kelebihan untuk menderma darah | Cik Siti

Thursday, 18 October 2012

kelebihan untuk menderma darah

assalamualaikum....

korang tau tak sekarang ni kempen derma darah giat dijalankan (yeke?)..aku pun tak berapa nak pasti sangat la...sebab hari tuu aku ada terdengar radio....dato' siti nurhaliza ada cakap pasal derma darah ni.......

memang sebelum ni aku tak pernah dengar pun (sebab aku tak dengar ERA...slama ni dok dengar Hitz ngan Red ja)


before aku cerita lebih lanjut, jom KLIK to support breast cancer awareness this month....



kebetulan pulak, hari sebelum tuu, aku baru ja derma darah dekat Hospital Kepala Batas, Penang....
actually this is my second time donate blood.....

tak caye??? tuu ha bukti....

i'm blood group A positvie
dapat keychain yang ada tulis blood group...hehehehhe


kalau korang nak derma, memang sangat2 la dialu alukan.......

kelebihan yang akan korang dapat jika menderma darah ni adalah, korang dapat membantu orang yang memerlukan.....dapat pahala o0o0.....

then, bila korang da derma darah tuu, badan korang akan buat darah baru, memang fresh dari ladang la.....so, it is better right???? (actually darah kita memang akan dimusnahkan pun at certain time....dan digantikan dengan yang baru...tapi apa salah memberi...)

korang tau tak apa yang korang akan dapat jika korang derma banyak2 kali???? (kita boleh derma darah 3 bulan sekali...kiranya, kalau da derma darah untuk bulan oktober, next time untuk derma darah adalah pada bulan satu tahun depan.....)

so now, aku akan share ngan korang, apa yang korang akan dapat bila korang derma darah banyak2 kali......kiranya, GIVE AND TAKE la....


1 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dari tarikh akhir pendermaan

2 kali (dalam tempoh 12bulan) = percuma suntikan hepatitis B

2-5 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dari tarikh akhir perndermaan

6-10 kali = percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan dari tarikh akhir pendermaan

11-15 kali = percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 untuk tempoh satu tahun dari tarikh akhir pendermaan

16-20 kali = percuma rawatan pesakit luar tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 untuk tempoh 2 tahun dari tarikh akhir pendermaan

21-30 kali = percuma rawatan pesakit luar tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas 2 untuk tempoh 3 tahun dari tarikh akhir pendermaan

31-40 kali = percuma rawatan pesakit luar tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 untuk tempoh 4 tahun dari tarikh akhir pendermaan

41-50 kali = percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 untuk tempoh 6 tahun dari tarikh akhir pendermaan

lebih 50 kali (bagi penderma "whole blood") lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas 1 untuk tempoh 10 tahun dari tarikh akhir pendermaan dan wad kelas 2 seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.....


sumber adalah tertulis di belakang buku derma darah....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...