Assalamualaikum
10 Fakta Pelik Mengenai Bayi Diraja Putera William Dan Kate Middleton | Antara fakta pelik mengenai bayi putera diraja1) Pakar doktor wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan Nabi Muhammad.2) Finland telah menghadiahkan William dan Kate dengan ‘Kotak Bayi’ yang diberi kepada semua ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi, pad bra dan kondom.3) Sebagai adat lama, kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini berakhir pada tahun 1936.4) Bayi ini tidak seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga, mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.5) Niagara Falls, Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.6) Para wartawan yang berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan pada tahun 1982.Ibunya Puteri Diana menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1 Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.7) Taruhan dilakukan dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi lelaki.Anda boleh menang besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.8) Bayi ini sudah memiliki laman Wikipedia tersendiri – “Child of the Duke and Duchess of Cambridge“.9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. “Saya fikir mereka perlu namakan bayi itu sebagai David,” katanya dalam satu temu bual minggu ini, dan menambah: “Jikalau ia lelaki!”
No comments:
Post a Comment