. Yang penuh page adalah iklan, iklan dan iklan. Perghh, ini blog iklan ke?

Maybe kalau baca menggunakan laptop, boleh ja baca. Tapi apabila menggunakan handphone yang screennya tak berapa nak besar, jadi macam ni lah. TAK BOLEH NAK BACA PUN!

Ouh ya, kalau perasan kat iklan tu, tak ada pun button "X" or "close" yang boleh tekan untuk tutup iklan tu. Buat sakit hati ja.

Susah-susah je perah otak buat entry mantop-mantop, tup tup orang tak boleh nak baca. Kalau macam ni, baik, tak payah tulis entry. Tulis je tajuk yang kontroversi sikit, then ping kat Facebook. Jangan lupa letak link iklan banyak-banyak, sampai penuh page. Ada yang bermurah hati, akan klik la iklan awak tu. Kalau yang tak bermurah hati, terus tutup ja blog awak.

Awak boleh menjana income dari situ. Tapi orang lain dapat penat tekan blog awak ja la. Tak ada benda yang bermanfaat pun.

Kiranya macam awak duduk kat tepi jalan, minta sedekah. Just like that. Paling tidak pun, awak menyanyi ke apa sikit, ok la kan. At least ada la titik peluh awak untuk dapatkan duit.

Ouh ya, maybe awak dah mengeluarkan peluh kot untuk meletakkan iklan-iklan di blog awak. Saya tau, susah nak main coding tu. Betul kan =_="

Tak pe lah awak. Buat sakit hati saya ja masuk blog awak tu.

Bukan seorang dua yang buat macam ni. Ramai lagi kot. Aku punya la excited nak baca entry sebab bila baca tajuk dia dah gempak sangat. Tetiba tak boleh baca. Terus hilang abes mood.


p/s : Wahai blogger, tolong la jangan letak banyak sangat iklan. Nak letak banyak tu boleh. Tapi letak la sama button "close". Tapi kan, agak-agak la jugak nak letak iklan. Jangan sampai tak nampak ru[a blog sudah. Jangan jadikan iklan anda sebagai wallpaper blog anda ya =)

Monday, 25 August 2014

Business Card Murah Part 2 : New Design

Assalamualaikum

Nah, ni design lain daripada yang Business Card Part 1












PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE

BERMINAT?

SMS/ Whatsapp 0123014118

Open House Encik B

Assalamualaikum

What a busy day. Bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Sampai Alor Star pukul 9 pagi. Memang bawa kereta sambil makan angin. Malas nak bawa laju-laju. Hee

Biar aku jamu korang dengan gambar-gambar masa open house. Memang tak berapa nak larat buat entry panjang-panjang

Ingat lagi entry aku pasal Agar-agar Mango? Kat bawah ni la agar-agar yang aku buat masa Open House Encik B tu. Nasib baik menjadi. Nasib baik jugak habis.


Apa komen Encik B terhadap agar-agar yang aku buat tu? "SEDAP, TAK MANIS SANGAT TAK TAWAR SANGAT. JUST NICE" fuhh, bila dengar komen macam tu, memang lega sangat-sangat. Cuba bayangkan malam tu aku tak boleh tidur kot sebab takut agar-agar aku tak menjadi. huhu

Kat bawah ni adalah dessert station. Kononnya nak buat macam kat hotel. Bila chef berkata-kata. Semua dia nak buat macam hotel. Sampaikan bilik tidur dia pun dia design ala-ala hotel. Itu baru bilik tidur. Belum bilik air dia lagi. Ouh by the way, Open house Encik B ni termasuk la dengan kenduri masuk rumah baru. So, aku pun ambil la kesempatan ini untuk pusing satu rumah. Hahaha. Rumah dia cantik gila sebab main dengan lighting. Fuh, bilik air jangan dok cakap la. Terasa macam pi duduk kat hotel Bali tu.





Ok, done.

Friday, 22 August 2014

Herbal Tea

Assalamualaikum

Greetings to all my readers. Eh, tetiba feeling omputeh ni. Today entry is about Herbal Tea.
Aku bukan nak promote or jual ok. Mostly not my product.

Ntah kenapa dalam masa setahun ni aku kerja nak menguruskan badan. Nak cantik-cantik. Feeling2 flawless gitu. Baju nak kena matching-matching dengan tudung. Maybe dah nak menikah  dah kot. Hahahha. Ok fine, mengarut sudah.


Semalam aku start minum Herbal Tea Orang Kampung ni.

Rasa dia boleh la tahan. Tak ada la macam rasa green tea tu. Tambahan pula dia ada campur dengan halia. Aku boleh terima ja halia ni. Sebab dulu aku selalu kena paksa minum air suam campur dengan hirisan halia. Tak ada campuran gula atau benda2 lain. So, aku now tak jadi masalah la aku nak minum teh herba ni.

Teh Herba ni sesuai untuk orang yang banyak angin dan juga rasa berat badan dia semakin berat (macam aku ni ha). Ada kelulusan dari KKM ok. Jangan risau la.

Pagi tadi terus pergi toilet. Dua kali pulak tu. Rasa perut ni dah bersih daripada sisa makanan yang tersekat dalam perut. Direction dia suruh minum dua kali sehari. Tapi aku consume sehari sekali. Takut satgi pergi toilet kerap sangat. Itu pun masalah jugak.

Nak Business Card MURAH? Tengok SINI

Malaysia Berkabung MH17

Assalamualaikum

Masih ingat lagi kejadian MH17? Semua orang tau kan, hari ni Malaysia Berkabung untuk MH17. (who doesn't know, right?)


well, salam takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Nih, aku nak cakap sikit. Sebab benda ni aku ternampak dalam Facebook. Ada yang masih dok post gambar-gambar mangsa sebelum kejadian. Itu aku tak kisah sangat. Apa yang aku kisah di sini, gambar-gambar tu tidak ditutup auratnya dengan sempurna. So, tak perlu lah anda dok sebarkan lagi gambar-gambar tu. Tidak perlulah kita menambah lagi dosa si mati.

Itu pendapat aku la. Please correct me if I'm wrong.

p/s : kita pun tak tau lagi macam mana kita mati nanti. Kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.

Ouh ya, nak order Business Card yang MURAH? Sila klik SINI ya =)

Wednesday, 20 August 2014

Business Card MURAH

Assalamualaikum

Sejak bila pulak la CikSiti kita ni pandai buat business card bagai ni? ;)
Mesti korang tertanya-tanya kan. Meh nak jawab, sejak ada peluang. Takkan nak lepaskan peluang pergi begitu saja kan. Hee

Ok, di sini aku nak promote design-design Business Card yang korang boleh pilih. Ni baru 30 design. Ada lagi akan datang. InsyaAllah.

Jom kita tengok dulu design-design dia. Satgi aku bagitau price dia, OK?

ANTARA DESIGN-DESIGN BUSINESS CARD YANG KORANG BOLEH PILIH.

BOLEH TULIS APA YANG KORANG NAK

(tapi agak-agak la pun nak tulis. Jangan la pulak tulis macam surat cinta panjang berjela nak dimuatkan kat dalam business card ni)































PRICE :-

1 SIDED ONLY

2 BOXES = RM60
3 BOXES = RM78
5 BOXES = RM102
10 BOXES = RM150




2 SIDED

2 BOXES = RM66
3 BOXES = RM84
5 BOXES = RM108
10 BOXES = RM165

**postage FREE


ANDA BERMINAT?
Nak buat Tempahan?

DO PM ME HERE
OR
JUST SMS/WHATSAPP AT THIS NUMBER 0123014118
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...