Wawa dan Aeril mengaku mempunyai bayi lelaki | Cik Siti

Saturday 12 October 2013

Wawa dan Aeril mengaku mempunyai bayi lelaki

Assalamulaikum....

memang kes Wawa dan Aeril hangat diperkatakan sekarang ni....jom baca kat bawah ni penjelasan mereka mengenai bayi lelaki yang dikatakan anak mereka itu...

“Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…
Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi,” katanya.
Dalam pada itu Wawa Zainal turut menjelaskan dia dan Aeril tidak bermaksud untuk berbohong tetapi segalanya dilakukan bersebab.
Tambahan lagi, katanya dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.
“Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo,” katanya.
Selain itu, Wawa Zainal menambah buat masa ini dia ingin fokus dan memberi perhatian sepenuhnya kepada anak mereka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...